Memaparkan catatan dengan label informasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label informasi. Papar semua catatan

Gambar Suami Nurul Izzah Anwar (2 Gambar)



Gambar ini diambil ketika hari penamaan calon bagi kerusi Lembah Pantai baru-baru ini. Nurul Izzah dilihat bersama suaminya dan diiringi oleh 3000 orang yang turut menyertainya. Nurul Izzah yang mengalahkan Shahrizat jalil di kerusi parlimen itu pada PRU 12 dan dijangka akan tetap mempertahankan kerusi tersebut apabila dijadual bakal menentang pencabarnya Raja Nong Chik dari Barisan Nasional. Nurul Izzah telah berkahwin dengan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim dan mereka memiliki dua orang anak, bernama Raja Nur Safiyah dan Raja Harith.


Raja Ahmad Shahrir Iskandar merupakan bekas pelajar "Bukit Bintang Boys School" dan juga bekas penuntut Universiti Cambridge. Kini, Shahrir bekerja di sebuah bank korporat. Nurul Izzah dan Shahrir mula berkenalan ketika bertemu di Institut Kajian Dasar (satu institusi yang ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dahulu). Perkahwinan mereka diadakan pada Mei 2003 ketika Anwar Ibrahim masih berada di dalam Penjara Sungai Buluh. Penjara Malaysia telah membenarkan Anwar Ibrahim keluar dari penjara untuk menjadi wali kepada anaknya, Nurul Izzah. - Wikipedia

lulupages.blogspot.com
Baca Lagi

Awas! Bahaya Minuman 3 Dalam 1 Yang Tidak Diketahui Umum


Minuman 3-in-1 boleh mendatangkan bahaya kerana ramai yang tidak menyedari ia sebenarnya mengandungi gula yang berlebihan selain digembar-gemburkan mampu menambah tenaga.

Pensyarah Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Shariza Abd. Razak berkata, walaupun ada minuman itu dikatakan mengandungi ginseng atau tongkat ali untuk menambahkan tenaga namun kandungannya amat sedikit.


“Ia tidak member sebarang kesan dalam penjagaan kesihatan sebaliknya ia mengandungi gula yang banyak iaitu lebih daripada tiga sudu teh.

“Namun ramai yang tidak menyedarinya kerana ditenggelamkan oleh rasa pahit kopi tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Menurut Shariza, selain kandungan gula yang tinggi, kebanyakan minuman 3-in-1 yang dijual di pasaran juga menggunakan krimmer susu bukan tenusu iaitu yang dihasilkan daripada minyak kelapa sawit.

Katanya, krimmer tersebut merupakan sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan kerana ia boleh menyumbat saluran arteri darah dan seterusnya menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar.
Kesannya, para pesakit jantung atau diabetes yang minum minuman itu secara tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit mereka menjadi lebih serius.

Sementara itu, Shariza menjelaskan, antara factor yang menyebabkan minuman 3-in-1 menjadi pilihan ramai ketika ini adalah disebabkan kosnya yang murah iaitunantara 50 sen hingga RM1 bagi setiap paket.

Menurutnya, gaya hidup masyarakat yang sering sibuk dan terikat dengan jadual kerja harian turut memainkan peranan mempopularkannminuman itu kerana ia mudah dibancuh walaupun di tempah kerja.

Beliau bagaimanapun menegaskan, pengambilan minuman tersebut bukannya tidak dibenarkan tetapi perlu diambil secara sederhana dan turut diseimbangkan dengan makanan lain.


Info Kandungan minuman 3-in-1:

- Mengandungi lebih tiga sudu the gula dalam setiap pek.
- Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut.
- Selain gula, krimmer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan
- Turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi) dan menyukarkan tidur pada waktu malam.
- Setiap pek mengandungi sehingga 200 kalori.
- Jumlah kalori itu sama dengan dua keeping roti atau sepinggan nasi.
- Jika diambil tiga paket sehari, ia bersamaan 600 kalori dan turut menyumbang kepada berat badan berlebihan.
- Kandungan untuk meningkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana bahan-bahan itu mahal dan sukar untuk diperoleh.

Sumber:

- Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia
- Akhbar kosmo!
- Nizarazu
Baca Lagi

Kurang Tidur Akan Pengaruhi Prestasi Murid



Kurang tidur merupakan faktor penting di sebalik menurunnya prestasi anak di sekolah. Demikian penemuan para penyelidik yang mengkaji lamanya anak tidur dan prestasi mereka di sekolah di berbagai negara. Anak-anak yang kurang tidur terutama yang ditemui di negara-negara maju dan pakar mengkaitkan kecenderungan ini dengan semakin seringnya anak berinteraksi dengan komputer dan telepon pintar. Ramai anak di negara maju yang menggunakan telefon bimbit pintar atau komputer hingga larut malam. Kurang tidur terbukti sangat mengganggu konsentrasi anak, sehingga guru harus melambatkan penyampaikan pembelajaran.

Tidur sangat penting

Kajian yang dilakukan para penyelidik di Boston College menunjukkan jumlah terbesar anak yang kurang tidur ada di Amerika Syarikat yang mencapai 73% di antara anak usia 9-10 tahun, sementara yang berusia 13-14 tahun angkanya mencapai 80%. Rata-rata internasional untuk dua kelompok usia tersebut masing-masing adalah 47% dan 57%. Anak-anak di New Zealand, Arab Saudi, Australia, England, Ireland, dan Perancis juga tergolong kurang tidur. Sementara anak di Azerbaijan, Kazakhstan, Portugal, Republik Czech, Jepun, dan Malta masuk ke daftar yang mendapatkan waktu tidur yang cukup. "Anak sangat memerlukan tidur. Jika guru melaporkan sebahagian murid di kelas kekurangan tidur, jelas ini akan berpengaruh terhadap prestasi secara keseluruhan," kata Chad Minnich, penyelidik di Boston College. - AP
Baca Lagi

Inilah Penjara Paling Bebas di Dunia (Gambar)


San Pedro merupakan penjara terbesar di La Paz, Bolivia dengan tahanan sebanyak 1500 orang di dalamnya. Uniknya, para tahanan di sini memiliki sistem komuniti tersendiri sepertimana kehidupan normal di luar penjara.



Di dalam kompleks penjara ini terdapat restoran, pasar, supermarket, salon rambut,malah hotel yang dikelola sendiri oleh para tahanan. Kehidupan di sini sememangnya bebas tanpa diawasi oleh pegawai penjara dan tanpa campur tangan polis Bolivia dengan segala hal yang terjadi di dalam penjara (kecuali jika berlaku rusuhan besar-besaran).

San Pedro memiliki sistem pemerintahan sendiri. Seorang pemimpin akan dipilih secara demokratik. Sekiranya terjadi masalah, peraturan dan hukuman yang telah ditetapkan oleh para tahanan inilah yang akan berlaku. Sehingga apabila seorang tahanan dianggap keterlaluan, maka para tahanan yang lain akan bertindak.


Namun, di dalam penjara ini, para tahanan harus membayar untuk sel mereka, tidak kira betapa kecil atau kotornya sel yang mereka diami. Penjara San Pedro terbahagi kepada 8 bahagian, mulai dari bahagian paling kumuh dan kotor sehinggalah yang paling mewah. Tahanan yang sanggup membayar mahal dapat tinggal di bahagian yang mewah.

Tidak menghairankan bagi para banduan yang kaya, sel (tanpa jeriji besi) dilengkapi dengan tandas peribadi, dapur sendiri, TV kabel, bahkan jakuzzi! Tetapi bayaran sewanya pun mahal. Tahanan yang ingin tinggal di dalam sel mewah seperti ini harus membayar sekitar USD 1000 hingga 1500 (sekitar RM 3000 – RM 4500) sepanjang masa tahanan mereka. 


Seperti disebutkan sebelumnya, tanpa adanya pegawai penjara bererti tiada makanan penjara yang percuma diberikan. Banduan di sini harus bekerja seperti kehidupan normal. Itulah sebabnya ramai yang membuka perniagaan sendiri seperti kedai makan, salun dan sebagainya malah ada yang menggaji tahanan lain sebagai pekerja mereka. Gaji yang diperoleh digunakan untuk membeli makan, membayar sewa tempat dan kegunaan lainnya.

Tahanan di San Pedro boleh membawa anak dan isteri untuk hidup bersama. Sebuah data menunjukkan terdapat sekitar 200 anak yang tinggal dengan ayah mereka yang menjadi tahanan di dalam penjara San Pedro.

Lagi gambar-gambar menarik:







Baca Lagi

Wajib Baca! Untuk Diri Sendiri Dan Juga Keluarga Tersayang...



Nauzubillah min zalik, ianya berlaku didalam negara kita sendiri, mungkin tidak jauh dari tempat anda tinggal.

Kami ditayangkan dengan gambar-gambar kejadian rogol, bunuh dan buang oleh ramai mangsa yang anda tak akan dapat lihat didalam Metro atau KOSMO. Yang menyayat hati banyak mangsa-mangsa adalah kanak-kanak, ada yang besar2 anak saya sendiri. Tenunglah anak perempuan anda sekarang, bayangkan dada mereka ditoreh, pungung dikerjakan, disumbat mulut dengan kertas, beras, kemaluan disumbat dengan benda-benda. Ni bukan rekaan tuan-tuan dan puan-puan. Saya tengok gambar tu dengan mata saya sendiri.

Yang lebih menyedihkan 80% mereka yang ditangkap terlepas, kerana tidak cukup bukti untuk didakwa dan ditahan didalam penjara. Jadi awas tuan-tuan dan puan-puan, dikalangan kita ada perogol, pedophiles, pembunuh bersiri yang bebas mencari peluang utk bertindak.

Dan mereka ni bukan orang kurang siuman. Semuanya bijak belaka. Mereka mengunakan kaedah seperti PHISING dan reverse phsycology utk mendapatkan maklumat peribadi kita.

Jadi anda boleh membuat perbezaan. Saya nak sarankan beberapa perkara mudah di FB yang InsyaAllah boleh menyelamatkan nyawa anda dan keluarga anda.

1. REMOVE semua maklumat berkenaan suami, isteri, anak, ibu, bapa, pakcik yang kita publish di Facebook. Tak perlu unfriend mereka, hanya tukar relationship sahaja.

2.JANGAN post gambar anda, anak-anak, keluarga dan sahabat handai. Jika perlu tetapkan setting SECURITY pada kiriminan. Tentukan org-org yg hanya boleh melihat gambar tersebut.

3. Aktifkan option untuk review TAG. Ada didalam ruangan Setting. Pilihan ini akan meminta anda utk approve gambar, post yang anda telah di tag. Jadi ini akan memberikan anda ruang untuk menilai kiriman tersebut samanda ianya akan mengamcam keselamatan

4. JANGAN lah nak bersayang-sayang, aniversary di FB. Buat offline sahajalah.Tindakan seperti ini akan memberitahu siapa orang kesayangan anda dan boleh jadi target

5. HENTIKAN post yang boleh menunjukan anda bersendiri. Seperti "Boringnya, sorang-sorang kat rumah" atau "I nak tido kejap"

6. MATIKAN fungsi geo-location pada pengguna Android atau iPhone. Fungsi ini boleh mndedahkan lokasi anda.

7. Review friendlist anda dengan kerap. Ingat 80% penjenayah ni masih terlepas.

8. REMOVE no telefon dari FB. Kerana penguna Android boleh nampak no telefon anda

9. Gambar profile letak lah yang sopan santun

10. REVIEW semula album FB anda. Mana gambar yang tak patut ttu delete sahaja!

Nampak paranoid, tapi kalau korang tgk sendiri baru korang tau. Jangan salahkan pihak berkuasa. Kita sendiri yg expose maklumat peribadi.


Baca Lagi

Jawapan kepada 33 Soalan Yang Berkisar Dalam Masyarakat Sempena PRU13



Dapatkan jawapan kepada 33 soalan yang berkisar dalam masyarat sempena PRU 13 dalam video khas " ANDA TANYA TOK GURU JAWAB" di video-video dibawah :

1. PR menang, DAP PM? 



2. PAS kaldai DAP? http://youtu.be/9uV1lT_vhPA
3. isu hudud di kelantan & kedah http://youtu.be/6wg1-tlzzC8
4. tolak umno tapi bersama DAP? http://youtu.be/haa19uzyiuE
5. isu tabung memali http://youtu.be/2xEgyAIlBpc
6. negara bankrap kalau PR menang? http://youtu.be/90wYClPzQ84
7. isu sembahyang 2 masjid http://youtu.be/Pizwthl5SzE
8. isu kafirkan orang umno 1983 http://youtu.be/9zbpHMjnTc8
9. batalkan projek BN terengganu? http://youtu.be/gYsCfNQqbY4
10. peranan tok guru di marang http://youtu.be/qpkco6N4N0o
11. tol dalam pemberian tanah http://youtu.be/m-60wxCzyws
12. dasar hiburan & siaran TV http://youtu.be/lYHCvzBi7d4
13. islam PAS for all? http://youtu.be/rYa5wKm00tM
14. hanya BN mampu memerintah? http://youtu.be/U5szyW6c4Vw
15. ekonomi & kesejahteraan PR http://youtu.be/4ZkoMoIJ-Js
16. hudud di terengganu http://youtu.be/DgMw-EHSwNc
17. kilang arak selangor http://youtu.be/spzP_eFLeL8
18. judi genting highland http://youtu.be/spzP_eFLeL8
19. projek membazir terengganu http://youtu.be/IHfbdSTm0yk
20. Projek bermasalah dan membazir di Terengganu?http://www.youtube.com/watch?v=IHfbdSTm0yk
21. Isu media seperti Utusan Malaysia, tv1, tv2 dan tv3,http://www.youtube.com/watch?v=gwSulHa613k
22. Isu 5 buah kontraktor bumiputra projek LPT yang dinafikan UMNOhttp://www.youtube.com/watch?v=nVprduaO2CE
23. Isu pegambilan balik 60 ribu lot tanah oleh kerajaanhttp://www.youtube.com/watch?v=iycFOvwVN84
24. Perancangan Hospital perubatan percumahttp://www.youtube.com/watch?v=GcOUzmvekx8
25. Plan segera dalam masa 30 hari kerajaan PAS.http://www.youtube.com/watch?v=j7eVPpuDyPk
26. Adakah BR1M akan dilakukan oleh kerajaan PR?http://www.youtube.com/watch?v=yepPFIoQbgQ
27. Penubuhkan tribunal bagi rakyat yang dizalimi BN membuat aduan?http://www.youtube.com/watch?v=bXZ-G_0q8VM
28. Adakah PAS Dan PR akan mengenakan Tol di LPT?http://www.youtube.com/watch?v=FCdvGgc-ZJo
29. Penentuan siapa PM? http://www.youtube.com/watch?v=jder6IDX4jM
30. Khidmat JKKK akan ditamatkan serta? http://www.youtube.com/watch?v=Cvarl1pz7UQ
31. Apakah hukum megundi? http://www.youtube.com/watch?v=oGwsAXCrpZU
32. Apakah hukum cerita keburukan calon semasa kempen?http://www.youtube.com/watch?v=F3wsovUzNeE
33. Isu bersumpah megundi BN ketika terima bantuan?http://www.youtube.com/watch?v=vuCYQWjFU0U

Like page --> Laman Kongsi


sumber
Baca Lagi