Laman Kongsiadmin@lamankongsi.com
Memaparkan catatan dengan label sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sukan. Papar semua catatan

Kes Hazard Sepak Charlie Jadi Isu Panas!


Persekutuan Bola Sepak Inggeris (FA) mengesahkan mereka akan mengkaji untuk mengambil tindakan terhadap Eden Hazard sepak Charlie (budak pengutip bola).

Dalam insiden separuh akhir kedua Piala Carling itu, video pemain Chelsea tersebut menyepak Charlie Morgan, 17, disebar dengan meluas selepas Morgan menggunakan badannya bagi melindungi bola daripada pemain itu bagi melengahkan masa.

Pada masa itu Chelsea terdesak kerana perlu memadamkan defisit dua gol yang dimiliki Swansea pada minit ke-80 sehingga memaksa pengadil, Chris Foy terpaksa melayangkan kad merah terhadap pemain itu.

Hazard kemudian tampil menjelaskan bahawa dia telah memohon maaf terhadap Charlie selepas seorang pegawai The Blues menjemputnya ke bilik persalinan pemain untuk menjernihkan keadaan.

Bekas pemain Lille itu dikritik Persekutuan Bola Sepak Belgium dan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) menganggap kelakuan Hazard sukar diterima.

Namun beberapa pemain terkenal seperti Michael Owen dan Gareth Bale, menyelar keputusan kad merah pengadil walaupun menganggap tindakan Hazard mencederakan pemain itu tidak betul. Bekas pemain, Pat Nevin dalam wawancara mengakui beliau turut akan mengambil tindakan serupa jika perkara itu berlaku kepadanya.

“Saya akan menyepak bola yang dibawah badan budak pengutip bola itu jika dia berbaring seperti itu, 100 peratus,” jelas Kevin dalam temuramah di BB Radio 5 Live.

Charlie sendiri turut mendapat perhatian apabila akaun laman Twitter membongkar dia merupakan seorang taikun, Martin Morgan yang turut memilik hotel mewah di Swansea.

Gambar-gambar pengutip bola itu gemar bercuti di tempat dan berbelanja mewah turut dibongkarkan selain kegiatannya yang gemar membeli pertaruhan. Ramai yang percaya insiden itu kerana Charlie turut bertaruh dalam perlawanan itu tambahan pula kali terakhir dia menulis di Twitter berbungi, “Raja segala budak pengutip bola akan membuat kemunculan terakhir “#perlu #for #timewasting” (perlu membuang masa).

Farizal Marlias Penjaga Gol Terbaik Di Asean



Yahoo tak sia-sia Farizal selalu mengejar, memeluk bola, sujud ke bumi lama-lama macam tak nak bangun dah, dan juga mencium tiang gol.. ekeke

Akhirnya dapat juga achievement yang membanggakan seperti ini!

Ini sume hasil titik peluh dan semangat anda berlatih dengan penuh cekal dan keazaman!

Tahniah!

Teruskan fokus pada kerjaya anda. Semoga terus cemerlang!


Oh ya, sebelum itu, mari lihat ranking penjaga gol Piala Suzuki kali ini:

1. Farizal Marlias (Malaysia)

2. Kawin Thamsatchanan (Thailand)

3. Izwan Mahbud (Singapura)

4. Wahyu Tri Nugroho (Indonesia)

5. Eduard Sacapano (Filipina)

Walaupun tak dapat ke final, tetapi Harimau Malaysia tetap gagah! :)


Sumber : http://www.goal.com/en-my/slideshow/1366/5/title/top-5-goalkeepers-of-2012-aff-suzuki-cup


Sumber asal : http://razfira.blogspot.nl/2012/12/farizal-marlias-penjaga-gol-terbaik-di.html

Rekod Gah Messi Agak 'Tercalar' Dengan Kehadiran Lelaki Berusia 74 Tahun Ini


Minggu ini media-media Eropah memberitakan bahawa Lionel Messi sudah mencatat jumlah jaringan 84 gol untuk Barcelona dan Argentina. Bererti Messi selangkah lagi menyamai rekod 40 tahun yang dipegang Gerd Mueller sejak 1972. Messi nampaknya hampir menjadi mesin gol nombor satu dunia, namun ternyata dia sangat jauh jika dibandingkan pemain yang satu ini. Dia bukan pemain muda yang bertenaga dan prospektif, namun hanya seorang datuk berusia 74 tahun dari negara bahagian Kent, England. Namanya Derek May. Ya, Derek akan membuat Messi letih jika ingin mengejar rekod gol lelaki tua ini. Kerana Derek ternyata sudah mencatat 1300 gol selama kariernya dalam bolasepak.

Dan hebatnya, Derek masih aktif bermain sampai sekarang! Striker yang usianya tiga kali usia Messi ini, telah bermain selama 53 tahun bersama Meridian FC atau sejak 1954. Sepanjang waktu itu pula, dia akan menjaringkan gol. Minggu ini, Derek memasukkan tendangan penalti ketika membawa Meridian FC menang 7-1 atas Borough United di pertandingan divisyen II Liga Veteran Wilayah Selatan Kent. Itu adalah golnya yang ke-1300! “Derek tidak membuang waktu ketika dia meletakkan bola dan langsung memasukkan penalti,” begitu yang didedahkan media tempatan.

Datuk yang sudah memiliki tiga orang anak dan lima orang cucu ini mendapat banyak pujian dari para penyokong Meridian FC. Bahkan di Woolwich, nama Derek seakan lebih popular di kawasan ini daripada Messi. Derek mengaku bahawa dia sudah bermain secara tetap tiga kali seminggu sejak awal tahun ini, dan belum merancang gantung kasut. “Saya hanya akan gantung kasut, kalau bolasepak sudah menggantung karier saya,” ujarnya sambil tersenyum. - AFP 


Sebab Utama Malaysia terikat 1 - 1 dengan Bangladesh


Skuad Harimau Malaya menerima kejutan besar apabila diikat 1-1 oleh Bangladesh dalam perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Anak buah Datuk K. Rajagobal yang bakal mempertahankan Piala Suzuki AFF mulai Ahad ini, mendahului 1-0 menerusi tandukan Khyril Muhymeen Zambri pada minit ke-22 hasil satu sepakan sudut.

Bagaimanapun pasukan pelawat mengejutkan tuan rumah dengan gol penyamaan selepas beroleh sepakan penalti yang disudahkan oleh Jahid Hasan pada minit ke-82.

Harian Metro Telah pun mengeluarkan artikel berkenaan sebab utama Malaysia boleh terikat 1 - 1 oleh bangladesh..jom sama sama kita tengok gambar di bawah ... Apakah Komen anda ?

Ismail, Muslim Tuntut Permohonan Maaf


PEMAIN tengah pasukan Terengganu, Ismail Faruqi menuntut permohonan maaf secara terbuka dari pengendali Skuad Penyu, Peter James Butler berhubung dakwaan negatif bekas jurulatih Kelantan itu yang menyifatkan beliau bersama rakan sepasukan, Muslim Ahmad dilabelkan tidak berdisiplin.

Menurutnya, dia dan Muslim telah menyerahkan perkara itu kepada pihak atasan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bagi menilai situasi sebenar.

“Dakwaan itu (membawa wanita ke hotel) sangat tidak berasas, jadi saya dan Muslim telah menyerahkan kes ini kepada pihak atasan untuk menilai situasi ini.

“Tuduhan berat itu telah memberikan kesan buruk kepada imej kami, keluarga, pasukan dan pihak pengurusan PBSNT,” katanya ketika dihubungi semalam.

Justeru, dua tonggak utama ini menuntut permohonan maaf secara terbuka (dari Butler) untuk membersihkan nama baik mereka di atas kesalahan yang tidak dilakukan mereka berdua.

Semalam sebuah akhbar tempatan melaporkan Ismail bersama Muslim digugurkan dari skuad utama Terengganu selepas mereka didakwa pulang lewat ke bilik penginapan kira-kira jam 3 pagi.

Lebih mengaibkan, mereka juga didakwa membawa wanita ke hotel selepas perlawanan menentang Kedah pada aksi Kumpulan B kempen Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Alor Setar Selasa lalu.

Enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu, Ismail berharap insiden ini memberikan pengajaran kepadanya supaya lebih berhati-hati bagi menjamin kariernya sebagai pemain bola sepak.

Sementara itu, Muslim memaklumkan bahawa dia bukannya membawa balik wanita ke bilik penginapannya seperti mana yang didakwa Butler, sebaliknya dia hanya pulang lewat pada hari kejadian kerana membeli makanan dan panadol untuk Ismail yang dikatakan demam.

“Kami tak buat perkara itu (bawa balik mana-mana wanita ke hotel) sebab kami ada bukti, malah kami juga tidak tahu macam mana laporan itu dibuat (Butler) dan dia pun tak buat laporan pada persatuan (PBSNT).

“Memang saya (akui) keluar lewat. Tapi saya keluar beli makanan dan panadol untuk Ismail sebab dia demam,” katanya.
sumber

Atlet Berpuasa Tetap Menang Emas Di Olimpik 2012


Atlet warga Britain yang berasal dari Somalia iaitu Mohammad Farah atau lebih dikenali dengan gelaran Mo Farah telah memenangi pingat emas acara larian 10,000 meter di Olimpik London 2012. Mo Farah berkata “Selama Ramadhan, saya berpuasa, meski hal itu bukan sesuatu yang mudah bagi olahragawan”.

Mo Farah, Puasa Berbuah Medali Emas
Rabu, 08 Agustus 2012

LONDON – Mo Farah menciptakan sejarah baru saat mampu finis di urutan pertama nomor marathon 10 ribu meter putra. Pelari keturunan Somalia itu meraih medali emas dengan membukukan waktu 27 menit 30,42 detik. Adapun medali perak diraih pelari AS, Galen Rupp dan medali perunggu diperoleh Tariku Bekele dari Ethiopia.

Sontak puluhan ribu penonton yang memadati Olympic Stadium, London, bersorak-sorai menyambut prestasi atlet tuan rumah tersebut.

Pasalnya pencapaian Farah itu merupakan prestasi tertinggi Britania Raya di ajang Olimpiade. Dia mengungguli dua atlet Britania Raya sebelumnya, Mike McLeod dan Liz McGolgani yang merebut perak Olimpiade 1984 dan 1988.

“Selama Ramadhan, saya berpuasa, meski hal itu bukan sesuatu yang mudah bagi olahragawan. Itu cukup menyulitkan saat saya harus berlatih keras,” ujar Farah. “Tapi saya tetap melakukannya. Hal itu berfungsi sebagai kontrol diri.”
sumber