Memaparkan catatan dengan label hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hiburan. Papar semua catatan

Jehan Miskin Bakal Kahwin Gadis Korea Sabtu Ini



PETALING JAYA: Pelakon Jehan Miskin akan mengakhiri zaman bujangnya pada Sabtu ini bersama seorang gadis yang berasal dari Korea.

Harian Metro pada Rabu melaporkan, Jehan dan gadis yang menetap di Kuala Lumpur itu telah berkenalan selama lima tahun.

"Buat masa sekarang saya tidak mahu bercerita lanjut mengenai percintaan saya, siapa gadis itu, di mana saya berkenalan dan sebagainya.

"Saya akan ceritakan segalanya nanti selepas selesai majlis pernikahan," ujarnya.

Dalam pada itu, Jehan berkata, majlis berkenaan akan dibuat secara ringkas di Carcosa Seri Negara dan hanya menjemput 100 tetamu termasuk keluarga dan teman rapat.

Malah kata Jehan, majlis akan dibuat sekali sahaja untuk kedua-dua belah keluarga.

"Keluarga bakal mentua saya bakal datang dari Korea, ibu dan kakak saya yang menetap di Amerika Syarikat juga akan turut meraikan perkahwinan saya ini," katanya.

Jelas Jehan, majlis yang bermula pada pukul 2 petang itu akan dimulakan dengan acara akad nikah, bersanding diikuti majlis minum petang. - mStar
Baca Lagi

Zain Saidin: 'Saya Dipergunakan!'



BERTEPATAN dengan tema, Bila Dapur Menjadi Panas, Watak Lain Menjadi Jelas, rancangan MasterChef Selebriti 2 (MSM2) semakin ‘panas’ dengan aksi setiap peserta.

Bagi penonton setia rancangan ini, pastinya terkejut dengan tindakan pelakon Oh My English!, Zain Saidin.

Disingkirkan dari gelanggang MSM2 apabila ‘pancakenya’ gagal menambat hati juri, Zain turut mempertikaikan tindakan juri yang dilihat tidak adil dalam pertandingan.

Menerusi Zass, kekasih kepada aktres cantik, Rozita Che Wan atau Che Ta ini mengakui penjelasannya di pentas penyingkiran itu hanyalah luahan hati setelah memerhatikan situasi berkenaan sejak di awal pertandingan.

“Tidak semua babak yang berlaku dipertontonkan secara umum. Banyak yang dipotong dan diedit sehingga menampakkan saya begitu biadab dan jahat.

“Saya dipergunakan dan dijadikan watak jahat dalam drama ini. Saya akui, rancangan ini separuh real, separuh drama. Namun, banyak kata-kata ‘pedas’ juri dibuang dan kelantangan saya menyerlah.

“Saya tidak kecewa apabila disingkirkan kerana saya tahu setakat mana kemampuan saya, namun saya tidak suka bila ada unsur-unsur ketidakadilan dalam pertandingan,” katanya yang menolak dakwaan iri hati terhadap Pak Nil (Datuk Aznil Nawawi).

Menurut Zain, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Pak Nil dan tetap menghormati selebriti itu.

“Saya menyuarakan rasa tidak puas hati bukan kerana iri hati dengan Pak Nil atau peserta lain.

“Saya cuma mengingatkan juri mengenai proses penjurian. Saya tidak kisah untuk berkongsi barang bersama kerana kami memang dalam satu keluarga besar.

“Namun, saya lihat ianya tidak adil kerana juri yang juga chef hanya membiarkan Pak Nil mengambil nasi daripada Kenchana Dewi sedangkan sebelum ini kami telah diingatkan untuk menggunakan bahan sendiri,” katanya yang mengakui sudah berdamai dengan Chef Adu, Chef Joe dan Chef Zubir.

Didesak sertai MSM 2


Mengakui pada awalnya menolak untuk menyertai pertandingan ini, Zain memberitahu, dia dipaksa pihak produksi untuk sama-sama memeriahkan dapur MSM 2 bersama Che Ta.

Katanya, dia terpaksa menolak tawaran lakonan dan bersetuju untuk turut sama dalam MSM 2.

“Saya memang tak nak masuk MSM 2 kerana saya tiada kemahiran memasak. Mereka mahu saya masuk kerana kisah percintaan saya bersama Che Ta.

“Namun, saya tidak sangka ia bukan sekadar pertandingan. Sejak awal lagi saya sudah nampak sikap juri yang tidak adil.

Namun, sebelum ini, saya tidak berpeluang untuk bercakap.

“Saya mengeluarkan pendapat itu bukan kerana kepentingan peribadi kerana perkara ini turut diberitahu peserta lain termasuk Pak Nil. Saya berharap, selepas ini mereka lebih telus dalam menghakimi masakan tanpa memandang siapa selebriti itu,” katanya yang tidak kisah mengenai pandangan masyarakat mengenainya.

Hubungan bersama Che Ta tergugat?

Akibat tindakan Zain di dapur MSM2, Che Ta juga turut diheret dalam kontroversi tersebut.

Malah, ada yang beranggapan, tindakan Zain yang kurang matang dan ego itu bakal meranapkan hubungan yang dibina bersama kekasihnya.

“Kenapa pula nak babitkan Che Ta dalam hal ini? Che Ta sendiri tahu perangai saya dan saya hanya bersuara apabila ada perkara yang tidak betul.

“Sepanjang bersama Che Ta, saya tidak pernah marah dia ataupun berkelakuan tidak elok. Saya tidak kisah apa yang orang cakap kerana kami tahu apa yang berlaku.

“Saya dan Che Ta ok saja dan rakaman itu dibuat sebulan lalu. Hubungan saya dengan juri dan Pak Nil juga sudah seperti sedia kala,” katanya.


Sinar Harian
Baca Lagi

Akaun Facebook Azhar Sulaiman Digodam


Azhar Sulaiman menunjukkan salinan laporan polis dibuatnya kerana akaun facebook digodam. Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Gara-gara menyatakan sokongannya terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN), pelakon Azhar Sulaiman terpaksa menerima cacian oleh peminat-peminatnya menerusi Facebook.

Bukan itu sahaja, Azhar, 41, turut berhadapan dengan masalah besar apabila akuan laman sosial miliknya itu turut digodam oleh individu bernama ‘Cyber Troopers’ yang didakwanya sebagai penyokong parti pembangkang.


“Saya menerima cacian dan maki hamun melalui Facebook selain akaun itu turut digodam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga ia tidak lagi boleh berfungsi,” katanya kepada pemberita pada Selasa.

Azhar tampil memberi kenyataan terbabit selepas membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail di sini pada Selasa kerana merasakan dirinya terancam akibat pengkhianatan siber itu.

Azhar yang popular dengan filem Abang 92 itu berkata, dia kecewa kerana haknya untuk bersuara menerusi laman sosial berkenaan disekat terutamanya apabila dia menunjukkan sokongan kepada BN.

Malah kata Azhar, komen-komen yang diberikan menerusi Facebook miliknya itu bukanlah kerana dia berhasrat untuk menjadi ahli politik tetapi mahu berkongsi dengan peminat mengenai kebaikan pemerintahan yang sedia ada.

“Saya tidak bermaksud untuk mencari populariti tetapi saya mahu Barisan Nasional kekal memerintah,” katanya.

mStar

p/s: Tapi admin rasa bukan orang hack dia bukan sebab dia sokong barisan nasional kot, tapi sebab kata²nya yang banyak terpesong dengan ajaran islam..

Baca Lagi

Faizal Tahir Tazkirah Norman KRU




Syabas Faizal Tahir kerana boleh bertindak memperbetulkan apa yang tak betul. Norman KRU yang semestinya artis UMno, yang mendapat didikan UMno dan imej di ataslah hasil yang diperolehi. Hasil daripada mereka yang beriktikad bahawa bukan Allah swt yang Maha Pemberi rezeki dan inilah yang diperbetulkan oleh Faizal Tahir.

Sepatutnya Norman kena sedar apa yang tak betul tentang apa yang telah ditulisnya. Tak tahu kena bertanya dan taklah nanti orang nampak bengap sangat tentang ilmu agama.

Tahniah Faizal dan artis lain juga sepatutnya begitu, menegur apa yang tak betul di sekeliling mereka.

sumber
Baca Lagi

Norman Hakim Serahkan Takdir Jodohnya Dengan Abby Abadi



KUALA LUMPUR, 26 APRIL 2013: Meskipun belum pernah terfikir untuk menjalinkan ikatan yang sah bersama bekas isterinya, aktor berbadan sasa, Norman Hakim berkata dia tidak menolak kuasa Tuhan jika ditakdirkan dia dan Abby Abadi kembali bersatu.

"Memang hubungan saya dan Memey Suhaiza (isteri) dengan Abby Abadi mesra.

"Kerana kami menjalinkan hubungan yang baik demi kebahagiaan anak-anak.

"Malah saya bersyukur kerana dapat bersama dan berkumpul tanpa memikirkan persengkataan yang lalu.

"Namun untuk berkahwin semula dengan Abby Abadi, itu terus-terang saya belum terfikir dan ianya di luar daripada kuasa saya.

"Kami juga tidak tahu perancangan Allah untuk kami.

"Jadi mungkin ya dan mungkin juga tidak kami akan kembali bersama," katanya yang dihubungi murai.com.my.

Norman Hakim diminta mengulas mengenai komen peminat di murai.com.my yang melihat kemesraan mereka itu sebagai tanda Norman dan Abby akan berkahwin semula.

Namun jika benar Norman Hakim ditakdirkan akan berkahwin semula dengan Abby, dia memberitahu semuanya itu akan berlaku dengan keizinan isterinya, Memey Suhaiza.

"Saya sudah cukup gembira dan bersyukur dengan apa yang saya perolehi sekarang.

"Saya dan Abby memang menjalinkan hubungan yang baik kerana dia ibu kepada anak-anak saya.

"Namun jika ditakdirkan saya akan berkahwin dengan Abby, ianya berlaku dengan keizinan isteri saya terlebih dahulu," jelasnya lagi.

Mengulas lanjut mengenai hubungan baik yang terjalin, Norman memberitahu dia, isteri dan Abby sejak akhir ini sering keluar bersama dalam membantu bekas isterinya itu untuk membuka sebuah butik pakaian.

"Akhir-akhir ini kami memang kerap keluar bersama untuk membantu dan memberi sokongan dan sedikit idea kepada Abby yang mahu memulakan perniagaan.

"Setakat ini kami berkawan secara profesional dan baik ," luahnya lagi.

Baru-baru ini mereka bertiga dan sekeluarga hadir ke hari sukan anak mereka dan Memey pertama kali telah dilihat muncul dengan imej bertudung.

Baca Lagi

Shaheizy Sam Beri Hadiah Barang Kemas Kepada Ibu



Shaheizy Sam (kiri) menerima replika kunci kereta Nissan 370Z Coupe yang dimenanginya sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 2012 daripada Mior Kamarul Shahid.

SUBANG JAYA: Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) iaitu pelakon Shaheizy Sam menghadiahkan set barang kemas tajaan Habib Jewels yang dimenangi khas buat ibunya, pelakon Khaty Fauziah.

Sam, 31, berkata, dia sudah berhajat untuk memberi hadiah bernilai RM150,000 itu kepada ibunya yang menjadi penyokong utamanya sejak dia bergelar pelakon.


“Beliau adalah penyokong setia dan pemangkin semangat saya. Tanpanya tidak adalah saya di sini.

“Jujurnya saya tidak mampu membalas jasanya yang cukup besar. Cuma hadiah kemenangan di ABPBH ini memang saya ingin berikan kepadanya,” jelas Sam ketika ditemui pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang –pemenang ABPBH 2012 di Hotel Holiday Villa di sini, Selasa.

Hadiah disampaikan oleh Pengarang Kumpulan Berita Harian (BH), Datuk Meor Mior Kamarul Shahid.

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Pengarang BH, Mahfar Ali dan Pengarang Bersekutu Edisi Mingguan BH, Hanizam Abdullah

Selain barang kemas, Sam turut menerima sebuah kereta Nissan 370Z Coupe tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd.

Pada ABPBH 2010, Sam turut memenangi anugerah serupa sehingga melayakkan dia membawa hadiah kereta Nissan Teana 2.0L bernilai RM140,000 dan barangan kemas Rafflesia Mandalay (edisi terhad) serta beberapa hadiah iringan lain.

Mengenai hadiah kereta Nissan yang dimenanginya Sam berkata, kenderaan itu akan digunakan untuk aktiviti seharian dan tidak berhasrat untuk menjual atau memberikannya kepada orang lain.

Dalam pada itu, kumpulan rock popular Search yang mendapat Anugerah Sepanjang Hayat pada majlis tersebut turut menerima penghargaan daripada pihak Berita Harian.

Pemenang bagi 16 kategori lain yang dipertandingkan turut memenangi pelbagai hadiah menarik daripada pihak penganjur seperti Habib Jewels dan Jamu Mak Dara.

Sementara itu seorang pembaca, Norhana Nazidin menjadi individu bertuah apabila berjaya membawa pulang sebuah kereta Nissan Almera sumbangan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd.

Selain itu, Norhana turut membawa pulang barang kemas Habib Jewels dan tiket pelayaran 4 hari 3 malam di atas kapal SuperStar Libra tajaan Star Cruise Travel Sdn Bhd.

Dalam perkembangan sama, ABPBH 2012 turut menyampaikan Anugerah Khas kepada artis yang memberikan komitmen sepanjang siri jelajah acara itu.

Artis yang menerima anugerah berkenaan adalah Aaron Aziz, Didie Alias, Emma Maembong, Hanez Suraya, Johan As’ari, Shah Iskandar dan Sleeq. - 
mStar
Baca Lagi

Memey Belajar Bertudung Dengan Abby Abadi?



KL, 22 APRIL 2013: Kagum Murai Batu bila melihat gambar Abby Abadi, Memey Suhaiza serta Norman Hakim yang bersama-sama hadir ke hari sukan anak mereka pada hujung minggu lalu.

Lebih manis lagi apabila Murai Batu lihat Memey hadir ke sekolah anak tirinya itu dengan memakai tudung litup.

Wahh betulkah Memey kini sudah berubah imej kepada penampilan bertudung dan sedang berhijrah? Kalau betul, baguslah.

Lagipun sebelum ini, Murai Batu ada dengar Memey sedang cuba untuk berhijrah sedikit demi sedikit selepas melihat Abby mula bertudung.

Jika benar Memey mahu terus dengan imej bertudung itu, Murai Batu tumpang gembira dan sokong 100%!

Seronok lihat mereka sekeluarga, Murai Batu lihat mereka seperti keluarga bahagia apabila ada sekeping foto yang dimuat naik ke laman Instagram Abby memperlihatkan gambar Norman bersama isterinya Memey dan anak kecil mereka serta Abby.

Mereka semua mengenakan pakai warna merah, mungkin kerana anaknya mewakili rumah warna merah.

Murai Batu memang sangat kagum dengan 2 wanita ini kerana susah untuk melihat wanita setabah mereka.

Murai
Baca Lagi

Bintang Home Alone Jadi Pengemis?



PELAKON yang cukup popular menerusi filem Home Alone, Macaulay Culkin, dilaporkan merayau-rayau di Kota London sehingga mendatangkan kebimbangan kepada rakannya.

Menurut sumber, pelakon berusia 32 tahun ini kelihatan seperti seorang pengemis yang tidak mempunyai tempat tinggal.

"Selepas berparti bersama rakannya, dia menghilangkan diri dan keluar berkeliaran seorang diri.

"Apabila dihubungi rakannya, dia memberitahu sedang bersiar-siar namun keadaannya menggambarkan dia seperti seorang pengemis.

"Malah, rakannya sendiri tidak mengenali dia ketika itu," kata sumber itu.

Baca Lagi

Hijrah Puteri Sarah Liyana



KETIKA melangkah masuk ke Studio Utusan baru-baru ini untuk mengadakan sesi fotografi khas bersama pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, ternyata dia kelihatan cukup ayu dengan penampilan baharunya itu.

Bukan itu sahaja, gaya dan aksinya di depan lensa kamera juga begitu menawan dengan pose yang menarik, sesuai dengan statusnya sebagai pelakon dan model.

“Tidak semestinya wanita yang berhijab tidak boleh bergaya atau kelihatan lebih moden.

“Bagi saya, setiap wanita yang berhijab tidak perlu takut untuk tampil cantik, asalkan perlu menutup aurat,” ujarnya memulakan bicara.

Berkongsi tentang perubahan yang berlaku terhadap dirinya itu, Sarah menyatakan niatnya untuk berhijab sudah lama terpendam di hati. Namun begitu, ia akhirnya terlaksana kira-kira dua bulan lalu.

Menganggap keputusan yang dibuatnya itu merupakan satu langkah yang cukup tepat, Sarah yang kelihatan cukup ceria sepanjang sesi fotografi menyatakan dia begitu gembira dengan dirinya sekarang.

“Secara kebetulan saya banyak berlakon dalam drama yang memerlukan saya tampil berhijab pada tahun lalu. Apabila mengenakan hijab semasa menjalani penggambaran, saya dapat rasakan keadaan yang cukup tenang dalam diri saya.

“Lama-kelamaan telah timbul kesedaran dalam diri untuk berhijab dan dilakukan secara berperingkat. Kemudian saya telah berhijab sepenuhnya pada bulan Februari lalu,” jelasnya.

Bagaimanapun, pelakon itu menafikan sekeras-kerasnya bahawa tindakannya itu berpunca daripada hubungan percintaannya yang telah putus dengan Ammar Alfian.

Tegasnya, segala keputusan yang dibuat itu langsung tidak dipengaruhi dengan perkara tersebut, malah mengakui hidupnya kini lebih tenang dan gembira tanpa kekasih.

“Saya tahu memang ramai yang menyangka saya berhijab kerana putus cinta. Namun begitu, perkara tersebut tidaklah benar kerana saya bertudung atas kerelaan hati sendiri.

“Biarlah apa yang orang nak cakap tentang penampilan saya kerana yang paling penting saya sudah cukup bahagia dengan kehidupan sekarang dan keluarga juga gembira dengan perubahan ini,” ujarnya.

Ketika ditanya tentang kenyataan yang dibuat oleh bekas kekasihnya itu menerusi laman sosial Twitter tentang sindiran terhadap dirinya yang sudah berhijab, Sarah menyatakan dia langsung tidak tahu mengenainya.

Jelasnya, dia sendiri mendapat tahu perkara tersebut apabila membaca laporan sebuah portal baru-baru ini. Bagaimanapun, dia mengambil keputusan untuk berdiam diri dan tidak mahu mengulas lanjut kerana tidak mahu berpanjangan.

“Saya tidak kisah sama ada kenyataannya itu ditujukan kepada saya atau orang lain. Sekarang ini saya tidak mahu lagi dikaitkan dengan dirinya dan biarlah saya terus dengan kehidupan baharu sekarang ini,” ujarnya.

Menurut Sarah, semenjak hubungan percintaannya dengan Ammar putus pada Disember tahun lalu, dia sudah tidak lagi menghubungi bekas kekasihnya itu.

Tiada pengganti

Memandangkan statusnya yang kini sudah solo setelah hubungan cintanya putus di tengah jalan, Sarah turut ditebak sama ada dia sudah menemui pengganti yang mengisi kekosongan hatinya.

Menjawab tentang persoalan tersebut, pelakon itu secara terus terang masih belum berjumpa dengan lelaki yang sesuai, malah dia sendiri tidak mahu terburu-buru untuk kembali bercinta.

“Sekarang saya rasa selesa kerana tidak lagi rasa terkongkong dan bebas untuk melakukan apa sahaja yang saya suka. Kini, hidup saya tidak lagi terikat dan terlalu tertumpu kepada cinta seperti sebelum ini.

“Semua yang berlaku dalam kehidupan saya akan menjadi pengajaran yang paling bermakna. Kalau boleh saya mahu melupakan segala kenangan silam dan ingin membuka lembaran baharu dalam kehidupan saya,” jelasnya.

Berkenaan dengan pengganti pula, dia menyatakan semuanya terserah pada jodoh dan buat masa ini dia lebih selesa bergelar solo. Sekiranya sudah tiba masanya, dia akan tetap berumah tangga dan berharap dapat bertemu dengan seorang lelaki yang baik dan boleh membimbingnya.

“Sebelum ini saya bercinta dalam tempoh yang agak lama iaitu selama lima tahun, tetapi jodoh saya dan Ammar tidak ada. Jadi, saya berasa percintaan kami agak sia-sia dan seperti membuang masa memandangkan usia saya sudah 28 tahun.

“Pada masa akan datang kalau saya sudah berjumpa dengan lelaki yang sesuai, saya akan terus berkahwin tanpa bercinta lama-lama dan rasanya itu langkah yang paling sesuai,” jelasnya yang tidak meletakkan sebarang tempoh tertentu untuk mendirikan rumah tangga.

Berlakon

Biarpun kini sudah tampil berhijab, Sarah menyatakan ia langsung tidak menghalang dirinya meneruskan aktiviti lakonan dan kini tawaran yang diterimanya semakin banyak.

“Ada orang yang menyangka kalau saya berhijab tentu penerbit atau pengarah tidak panggil saya berlakon lagi. Ternyata sangkaan itu meleset kerana kini tawaran yang diterima mencurah-curah sehingga saya terpaksa lebih selektif.

“Selain itu, rezeki saya juga bertambah murah kerana telah dilantik menjadi duta dua produk iaitu Malady Couture untuk tudung dan produk kecantikan Clayrissa,” jelasnya.

Namun begitu, pelakon itu mendedahkan bahawa dia sebenarnya mahu mengurangkan aktiviti lakonan dan lebih banyak menerima tawaran berlakon telefilem berbanding drama bersiri.

Ujarnya, langkah tersebut dilakukan sebagai salah satu cara untuk dia bersara terus daripada bidang seni kerana berkeinginan untuk mencari kerjaya tetap.

“Saya akui lakonan bukanlah menjadi keutamaan dalam kehidupan saya dan tidak kisah kalau tiada lagi tawaran berlakon. Lagipun saya mempunyai ijazah dan lebih baik saya gunakannya untuk menceburi bidang kerjaya yang lain pula.

“Dulu saya pernah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Perancis, tetapi saya tolak semata-mata kerana mahu berlakon. Jadi, saya tidak mahu ulangi kesilapan yang sama,” ujar pemegang Diploma Pengurusan Hotel dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam Selangor ini.

Selain mahu mempunyai kerjaya tetap, pelakon itu memberitahu dia mempunyai rancangan untuk membuka sebuah butik pakaian Muslimah bersama ibu dan seorang rakannya. - 
Kosmo
Baca Lagi

Gambar Shafik Cili Padi Dulu dan Sekarang


Nik Fariz Nik Fadzil memang terkenal dengan wataknya sebagai Shafik didalam drama bersiri remaja, Cili Padi yang disiarkan pada tahun 1993. Drama bersiri yang disiarkan sebanyak tiga musim iaitu 13 episod setiap satu memang diminati kerana itulah satu-satu drama yang menonjolkan kanak-kanak sebagai pelakon utama.Turut sama membintangi rancangan itu adalah Melissa Saila, Tam Suhaimi(Salim), Anne Ngasri(Lili) dan Jaafar Onn(Cikgu Jaafar). Masa berlakon cerita Cili Padi ni, Nik Fariz baru berumur 10 tahun.

Sekarang dia dah berumur 28 tahun dan dah jadi ayah dah pun kepada seorang anak perempuan yang kini berumur 1tahun 5bulan! Mesti cute anak dia sebab ayahnya pun cute! hahaha. Ok jom tengok gambar Nik Fariz semasa dia kecil dan apabila dewasanya dia.

Nik Fariz semasa membintangi Cili Padi pada tahun 1993…


Semasa dewasa…



Baca Lagi

Rumah Erra Fazira Dipecah Masuk


KUALA LUMPUR: Rumah pelakon dan penyanyi Erra Fazira di Damansara telah dipecah masuk oleh dua lelaki yang tidak dikenali dipercayai mahu mencuri kereta pada tengah hari Isnin.


Menurut Erra menerusi laporan akhbar Harian Metro, kejadian berlaku apabila Erra, anaknya, Engku Aleesya dan pembantu rumahnya tiada di rumah kerana menghantar anak ke sekolah.

"Kami keluar dari rumah pada pukul 1 tengah hari, bagaimanapun 45 minit kemudian, saya dihubungi jiran memberitahu rumah saya dipecah masuk.

“Saya terkejut dan lantas berpatah balik ke rumah. Namun ketika itu pencuri terbabit sudah melarikan diri, tetapi menurut jiran saya, kebetulan ketika itu ada sebuah kereta peronda yang melalui kawasan berkenaan.

"Peronda mengejar pencuri yang juga memandu kereta sehingga melanggar beberapa kereta yang diletakkan di hadapan rumah di kejiranan itu,” katanya.

Menurut pengacara program Primadona ini, perasaan traumanya masih terasa dan membuatnya terfikir untuk berpindah ke rumah lain.

“Saya pun tidak tahu bagaimana mereka (pencuri) boleh masuk dalam kawasan rumah saya, tetapi menurut jiran, pintu pagar automatik rumah saya itu sudah terbuka. Difahamkan mereka umpilkan pintu pagar itu.

"Bagaimanapun saya bersyukur kerana kejadian berlaku ketika kami tiada di rumah, kalau tidak entah apa yang mungkin terjadi," ujarnya. - mStar
Baca Lagi

Gambar Anak Ayu Raudhah Dan ZaQuan Adha



Selain Irma Hasmie yang baru menimang cahaya mata sulungnya pagi tadi, pelakon Ayu Raudhah dan suaminya, pemain bola kebangsaan Zaquan Adha turut menerima khabar gembira apabila pasangan romantis itu telah dikurniakan putera sulung pada jam 2.17 petang.

Khabar gembira itu dikongsi oleh Zaquan, 26, di laman Twitternya dengan menulis, “Alhamdullillah..isteri saya sudah selamat melahirkan putera sulung kami jam 2.17 petang tadi”.

sumber
Baca Lagi

Peminat Minta Johan Asari Doakan Hatinya Terbuka Peluk Islam




Nampaknya ramai artis-artis tempatan mengambil peluang untuk menunaikan ibadah umrah mereka pada bulan Mac ini.

Sebelum ini kita sedia maklum, Shila Amzah dan Elfitra Loy telah terbang ke tanah suci bagi menunaikan ibadah umrah bersama keluarga tercinta. Dan yang terbaru, pelakon filem Juvana iaitu Johan Asari turut difahamkan telah berangkat ke kota Mekah bagi menunaikan ibadah umrahnya pada 27 Mac lalu.

Menerusi laman Twitter milik Johan, ramai peminat telah mendoakan semoga aktor tersebut selamat menjalankan ibadahnya dan tidak kurang juga ada antara mereka yang mengirimkan doa kepada pelakon berkenaan.

Dalam ramai-ramai individu yang mengirimkan doa, admin tertarik dengan seorang follower yang dikenali sebagai Chai Tzyy Ping, di mana individu tersebut telah meminta agar Johan mendoakan semoga suatu hari nanti hatinya terbuka untuk memeluk agama Islam.

Wow, sungguh besar tanggungjawab tersebut bukan?

Sumber: Oh!Bulan
Baca Lagi

Shila Amzah: Saya Tidak Hilang, Cuma Cari Ketenangan



SELEPAS pulang ke pangkuan keluarga setelah hampir seminggu gagal dihubungi, penyanyi Patah Seribu, Shila Amzah terkilan dengan tindakan ayahnya, ND Lala membuat laporan polis mendakwa dia hilang.

Shila juga menegaskan, dia tidak melarikan diri, sebaliknya hanya mencari ketenangan.

Semalam, ND Lala membuat laporan polis setelah gagal menemui anak gadisnya itu. Tengah hari tadi polis Kajang mengesahkan Shila sudah ditemui dengan selamat oleh bapanya.

Shila menjelaskan serba sedikit tentang perkembangan dirinya dalam status laman mikro Twitter yang dikemas kini petang tadi.

“Awak tidak tahu apa yang telah saya lalui. Saya tidak melarikan diri. Saya cuma perlukan ketenangan fikiran, jauh dari orang-orang ini.

“Kenapa saya tak boleh? Beritahu saya,” tulis Shila pada jam 4.32 petang tadi.

Shila juga menegaskan sekali lagi bahawa dirinya tidak hilang.

“Sekali lagi, Sha tak hilang,” tulisnya lagi.

Melalui tweetnya juga, Shila difahamkan kini berada di Pulau Pinang bagi persembahannya pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN), esok.

“Saya suka berada di Pulau Pinang… terasa seperti di rumah,” tulisnya jam 10.04 malam tadi.

Juara Asian Wave ini juga tidak bersetuju dengan tindakan ND Lala yang membuat laporan polis berhubung kehilangannya.

“Laporan polis itu memang tidak seharusnya berlaku. Sigh (mengeluh),” tulisnya dalam mesej terbaru sekitar jam 10.20 malam.

Berhubung kehilangannya, Shila dikatakan hanya menghantar satu pesanan kepada keluarganya yang mengatakan dirinya selamat.

Namun, penyanyi ini menafikannya melalui interaksi dengan peminat.

“Lebih baik jika awak menghubungi ibu bapa. Setiap ibu bapa akan melakukan perkara yang sama. Mereka cuma risaukan awak. Selamat, berada di rumah,” tulis @dalyna88.

Shila membalas, “saya melakukannya setiap hari.”

Sinar
Baca Lagi

Polis: Shila Amzah Dilapor Hilang Sudah Ditemui


Wajah Shila di dalam klip YouTube yang dimuat naik, semalam.

SHAH ALAM - Polis mengesahkan penyanyi popular, Shila Amzah, 23, telah ditemui semula, beberapa jam selepas dilaporkan hilang sejak enam hari.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, pihaknya dimaklumkan tentang penemuan itu oleh bapa Shila, ND Lala sendiri semalam.

“Dah jumpa pukul 4 petang, semalam. Saya dimaklumkan oleh ayahnya (ND Lala),” katanya ketika dihubungi kepada Sinar Harian Online tengah hari tadi.

Dalam pada itu, beliau juga mengesahkan tentang laporan yang dibuat ND Lala berhubung kehilangan penyanyi itu pagi semalam.

ND Lala dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung kehilangan Shila selepas pencipta lagu Patah Seribu itu tidak pulang ke rumah selepas pulang dari Shanghai, minggu lalu.

Usaha mendapat kenyataan ND Lala gagal berikutan beliau tidak menjawab panggilan telefon sejak semalam.

Rabu lalu, juara Asian Wave ini mengemas kini status di laman mikro Twitter miliknya yang memberitahu tentang keberadaannya di suatu tempat untuk mencari ketenangan.

“Sha sendirian sekarang di sesuatu tempat mencari ketenangan. Tidak bersama keluarga lagi ataupun abang (Sharnaaz). Doakan Sha selamat,” tulisnya.

Kisah cinta Shila dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad menjadi panas ekoran kenyataan yang dibuat ND Lala melalui sebuah akhbar sebelum ini.

Selasa lalu, Shila menulis e-mel kepada semua media mengenai situasi yang dilaluinya sekarang manakala klip berdurasi empat minit, yang turut menggambarkan perasaannya, dimuat naik di YouTube kelmarin.
Baca Lagi

Jangan Bercerai Kerana Saya - Aaron Aziz


WATAK Adam Mukriz yang dilakonkan aktor Aaron Aziz dalam drama bersiri popular Adam & Hawa nampaknya benar-benar meninggalkan kesan kepada penonton setia drama itu.


Lebih mengejutkan baru-baru ini, sepasang suami isteri berusia sekitar 50-an telah bercerai gara-gara si suami cemburu melihat isterinya yang obses dengan Aaron dan leka menonton drama Adam dam Hawa.

Perkara itu diketahui Aaron dan dia sendiri cukup terkejut dengan apa yang telah berlaku itu.
"Saya tahu tentang perkara ini. Memang sangat terkejut sebab sampai bercerai kerana lakonan saya dalam drama Adam dan Hawa.

"Apa yang boleh saya katakan, Adam Mukriz atau mana-mana watak yang dilakonkan saya tidak lebih sekadar lakonan semata-mata kerana itu sudah kerja saya sebagai pelakon.
"Jangan cemburukan saya kerana rasanya tidak wajar minat drama sampai bercerai-berai. Pasangan itu perlu berbincang, mungkin ada silap di mana-mana," katanya yang ditemui pada acara Jom Fiesta anjuran Utusan Karya Sdn. Bhd., Bangi, Selangor baru-baru ini.
Sebelum Adam & Hawa, drama Nora Elena juga menimbulkan isu apabila ramai wanita mengidamkan lelaki yang romantis seperti watak Seth Tan lakonan Aaron. Ditanya apakah rahsianya sehingga watak-watak lakonannya meninggalkan kesan mendalam terhadap penonton, Aaron hanya tertawa panjang.

Tuturnya: "Kerja saya cukup berbaloi andai saya dapat menghiburkan penonton. Saya tidak pernah memilih watak kerana setiap watak yang diberikan saya akan lakukan seikhlas yang mungkin.

"Maknanya, saya mahu penonton percaya lakonan saya seolah-olah benar. Jika penonton percaya dengan watak yang saya bawakan, itu satu penghargaan buat saya, tetapi dalam masa yang sama penonton harus ingat, itu sekadar lakonan sahaja."

Mahu kekal sebagai aktor

Selain berlakon, Aaron juga bergelar seorang pengarah drama dan iklan serta pengacara program realiti popular Fear Factor. Terbaharu, Aaron juga menyumbangkan suara dalam lagu Salam Semua dengan anak didiknya kumpulan Sleeq yang dianggotai Ahmad Syarifullah Ahmad Soribah (Syarif) dan Muhammad Alif Abdullah (Alyph).

Meskipun berkebolehan melakukan pelbagai kerja dalam satu masa, Aaron hanya mahu dikenali sebagai aktor sahaja.

"Bidang pengacaraan hanya sebagai percubaan dan saya sedar bidang itu bukan untuk saya. Memang saya cukup seronok menjadi pengacara program Fear Factor tetapi banyak lagi yang perlu saya belajar.

"Jika untuk program rakaman saya okey tetapi untuk siaran langsung seperti program Maharaja Lawak Mega saya tidak berani.

"Pengarah drama dan iklan sebenarnya itu pekerjaan saya sebelum datang ke Malaysia lagi dan masih aktif sebagai pengarah sampai hari ini. Cuma jadi penyanyi bersama Sleeq itu perkara yang sangat baru.

"Apa salahnya mencuba tetapi lagu Salam Semua merupakan lagu pertama dan terakhir saya (ketawa). Saya mahu orang kenali saya hanya sebagai aktor," balasnya.

Walaupun rezeki dalam bidang lain turut datang bergolek kepadanya, Aaron mengekalkan prinsip enggan tamak dan hanya melakukan pekerjaan yang dia benar-benar mahir sahaja.
"Seronok jadi penyanyi dan pengacara tetapi biarlah pekerjaan itu dilakukan oleh orang yang lebih mahir sahaja.

"Aaron Aziz tidak akan memiliki sebarang album solo (ketawa). Saya sendiri tidak pernah bermimpi untuk menjadi penyanyi kerana sedar tahap vokal saya berada di mana.

"Pekerjaan sebagai pengarah akan diteruskan dan saya akan tampil dengan produk baharu di bawah syarikat sendiri iaitu Aaronaziz Production. Buat masa ini masih dalam peringkat perbincangan, selepas jadual saya kosong daripada lakonan saya akan duduk di kerusi pengarah semula," ujarnya.

Tidak cerewet

Walaupun nama sudah berada di puncak populariti, tetapi Aaron mengakui dia tetap seperti dahulu dan tidak memilih watak lakonan yang ditawarkan kepadanya.

Enggan selektif kerana menurut Aaron setiap watak yang diterima mempunyai nilai seni yang tersendiri. Terpulang kepadanya serta pengarah untuk mencorakkan watak itu.

"Memang saya tidak pernah memilih tawaran lakonan. Kalau dilihat semula watak yang saya bawakan, saya pernah berlakon pelbagai genre drama dan filem.

"Saya tidak letak diri saya di tempat yang tinggi sehingga mempunyai kuasa memilih watak dan produksi. Cuma kekangan saya adalah jadual kerja yang padat," ungkapnya jujur.
Tegas Aaron, dia enggan cerewet kerana bukan mudah untuknya membina nama seperti hari ini, setiap tawaran yang datang dianggap sebagai rezeki buatnya.

"Jika saya melakukan sesuatu dengan ikhlas, saya percaya hasilnya juga akan baik. Apa yang saya ada hari ini bukan datang dengan mudah, saya berusaha untuk mendapatkannya.
"Penat itu perkara biasa. Kerja apa sekalipun memang penat. Saya lakukan semua untuk keluarga dan minat terhadap lakonan," tuturnya. - Kosmo
Baca Lagi

(Gambar) Pelawak Terkenal Kemalangan, Kereta BMW Miliknya Kemalangan



Mersing: Pelawak dan pelakon terkenal, Abon atau nama sebenarnya Sharizan Ahmad, 53, sanggup meninggalkan kenderaannya yang terbabas di Kilometer 13, Jalan Mersing-Endau di sini dan menumpang kenderaan lain untuk ke Dataran Pulau, Mersing, semata-mata kerana enggan menghampakan peminatnya.

Dalam kejadian jam 7.20 pagi itu, Abon dikatakan dalam perjalanan ke Mersing menghadiri majlis My Beautiful Malaysia dari Gambang, Kuantan, Pahang, sebelum kereta BMW dipandunya terbabas.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak melemahkan semangat pelawak terkenal itu, sebaliknya beliau menumpang orang ramai yang melalui jalan itu untuk meneruskan perjalanan.

Abon ketika ditemui berkata, dia enggan menghampakan ribuan peminat yang sedia menunggu di Dataran Pulau, Mersing menyebabkannya nekad meninggalkan keretanya di tempat kejadian.

“Saya baru selesai menghadiri majlis makan malam di Gambang malam semalam (kelmarin) sebelum bertolak ke Mersing pagi tadi (semalam) bagi memenuhi undangan majlis ini.

“Ketika kejadian saya memandu pada kelajuan biasa kerana hujan baru berhenti dan jalan licin. Bagaimanapun, ketika membelok di satu selekoh kereta terbabas ke kanan menyebabkannya melanggar tebing tanah dan terperosok dalam longkang,” katanya.

KERETA Abon terbabas ketika melalui jalan licin.

Baca Lagi

Drama Sahara Hina Wanita Islam Malaysia & Penjelasan Ustaz Zaharuddin


Kontroversi Drama Sahara Hina Wanita Islam berpurdah di Malaysia. Drama keluaran astro prima itu telah dikritik dengan begitu hebat sekali kerana terdapat adegan babak yang tidak menyenangkan.

Sahara yang berkonsepkan sebuah tayangan drama islamik itu dikatakan tidak menepati ciri-ciri islam yang sebenar. Ini kerana terdapat adegan wanita berpurdah yang melakon watak tersebut berpegangan tangan dan mampu merosakkan imej wanita berpurdah di negara ini. Kontroversi Drama Sahara Hina Wanita Islam Malaysia


Penjelasan dari Ustaz Zaharuddin

Drama ini patut diKRITIK dan dihentikan siarannya kerana merosakkan imej wanita berhijab. Wanita berhijab TIDAKLAH sedemikian murah untuk berdating, berpegangan tangan, berpelukan dengan lelaki bukan mahram. Kalau kita marah-marah non muslim menghina dan memberi gamabarn salah terhadap kalimah Allah dan Nabi serta ajaran Islam, kini ia dilakukan oleh manusia yang beragama Islam sendiri.

sumber
Baca Lagi

Pencuri Duit Lisa Surihani Sudah Ditahan Polis



Pelakon Lisa Surihani, 26, bersyukur apabila pihak pihak polis berjaya menahan individu yang menceroboh akaunnya pada 11 Januari lalu sehingga mengakibatkan kehilangan wang berjumlah RM50,000.

Akhbar Harian Metro melaporkan, Lisa telah dimaklumkan mengenai tahanan tersebut dan diminta menunggu tindakan susulan daripada pihak polis.

"Saya sangat menghargai kerjasama diberikan polis dan bank sehingga tertangkapnya individu itu dan syukur keadilan yang dimahukan hampir tertunai," katanya.

Pada Selasa, rahsia kehilangan wang simpanan pelakon itu terbongkar selepas siasatan polis mendapati ia dilakukan kakitangan bank sebelum menahannya.

Kakitangan bank wanita itu dikatakan membatalkan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik Lisa sebelum membuat salinan baru dan melakukan pengeluaran RM50,000 yang direkodkan pengeluarannya di Kuantan, Pahang sejak awal bulan ini.

Wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata itu ditahan jam 10 pagi, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan wanita terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK).

Katanya, hasil siasatan awal, wanita terbabit memang berkeupayaan untuk melakukan pemalsuan dokumen artis itu kerana sememangnya bekerja dengan bank berkenaan sebelum membuat kad ATM baru untuk mendapatkan wang dengan jalan mudah.

Dalam pada itu, Lisa berkata, insiden terburuk sejak bergelar artis itu turut memberi pengajaran untuknya lebih berhati-hati pada masa depan.

Lisa sebelum ini dilaporkan kehilangan RM50,000 sejurus kehilangan kad pengeluaran wang automatik (ATM), namun hanya disedarinya ibunya, Siti Amira Ahmad, 62, ketika ingin membuat pengeluaran di sebuah bank di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, ibu pelakon berkenaan membuat semakan baki dan mendapati wang simpanan berkurangan.

Hasil rujukan di bank, mereka dimaklumkan kad ATM terbabit tidak boleh digunakan kerana sudah ditukarkan kad baru oleh individu lain tanpa pengetahuan.
sumber
Baca Lagi

Johan Terpaksa Tinggalkan Jozan di MLM Atas Nasihat Doktor?



KUALA LUMPUR, 3 JAN 2013: Dalam debaran menanti isterinya melahirkan anak yang ketiga, Johan yang sedang rancak beradu nasib dalam Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM) bersama Zizan baru saja selamat menjalani pembedahan di bahagian lutut pada 29 Disember lalu.

Atas alasan itu, Johan dinasihatkan doktor agar bercuti selama tiga hingga enam bulan serta tidak dibenarkan beraksi dalam MLM.

Berkongsi situasi yang menimpa suaminya itu, Ozlyn yang sarat mengandung memberitahu Johan kini sedang dirawat di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur dan masih menerima ubat tahan sakit.

"Dia sudah lama sakit. Ligamen dia sudah putus manakala meniscus dia pula koyak. Ini semua disebabkan dia kerap main futsal dan terlalu aktif. Doktor pun memberitahu saya bahawa sakitnya itu sudah pun lama.

"Sekarang ini, Johan terpaksa berehat tiga hingga enam bulan. Malah, dia masih terima ubat tahan sakit dan sedang menjalani fisiotrapi. Setakat ini, doktor tidak benarkan dia sertai MLM. Jika dia mahu, dia perlu membuat rakaman MLM di hospital. Sekarang ini pun, kaki dia masih lagi bengkak," katanya kepada murai.com.my.

Sungguhpun berada dalam keadaan sakit, Johan nyata masih sempat menyembunyikan perasaan sakitnya itu.

"Saya sihat cuma kaki saya saja sakit. Bila sakit menyerang, saya akan meracau untuk menahan kesakitan. Sebenarnya, ligemen kaki saya sudah putus. Ia berlaku tiga hari sebelum MLM minggu lalu, peha saya terpusing dan waktu itu, ligemen saya dah putus dan Meniscus koyak.

"Sekarang, saya sedang menjalani rawatan dan kena jaga kesihatan. Tidak guna kalau saya tetap di MLM dengan ketepikan kesihatan saya. Kalau ada rezeki saya di MLM, adalah.Saya tidak mahu meraih simpati. Saya yang ingin jalani pembedahan untuk jaga kesihatan saya.

"Ini adalah ujian dari Allah. Saya perlu sihat untuk keluarga saya. Lebih-lebih lagi buat isteri saya yang sedang menunggu waktu bersalin. Saya kena sihat untuk dia dan ini adalah tanggungjawab saya sebagai ketua keluarga," ujarnya.
sumber
Baca Lagi