Memaparkan catatan dengan label hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hiburan. Papar semua catatan

Jehan Miskin Bakal Kahwin Gadis Korea Sabtu Ini



PETALING JAYA: Pelakon Jehan Miskin akan mengakhiri zaman bujangnya pada Sabtu ini bersama seorang gadis yang berasal dari Korea.

Harian Metro pada Rabu melaporkan, Jehan dan gadis yang menetap di Kuala Lumpur itu telah berkenalan selama lima tahun.

"Buat masa sekarang saya tidak mahu bercerita lanjut mengenai percintaan saya, siapa gadis itu, di mana saya berkenalan dan sebagainya.

"Saya akan ceritakan segalanya nanti selepas selesai majlis pernikahan," ujarnya.

Dalam pada itu, Jehan berkata, majlis berkenaan akan dibuat secara ringkas di Carcosa Seri Negara dan hanya menjemput 100 tetamu termasuk keluarga dan teman rapat.

Malah kata Jehan, majlis akan dibuat sekali sahaja untuk kedua-dua belah keluarga.

"Keluarga bakal mentua saya bakal datang dari Korea, ibu dan kakak saya yang menetap di Amerika Syarikat juga akan turut meraikan perkahwinan saya ini," katanya.

Jelas Jehan, majlis yang bermula pada pukul 2 petang itu akan dimulakan dengan acara akad nikah, bersanding diikuti majlis minum petang. - mStar
Baca Lagi

Zain Saidin: 'Saya Dipergunakan!'



BERTEPATAN dengan tema, Bila Dapur Menjadi Panas, Watak Lain Menjadi Jelas, rancangan MasterChef Selebriti 2 (MSM2) semakin ‘panas’ dengan aksi setiap peserta.

Bagi penonton setia rancangan ini, pastinya terkejut dengan tindakan pelakon Oh My English!, Zain Saidin.

Disingkirkan dari gelanggang MSM2 apabila ‘pancakenya’ gagal menambat hati juri, Zain turut mempertikaikan tindakan juri yang dilihat tidak adil dalam pertandingan.

Menerusi Zass, kekasih kepada aktres cantik, Rozita Che Wan atau Che Ta ini mengakui penjelasannya di pentas penyingkiran itu hanyalah luahan hati setelah memerhatikan situasi berkenaan sejak di awal pertandingan.

“Tidak semua babak yang berlaku dipertontonkan secara umum. Banyak yang dipotong dan diedit sehingga menampakkan saya begitu biadab dan jahat.

“Saya dipergunakan dan dijadikan watak jahat dalam drama ini. Saya akui, rancangan ini separuh real, separuh drama. Namun, banyak kata-kata ‘pedas’ juri dibuang dan kelantangan saya menyerlah.

“Saya tidak kecewa apabila disingkirkan kerana saya tahu setakat mana kemampuan saya, namun saya tidak suka bila ada unsur-unsur ketidakadilan dalam pertandingan,” katanya yang menolak dakwaan iri hati terhadap Pak Nil (Datuk Aznil Nawawi).

Menurut Zain, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Pak Nil dan tetap menghormati selebriti itu.

“Saya menyuarakan rasa tidak puas hati bukan kerana iri hati dengan Pak Nil atau peserta lain.

“Saya cuma mengingatkan juri mengenai proses penjurian. Saya tidak kisah untuk berkongsi barang bersama kerana kami memang dalam satu keluarga besar.

“Namun, saya lihat ianya tidak adil kerana juri yang juga chef hanya membiarkan Pak Nil mengambil nasi daripada Kenchana Dewi sedangkan sebelum ini kami telah diingatkan untuk menggunakan bahan sendiri,” katanya yang mengakui sudah berdamai dengan Chef Adu, Chef Joe dan Chef Zubir.

Didesak sertai MSM 2


Mengakui pada awalnya menolak untuk menyertai pertandingan ini, Zain memberitahu, dia dipaksa pihak produksi untuk sama-sama memeriahkan dapur MSM 2 bersama Che Ta.

Katanya, dia terpaksa menolak tawaran lakonan dan bersetuju untuk turut sama dalam MSM 2.

“Saya memang tak nak masuk MSM 2 kerana saya tiada kemahiran memasak. Mereka mahu saya masuk kerana kisah percintaan saya bersama Che Ta.

“Namun, saya tidak sangka ia bukan sekadar pertandingan. Sejak awal lagi saya sudah nampak sikap juri yang tidak adil.

Namun, sebelum ini, saya tidak berpeluang untuk bercakap.

“Saya mengeluarkan pendapat itu bukan kerana kepentingan peribadi kerana perkara ini turut diberitahu peserta lain termasuk Pak Nil. Saya berharap, selepas ini mereka lebih telus dalam menghakimi masakan tanpa memandang siapa selebriti itu,” katanya yang tidak kisah mengenai pandangan masyarakat mengenainya.

Hubungan bersama Che Ta tergugat?

Akibat tindakan Zain di dapur MSM2, Che Ta juga turut diheret dalam kontroversi tersebut.

Malah, ada yang beranggapan, tindakan Zain yang kurang matang dan ego itu bakal meranapkan hubungan yang dibina bersama kekasihnya.

“Kenapa pula nak babitkan Che Ta dalam hal ini? Che Ta sendiri tahu perangai saya dan saya hanya bersuara apabila ada perkara yang tidak betul.

“Sepanjang bersama Che Ta, saya tidak pernah marah dia ataupun berkelakuan tidak elok. Saya tidak kisah apa yang orang cakap kerana kami tahu apa yang berlaku.

“Saya dan Che Ta ok saja dan rakaman itu dibuat sebulan lalu. Hubungan saya dengan juri dan Pak Nil juga sudah seperti sedia kala,” katanya.


Sinar Harian
Baca Lagi

Akaun Facebook Azhar Sulaiman Digodam


Azhar Sulaiman menunjukkan salinan laporan polis dibuatnya kerana akaun facebook digodam. Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Gara-gara menyatakan sokongannya terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN), pelakon Azhar Sulaiman terpaksa menerima cacian oleh peminat-peminatnya menerusi Facebook.

Bukan itu sahaja, Azhar, 41, turut berhadapan dengan masalah besar apabila akuan laman sosial miliknya itu turut digodam oleh individu bernama ‘Cyber Troopers’ yang didakwanya sebagai penyokong parti pembangkang.


“Saya menerima cacian dan maki hamun melalui Facebook selain akaun itu turut digodam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga ia tidak lagi boleh berfungsi,” katanya kepada pemberita pada Selasa.

Azhar tampil memberi kenyataan terbabit selepas membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail di sini pada Selasa kerana merasakan dirinya terancam akibat pengkhianatan siber itu.

Azhar yang popular dengan filem Abang 92 itu berkata, dia kecewa kerana haknya untuk bersuara menerusi laman sosial berkenaan disekat terutamanya apabila dia menunjukkan sokongan kepada BN.

Malah kata Azhar, komen-komen yang diberikan menerusi Facebook miliknya itu bukanlah kerana dia berhasrat untuk menjadi ahli politik tetapi mahu berkongsi dengan peminat mengenai kebaikan pemerintahan yang sedia ada.

“Saya tidak bermaksud untuk mencari populariti tetapi saya mahu Barisan Nasional kekal memerintah,” katanya.

mStar

p/s: Tapi admin rasa bukan orang hack dia bukan sebab dia sokong barisan nasional kot, tapi sebab kata²nya yang banyak terpesong dengan ajaran islam..

Baca Lagi

Faizal Tahir Tazkirah Norman KRU




Syabas Faizal Tahir kerana boleh bertindak memperbetulkan apa yang tak betul. Norman KRU yang semestinya artis UMno, yang mendapat didikan UMno dan imej di ataslah hasil yang diperolehi. Hasil daripada mereka yang beriktikad bahawa bukan Allah swt yang Maha Pemberi rezeki dan inilah yang diperbetulkan oleh Faizal Tahir.

Sepatutnya Norman kena sedar apa yang tak betul tentang apa yang telah ditulisnya. Tak tahu kena bertanya dan taklah nanti orang nampak bengap sangat tentang ilmu agama.

Tahniah Faizal dan artis lain juga sepatutnya begitu, menegur apa yang tak betul di sekeliling mereka.

sumber
Baca Lagi

Norman Hakim Serahkan Takdir Jodohnya Dengan Abby Abadi



KUALA LUMPUR, 26 APRIL 2013: Meskipun belum pernah terfikir untuk menjalinkan ikatan yang sah bersama bekas isterinya, aktor berbadan sasa, Norman Hakim berkata dia tidak menolak kuasa Tuhan jika ditakdirkan dia dan Abby Abadi kembali bersatu.

"Memang hubungan saya dan Memey Suhaiza (isteri) dengan Abby Abadi mesra.

"Kerana kami menjalinkan hubungan yang baik demi kebahagiaan anak-anak.

"Malah saya bersyukur kerana dapat bersama dan berkumpul tanpa memikirkan persengkataan yang lalu.

"Namun untuk berkahwin semula dengan Abby Abadi, itu terus-terang saya belum terfikir dan ianya di luar daripada kuasa saya.

"Kami juga tidak tahu perancangan Allah untuk kami.

"Jadi mungkin ya dan mungkin juga tidak kami akan kembali bersama," katanya yang dihubungi murai.com.my.

Norman Hakim diminta mengulas mengenai komen peminat di murai.com.my yang melihat kemesraan mereka itu sebagai tanda Norman dan Abby akan berkahwin semula.

Namun jika benar Norman Hakim ditakdirkan akan berkahwin semula dengan Abby, dia memberitahu semuanya itu akan berlaku dengan keizinan isterinya, Memey Suhaiza.

"Saya sudah cukup gembira dan bersyukur dengan apa yang saya perolehi sekarang.

"Saya dan Abby memang menjalinkan hubungan yang baik kerana dia ibu kepada anak-anak saya.

"Namun jika ditakdirkan saya akan berkahwin dengan Abby, ianya berlaku dengan keizinan isteri saya terlebih dahulu," jelasnya lagi.

Mengulas lanjut mengenai hubungan baik yang terjalin, Norman memberitahu dia, isteri dan Abby sejak akhir ini sering keluar bersama dalam membantu bekas isterinya itu untuk membuka sebuah butik pakaian.

"Akhir-akhir ini kami memang kerap keluar bersama untuk membantu dan memberi sokongan dan sedikit idea kepada Abby yang mahu memulakan perniagaan.

"Setakat ini kami berkawan secara profesional dan baik ," luahnya lagi.

Baru-baru ini mereka bertiga dan sekeluarga hadir ke hari sukan anak mereka dan Memey pertama kali telah dilihat muncul dengan imej bertudung.

Baca Lagi

Shaheizy Sam Beri Hadiah Barang Kemas Kepada Ibu



Shaheizy Sam (kiri) menerima replika kunci kereta Nissan 370Z Coupe yang dimenanginya sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 2012 daripada Mior Kamarul Shahid.

SUBANG JAYA: Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) iaitu pelakon Shaheizy Sam menghadiahkan set barang kemas tajaan Habib Jewels yang dimenangi khas buat ibunya, pelakon Khaty Fauziah.

Sam, 31, berkata, dia sudah berhajat untuk memberi hadiah bernilai RM150,000 itu kepada ibunya yang menjadi penyokong utamanya sejak dia bergelar pelakon.


“Beliau adalah penyokong setia dan pemangkin semangat saya. Tanpanya tidak adalah saya di sini.

“Jujurnya saya tidak mampu membalas jasanya yang cukup besar. Cuma hadiah kemenangan di ABPBH ini memang saya ingin berikan kepadanya,” jelas Sam ketika ditemui pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang –pemenang ABPBH 2012 di Hotel Holiday Villa di sini, Selasa.

Hadiah disampaikan oleh Pengarang Kumpulan Berita Harian (BH), Datuk Meor Mior Kamarul Shahid.

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Pengarang BH, Mahfar Ali dan Pengarang Bersekutu Edisi Mingguan BH, Hanizam Abdullah

Selain barang kemas, Sam turut menerima sebuah kereta Nissan 370Z Coupe tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd.

Pada ABPBH 2010, Sam turut memenangi anugerah serupa sehingga melayakkan dia membawa hadiah kereta Nissan Teana 2.0L bernilai RM140,000 dan barangan kemas Rafflesia Mandalay (edisi terhad) serta beberapa hadiah iringan lain.

Mengenai hadiah kereta Nissan yang dimenanginya Sam berkata, kenderaan itu akan digunakan untuk aktiviti seharian dan tidak berhasrat untuk menjual atau memberikannya kepada orang lain.

Dalam pada itu, kumpulan rock popular Search yang mendapat Anugerah Sepanjang Hayat pada majlis tersebut turut menerima penghargaan daripada pihak Berita Harian.

Pemenang bagi 16 kategori lain yang dipertandingkan turut memenangi pelbagai hadiah menarik daripada pihak penganjur seperti Habib Jewels dan Jamu Mak Dara.

Sementara itu seorang pembaca, Norhana Nazidin menjadi individu bertuah apabila berjaya membawa pulang sebuah kereta Nissan Almera sumbangan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd.

Selain itu, Norhana turut membawa pulang barang kemas Habib Jewels dan tiket pelayaran 4 hari 3 malam di atas kapal SuperStar Libra tajaan Star Cruise Travel Sdn Bhd.

Dalam perkembangan sama, ABPBH 2012 turut menyampaikan Anugerah Khas kepada artis yang memberikan komitmen sepanjang siri jelajah acara itu.

Artis yang menerima anugerah berkenaan adalah Aaron Aziz, Didie Alias, Emma Maembong, Hanez Suraya, Johan As’ari, Shah Iskandar dan Sleeq. - 
mStar
Baca Lagi