Thursday, 3 August 2017

NASA Mencari Pekerja Pelindung Bumi Yang Baru, Gaji Yang Ditawarkan Ini Sangat Tidak Masuk Akal


(Foto:businessinsider.my)

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika atau NASA sedang mencari seseorang untuk mempertahankan Bumi daripada pencemaran makhluk angkasa luar atau alien.

Jawatan yang digelar "pegawai pelindung planet" itu akan bertugas untuk memastikan agar berbagai benda atau entiti asing di angkasa luar tidak mencemarkan Bumi.

Bagi calon yang diterima bekerja, NASA menawarkan gaji sebanyak 187,000 dolar AS atau sekitar RM800,000 setahun ditambah pelbagai bonus dan faedah.

"Petugas perlindungan planet bekerja memastikan agar pencemaran organik dan pencemaran biologi dari manusia atau penerokaan kapal angkasa tidak mencemari planet-planet, termasuk Bumi," demikian isi iklan jawatan pekerjaan ini.

Pekerjaan dengan masa kontrak selama tiga tahun dan boleh dilanjutkan menjadi lima tahun ini dibuat selepas AS menandatangani Perjanjian Angkasa Luar 1967.

Hanya ada satu tempat lain di dunia yang mempunyai jawatan pekerjaan seperti ini iaitu di Agensi Angkasa Eropah.

Perkara itu disampaikan oleh Catharine Conley, Pegawai Perlindungan Planet NASA hingga 2014 sebelum dipindahkan ke Badan Jaminan Keselamatan Misi NASA.

Catherine menjelaskan, berdasarkan perjanjian 1967 setiap misi ke angkasa luar harus dipastikan mempunyai kurang daripada satu per 10,000 peluang mencemari dunia asing di luar angkasa.

Pekerjaan ini termasuk memastikan sebuah robot atau kapal angkasa yang bertugas melintasi dan mengambil gambar sebuah planet tidak akan menyebarkan pencemaran berbahaya.

Calon-calon yang terpilih untuk pekerjaan ini akan bertugas melindungi Bumi daripada potensi pencemaran dari planet lain, contohnya Marikh.

Kakitangan baru ini kemungkinan besar akan menjadi sebahagian daripada misi ekspedisi NASA ke Europa, salah satu bulan planet Musytari.

Misi Europa Clipper bernilai 2.7 bilion dolar AS itu akan memetakan permukaan bulan dan menganalisis adakah Europa boleh didiami manusia.

Kapal angkasa ke Europa kemungkinan besar akan mengalami pendaratan yang kasar dan ini adalah situasi yang harus dipersiapkan seorang penjaga planet yang baru.

Jadi apa syarat-syarat bagi mereka yang ingin melamar pekerjaan ini? Calon-calon harus mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya satu tahun sebagai pegawai kerajaan awam tahap tinggi dan mempunyai ilmu tinggi mengenai perlindungan planet.

Calon-calon juga perlu menguasai matematik, ilmu teknik serta mempunyai "pengetahuan mendalam" soal perlindungan planet.

Pemohon juga perlu mempunyai kemahiran dalam diplomasi dalam situasi sukar dan perbincangan pelbagai hala yang rumit.

Malangnya, jawatan unik ini hanya disediakan untuk warga negara Amerika Syarikat.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->