Memaparkan catatan dengan label seram/ganas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label seram/ganas. Papar semua catatan

Jom Tengok Sup Ular Di Hong Kong ! (7 Gambar)


Sesetengah ular yang dipelihara dan ada yang ditangkap ini kemudiannya akan dipotong halus sebelum dicampurkan dengan bahan-bahan tertentu sebelum dimasak untuk dijadikan sup daging ular yang agak popular dan tradisional sejak turun-temurun sebelum dihidangkan kepada pelanggan..




Sup ular yang agak terkenal bagi sebilangan orang di Hong Kong ini menyajikan beberapa jenis spesis ular yang akan dicampurkan di dalam satu mangkuk dimana kadangkala dalam setiap hidangan eksotik ini mempunyai sehingga tiga-lima jenis daging ular yang dicampurkan bersama..!

Kesemua spesis ular tersebut dilaporkan ddiletakkan di dalam sebuah bekas dan diberi makan katak setiap hari untuk proses pembesaran sebelum boleh dijadikan 'lauk' kepada pelanggan yang berminat..






Sup ular tersebut dimasak menggunakan beberapa bahan campuran lain seperti cendawan, halia dan beberapa jenis bahan lain untuk menaikkan aroma sup yang agak ummph dan dikatakan lebih sedap dari sup ikan..Uish..

Menurut masyarakat tempatan di sana, dengan memakan sup daging ular eksotik yang mempunyai khasiat dan manfaat ini, ia dapat mencergaskan jiwa serta mengembalikan tenaga kepada tubuh badan tambahan pula dalam keadaan musim yang agak sejuk sebegini..! Ish, nak termuntah pun ada..huhu

Baca Lagi

Kejam! Hidangan Sup Kucing Di China



Para aktivis haiwan di Shanghai, China berhasil menyelamatkan sekitar 300 ekor kucing dari seorang dealer. Dealer tersebut telah membeli haiwan-haiwan curi itu untuk dijual ke restoran-restoran di China selatan. Kucing-kucing itu akan dijadikan hidangan sup di restoran. Para aktivis bergerak setelah mendapatkan info dari seorang pecinta kucing. Mereka kemudian menemukan 22 kandang bambu berisi banyak kucing di sebuah lokasi.

Kucing-kucing itu akan dikirimkan ke Provinsi Guangdong. Sebahagian besar kucing yang berhasil diselamatkan itu telah dikembalikan kepada pemiliknya. Namun tiga kucing ditemukan mati dan sebahagiannya mengalami patah kaki. "Kucing-kucing itu mengalami kekerasan. Mereka dilemparkan ke dalam truk bukannya dimasukkan secara betul," kata Lai Xiaoyu, seorang aktivis yang terlibat dalam penyelamatan itu.


"Kucing-kucing yang hidup tadi akan berakhir menjadi sup di restoran-restoran," tambahnya. Restoran khabarnya membayar sebesar 50 yuan untuk seekor kucing. Dalam insiden ini, polis telah menahan dealer kucing, Yang Baoguo yang telah bertahun-tahun menjual kucing untuk restoran. Namun lelaki itu kemudian dibebaskan tanpa dakwaan setelah sempat ditahan beberapa jam.

Disebabkan undang-undang perlindungan haiwan belum ada di China. "Tak ada undang-undang di China yang menyatakan kucing tidak boleh dimakan," kata polis, Ma Yong. "Kucing bukan haiwan yang dilindungi," katanya.


Baca Lagi

Misteri! Gadis Ghaib Kemudian Muncul Di Kawasan Kubur


Sebuah keluarga bingung apabila anak gadisnya sering ghaib ketika berada di rumah. Gadis yang sering ghaib ini adakalanya muncul kembali di kawasan tanah perkuburan.

Jika sebelum ini, mungkin ada yang pernah membaca kisah tentang seorang lelaki yang ghaib namun kemudiannya ia muncul di Tanah Suci Mekah. Walaubagaimanapun kisah itu sudah lama berlalu, kini terdapat satu kisah di mana seorang gadis sering ghaib di rumah, namun demikian, ia muncul semula tetapi bukanlah di rumah, tetapi dikawasan kubur. Kisah misteri ini mendapat perhatian dari penduduk setempat.


”Ibu cepatlah datang segera ke kubur, Siti takut tiada orang lain di sini.” Itulah khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Siti Balqis Mohd Nor, gadis yang mendakwa sering ghaib dari rumah selepas tiba-tiba menyedari berada di perkuburan Kampung Bukit Kenak, kira-kira lima kilometer dari rumahnya tiga hari sebelum Aidilfitri lalu.


Siti Balqis (atas), 22, yang menghadapi gangguan misteri sejak dua bulan lalu menyebabkannya sering ghaib dari rumahnya di Kampung Gong Nangka, Apal, di sini mendakwa ketika itu telefon bimbit yang ada bersamanya menunjukkan jam 2 pagi.

“Namun, saya tidak tahu bagaimana boleh berada di tanah perkuburan dan lebih dahsyat saya berada di dua tanah perkuburan pada malam itu.

Selepas tersedar berada di kubur Kampung Bukit Kenak, saya tiba-tiba berada pula di kubur Kampung Gong Rengas, kira-kira 10 kilometer dari rumah kami,” katanya ketika ditemui semalam.

Siti Balqis mendakwa hanya mengetahui kisah kubur berkenaan apabila dibawa semula ke kawasan berkenaan, tetapi hingga kini tidak tahu siapa yang membawanya, apa yang dilihat dan dilakukannya sepanjang lima hingga enam jam berada ‘di alam ghaib’.

Namun, Siti Balqis mendakwa sepanjang di tanah perkuburan itu, dia mendengar orang menangis, meminta tolong dan mengaji al-Quran.

Sementara itu, ibunya, Norizan Said, 47, berkata, pada malam mendapat SMS Siti Balqis, beliau bersama suami serta seorang lagi anaknya bergegas ke kubur berkenaan, tetapi selepas puas mencari, mereka tidak menemuinya.

“Kami bergegas pula ke kubur di Kampung Gong Rengas dan di satu kubur baru, ada bekas seperti diduduki seseorang, tetapi Siti tiada di situ,” katanya dan menambah mereka kemudian ke Balai Polis Jertih pada jam 5 pagi untuk membuat laporan.

Bagaimanapun, sejurus masuk ke rumah kira-kira jam 6 pagi, Siti muncul di depan rumah dengan tubuhnya dibasahi air dan baju berlumuran tanah merah.

Kisah Siti Balqis menggemparkan penduduk daerah ini hinggakan ramai yang sukarela membantu berjaga bersama keluarganya selepas anak sulung empat beradik itudikatakan ghaib ke pelbagai tempat termasuk siling rumah, atas pokok, dalam mesin pembancuh simen dan atas kubur.

Siti Balqis juga mendakwa dia luka pada tangan dan kaki ketika berada di sebuah mesin pembancuh simen tidak jauh dari rumah dan ketika di atas pokok manggis, di belakang rumahnya.

Dia juga mendakwa ternampak saudara mara dan orang kampung mencarinya, malah ketika berada di sebuah rumah tinggal, dia menyentuh bapa saudaranya tetapi tidak perasan kehadirannya.

Malam tadi, Norizan menggunakan khidmat tujuh bomoh untuk mengubati anaknya secara tradisional dan wakil Berita Harian turut berada di rumah Siti Balqis bagi meninjau dan memastikan dakwaan dia ghaib.

Sementara itu, kalangan ahli agama di negeri ini berpendapat kejadian itu mungkin disebabkan gangguan jin yang cuba merosak keimanan manusia dan cara terbaik mengatasinya ialah amalan zikir dan membaca al-Quran serta solat hajat dan tahajud.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh, berkata kejadian adalah luar biasa tetapi perlu dilihat secara positif dari sudut agama.

Muhammad Ramli berkata, cara terbaik mengatasinya ialah ahli keluarga Siti Balqis sentiasa berdoa kepada Allah meminta dilindungi daripada perbuatan sihir dan diganggu syaitan.

Timbalan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri (Operasi), Omar Musa, pula berkata apa yang dialami Siti Balqis itu mungkin ada kaitan dengan gangguan makhluk halus.

Katanya, keluarga mangsa hendaklah bersabar dan mendapatkan rawatan alternatif perubatan Islam bagi membolehkannya tidak lagi diganggu oleh makhluk halus.

“Tetapi, perlu diingatkan jangan sekali-kali beranggapan apa yang terjadi terhadap Siti Balqis ada kaitan dengan keramat kerana ada makhluk jin yang mahu merosakkan dan menyesatkan pemikiran dan akidah orang Islam,” katanya.


Baca Lagi

Ngeri! Bapa 'Lenyek' Anak Ketika Mengundur Kereta


Kejadian melanggar anak kecil ketika mengundur kereta bukanlah satu kes yang baru. Ia bukan sahaja terjadi di luar negara, malah di Malaysia sendiri turut terjadi perkara yang sama ini. Punca utama adalah, si pemandu tidak perasan bahawa terdapat anak kecil di bahagian belakang kereta. Memang kebiasaannya, jika ada sebarang objek, isyarat sensor undur akan mengeluarkan bunyi. Hatta kucing lalu pun, turut mengeluarkan bunyi. Video yang ingin ditunjukkan ini adalah tentang seorang ayah yang secara tidak sengaja melenyek anaknya ketika mengundur kereta.




Kes kemalangan melibatkan anak kecil yang maut dilanggar sewaktu ahli keluarga mengundurkan kereta bukan kes terpencil.

Di negara ini, kita sering membaca di dada-dada akhbar bagaimana si bapa tidak perasan kehadiran anak kecilnya sewaktu mengundurkan kenderaan hingga membawa kepada kecelakaan.

Mungkin anda marah dengan kealpaan tersebut, tetapi tahukah anda – ANDA JUGA MUNGKIN BERPOTENSI UNTUK JADI SEDEMIKIAN!

Baru-baru ini berlaku kejadian serupa di Thailand.

Kamera CCTV yang dipasang di rumah keluarga tersebut menceritakan segalanya.

Si bapa yang sedang mengundurkan kenderaan tidak sedar bahawa anak kecilnya ada di belakang kenderaan tersebut.

Kemudian terjadilah kejadian yang cukup menakutkan itu!

Semoga ia tidak berlaku kepada saya, anda dan kita semua…Nauzubillah!
Baca Lagi

Kisah Seram Banglo Lama Di Taiping



Mendiami rumah banglo pada zaman dahulu dianggap paling kaya di daerah tersebut. Biarpun banglo itu tidak semoden hari ini, tetapi ia lambang kemegahan pada ketika itu. Namun banyak peninggalan rumah banglo lama pada hari ini yang ditinggal usang. Antaranya sebuah rumah banglo lama yang terletak di Taiping. Ia dikatakan berhantu dan suasana di kawasan tersebut amat menyeramkan sehingga ada yang terlihat lembaga di situ.

Kisah ni berlaku di rumah banglo makcik aku kat taiping sekitar tahun 1990an…nama umah makcik aku ni ‘Sangkuriang Villa’. Makcik aku ni ada anak laki (sepupu aku) yang boleh nampak benda-benda aneh..kira sixsenth la.

Dari kecik lagi sepupu aku ni boleh nampak hantu & jin masa tinggal kat umah tu. Sampai sekarang dia still nampak lagi tapi tak selalulah mcm dulu. Rumah makcik aku ni pulak bekas peninggalan masa zaman british yang menduduki taiping dulu..tahu je lah umah banglo zaman british dulu, bawah batu atas kayu. Ada tiang2 besar dan kat belakang umah makcik aku ni ade pokok ketapang tinggi yang dahan dia mencecah bumbung rumah.

Suasana sekeliling redup & suram je.. (skarang ni rumah tu dah jadi opis tentera & makcik aku ni dah pindah tmpat lain). Kalau ade forumer kat sini berasal dari taiping mesti tahu rumah banglo lama sebelah asrama kem askar Taiping tu. Kalo dok kat area umah ni, bila time azan maghrib atau azan subuh je msti dengar bunyi anjing menyalak sayup2 je kt sekitar umah tu..bila kuar tengok takde pun kelibat anjing kat area situ..memang menyeramkan…

Setiap cuti sekolah hujung tahun je aku ngan family selalu datang umah diorang bermalam..so sepupu aku ni mula la bukak cerita…

Dari kecik dia boleh nampak & berkawan dengan jin, dia siap makan,minum & bermain sekali dengan jin tu. Tapi yang bestnye cuma dia je yang nampak tapi orang lain tak nampak. Pernah kitoran suruh dia lakarkan gambaran jin tu, rupa dia macam kartun dalam citer casper… makcik aku ni pada mulanya takut jugak tengok keadaan anak dia ni…

Ada skali tu makcik aku dengar sepupu aku ni borak dengan seseorang kat buaian depan umah dia..bila makcik aku keluar tengok, takde orang lain cuma sepupu aku je kat situ..terus makcik aku tarik masuk dalam umah. Masa sepupu aku nak mandi pulak dia nampak ada tangan berbulu kat celah tingkap bilik mandi tu tengah lambai kat dia. Bila dia pandang balik benda tu dah takde..

Pernah terjadi masa aku dengan family datang tido kat umah dia. Family pakcik aku yang lain pun datang bermalam jugak..So petang tu hujan renyai2, kitorang dengan sepupu yang lain tak boleh kuar umah & just main nyorok2 kat tingkat atas umah dia. Siap main baling2 bantal dan yang bestnye kitorang main baling-baling 1 teddy bear ni sampai tercabut mata dia sebelah. Alih2 tengok, teddy bear tu dah macam ngeri dah…

Pastu masa dekat maghrib tu pulak ade sekor kelawar hitam masuk umah dia. Kitorang pun halau la kelawar tu keluar. Ntah macamana sepupu aku ni pulak tersilap pukul klawar tu dengan penyapu sampai mati… then malam tu kitorang tido berhimpit2 kat tingkat atas tu..masing2 dah takut sebab teringat kelawar yang mati tu takut datang kacau kitorang..

Tengah malam tu…sepupu aku ni tiba-tiba terjaga. Dalam ramai-ramai tu dia tido tepi sekali..masa tu dlm gelap..dia rasa ade orang mendengus kat sebelah dia (dari tepi dia yang takde org tu). Bila dia bukak mata je dia tengok ada sepasang mata merah terjegil tengah pandang dia macam orang tengah marah.

Apa lagi sepupu aku ni terperanjat terus bukak lampu & kejut sepupu2 aku yang lain. Kitorang semua bangun..pastu dalam dok kecoh2 tu…tiba-tiba ada sedara aku yang lain ni tunjuk ada kesan calar kat badan dia sampai luka2.. kitorang pun tanya la kot2 dia kena apa2 masa tido. Ntah dia cakap takde plak. Sedar2 je dah ade calar tu.

Sepupu aku ni citer la lagi yang adik bongsu dia masa tu umo dalam lingkungan 4 – 5 tahun selalu menangis bila tengah malam.. tiap2 malam pukul 12 je mesti menangis macam ketakutan & nampak sesuatu. Ada ustaz yang dok area situ bagitau, kat atas bumbung umah dia ni ade puntianak bergayut, sebab umah dia ni kat atas bumbung tu penuh dengan pokok menjalar yg bersambung dengan dahan pokok ketapang tu.

Ni sepupu aku citer aper yang dia mimpi..dlm mimpi tu,dia tgh bermain sebelah umah dia..masa tgh bermain tu dia terpandang satu lembaga besar & tinggi berwarna hitam berdiri betul2 sebelah pokok ketapang blakang rumah dia tu.. lembaga hitam tu berbulu dan badannya tinggi melepasi dahan pokok ketapang tu. Ketika lembaga yg menakutkan tu cuba lalu sbelah pokok ketapang tu, tiba-tiba badan lembaga tersebut terkena dahan pokok lalu dahan tu patah.

Keesokannya, biler sepupu aku ni sedar dari tidonyer, dia try lah gi tengok kat belakang umah.. mmg betul2 dia nampak dahan pokok ketapang tu patah sama cam dlm mimpi dia… Aper lagi terkejut la sepupu aku ni…

Malam ke-2 pulak.

Masa spupu aku ni tengah sedap tido kat bilik dia, tiba-tiba dia terjaga tapi dalam keadaan mamai… Dia nampak ader 2 orang datang dekat katil dia. Sorang tu lelaki, dan sorang lagi pompuan berpakaian seperti pembesar zaman kesultanan melayu dulu2, datang ke arah spupu aku yg tengah mamai ni dan laki tu bagitahu yang dia minta maaf kat sepupu aku coz semalam ada penghulu/org2nya lalu kat belakang umah tu dengan tak sengaja dah terpatahkan dahan pokok ketapang tu.. Beberapa ketika kemudian spupu aku ni terjaga & dia terbau wangi seluruh bilik tido dia tu.

Keesokannya sepupu aku ni citer la kat mak dia aper yg dia alami mlm tadi.. so mak dia ckp kemungkinan org tu adalah org bunian yg tinggal kat blakang umah dia tu…

Mungkin itu cuma dugaan, tapi kebanyakan orang memang suka menduga-duga,kan?

Baca Lagi

Seram! Benarkah Laluan Di Lebuhraya Bukit Grik Ini 'Keras'?



Banyak kisah seram melibatkan pengalaman memandu kereta di jalan lebuhraya semenanjung Malaysia. Antara kisah seram yang sering disebut-sebut adalah di Karak. Kisah dipercayai benar sehingga ada pihakmenerbitkan Filem Karak bagi mendapatkan gambaran sebenar. Kali ini pula adalah tentang cerita yang dialami oleh sebuah keluarga yang berhadapan detik seram ketika melalui lebuhraya Bukit Grik. Adakah anda pernah merasai pengalaman seram di lebuhraya ini?

Pada 16-18 May 2008 kami sekeluarga dapat berita adik Ipar aku kecelakaan motor dgn kereta kat Kg di Kuala Terengganu. Jadi kami sekeluarga diminta untuk balik malam itu juga… Tetapi dalam perjalanan (baru nak masuk Baling) kami dapat call, adik kesayangan kami dah pulang ke Rahmahtullah… Allah lebih sayangkan dia… Al-Fatihah buat arwah… Jadi kami teruskan juga perjalanan ke Terengganu dengan hati yang tabah.

Setelah semuanya selesai, Ahad malam Isnin kami kena pulang ke Penang sebab aku ada kerja yang perlu disiapkan, dan kami bertolak dari Kuala Terengganu dalam 10.30 malam… Mula masuk Lebuhraya Bukit Grik dalam 1.30 pagi… dan sepanjang perjalanan, aku rasa macam biasa, cuma bini aku cakap dia pening dan rasa nak muntah..mungkin sebab jalan yang bengkang-bengkok.

Alhamdulillah, kami sampai ke Grik dlm kul 4.10 pagi, dan kami stop kat R&R sebab aku nak buat urusan kat toilet… Macam biasa aku lock kereta kalau aku tinggal sat anak bini aku, tapi alhamdulillah mlm tu aku tergerak nak kasi on alarm… Tiba-tiba kereta aku bunyi alarm, then aku bergegas pi tengok kereta aku, tak ada apa2 berlaku…Then aku pi dapatkan bini aku, dia nampak mcm takut… Aku tanya kenapa? Dia kata ada orang lalu mundar-mandir depan kereta aku tu, tengok direct kat mereka dlm keta. Then, masa tu kereta aku berbunyi, tiba-tiba orang tu hilang…

So aku pujuk bini cakap maybe orang tu driver lorry dekat-dekat situ yang lepak sama…. Then kami teruskan perjalanan ke Penang… start nak masuk Lebuhraya baru Grik-Baling dalam pukul 4.30 pagi… Aku nampak kabus tebal… Rasa berat hati nak teruskan, ingat nak U-turn… jadi aku plan nanti kalau kat depan ada lampu jalan aku nak U-turn… Tapi bila terus…still takder lampu jalan, sebab bateri solar untuk lampu tu dah habis kot. So aku make desicion teruskan perjalanan…

Tiba-tiba aku rasa semacam jer… Then bini aku tiba-tiba macam terkejut! Aku pesan kat dia baca apa yg patut…Aku pun sama baca apa yg patut… Then aku rasa kereta aku macam berat… aku tekan minyak juga (masa tu gear 5 dan turun bukit!) Then aku tak puas hati aku drop gear 4… masa tu turun bukit! Korang bayangkan turun bukit guna gear 4 . Utk pengetahuan, bila kereta dah bergerak lama, pick-up dia ada skit… Sebelum tu, aku belasah gear 5 naik bukit… Tapi ini turun bukit gear 4.

Alhamdulillah depan kami ada lori balak, rasa ringan semula… Bila aku dah overtake lori tu, tak lama aku rasa berat balik. Macam tadi gak, turun bukit aku henyak gear 4…Aku nekad. Aku mesti lawan balik demi anak bini aku…. Sepanjang nak keluar Lebuhraya tu nak sampai ke Baling, dalam 3-4 kali aku rasa macam tu. Kadang-kadang aku macam terasa nak tengok tepi cermin. Tapi bila tengok takder apa-apa.

Alhamdulillah, kami dpt kuar dari Lebuhraya tu dan sampai ke Baling… Then takder rasa apa-apa. Lepas tu ada bukit-bukit nak menghala ke Kulim tu selamba jer aku naik bukit guna gear 5….

Then sampai ke BKE Kulim, aku stop kat Petronas tu nak rest aku cakap kat bini aku… (Sebenarnya aku saja nak stop, tak nak balik terus kot-kot kalau ada benda ikut, dia akan stay kat situ…) Lepas aku cakap kat bini aku, barulah bini aku rasa beban yg dia rasa tadi hilang tiba-tiba… rasa lega.

Kami selamat sampai rumah kat Seberang Jaya dalam pukul 7.30 pagi… itu pun aku sempat lagi pi beli nasi kandar kat Jalil bagan… Sampai rumah baru kami bincang pasal apa yg berlaku… Bini aku cakap, masa perjalanan nak ke Kuala Terengganu pun dah ada nampak benda pelik… Dia nampak macam orang tua lelaki kat tepi jln kat atas bukit Grik lambai tangan sambil senyum kat dia.

Then masa nak balik ke Penang, still orang yang sama lambai tangan kat dia, tapi kali ni tak senyum.Then dia kata masa kat Highway Grik Baling tu orang tua tu ada follow keta kami! Bini aku nampak. Dia lawan juga dengan beranikan diri buat tak tahu jer… Kuat juga bini aku. Tahniah!

Then masa kereta kami rasa berat tu, dia pun rasa berat juga…Ingatkan aku jer as driver rasa kereta berat… Dia ada nampak macam benda putih follow kereta kami… Nauzhubillah..! Tapi Alhamdulillah, kami selamat sampai rumah….Then kami cerita benda tu kat family kat kampung, adik ipar aku yang sorang tu cerita, dalam bulan lepas, member dia terbabas kereta kat Highway Baling Grik sebab rasa benda yang sama.. kereta rasa berat, then lost control terbabas… Dia kata kami Alhamdulillah kuat juga dapat lawan….

Jadi aku pesan kat korang, kalau nak lalu Highway Baling grik tu, kalau boleh jangan lewat sangat. Tunggu sat kat Pekan Grik tu…dah masuk subuh, baru la boleh tempoh jln tu… Tapi kalau kuat, belasah jer…

Wallahu’alam….

Baca Lagi