Thursday, 3 August 2017

Melihat Orang Awam Diserang Tiga Lelaki Mabuk, Lelaki Muslim Ini Buat Tindakan Mengejutkan



Edris Nosrati, seorang lelaki muslim berusia 35 tahun meletakkan dirinya dalam keadaan membahayakan apabila dia cuba menghentikan tiga lelaki mabuk dari menyerang orang awam.

Edris dalam perjalanan pulang selepas semalaman keluar 
dengan rakan-rakannya di Liverpool ketika dia menyaksikan tiga lelaki menyerang seorang lelaki yang bersama teman wanitanya.

Terkejut dengan kejadian itu, dia berhadapan dengan tiga lelaki itu dan dia diberitahu "ia bukan urusan kamu".

Edris mengikuti mereka dari jauh dan menghubungi polis, sambil menyaksikan mereka menumbuk lelaki lain di muka sementara salah seorang daripada mereka merakamkannya menggunakan telefon bimbit.

Polis dapat menghentikan sekumpulan lelaki tersebut daripada melakukan serangan ke atas mangsa ketujuh mereka.

Selain itu, sebagai tambahan untuk mendapatkan bukti kukuh, Edris juga membantu polis mendapatkan bukti penting yang dirakamkan dalam telefon salah seorang daripada tiga penyerang dengan merampas telefon itu sebelum video dipadamkan.

"Dia menumbuk saya di muka tetapi akhirnya saya dapat memegang kemas kepalanya dan menjatuhkannya di atas lantai.

"Akhirnya saya mendapatkan telefon mudah alihnya dan memberikannya kepada polis," kata Edris.

Dia gembira kerana lelaki itu dibawa ke pengadilan. Dia berkata, "Tidak kira jika anda Muslim, Yahudi, Kristian atau apa sahaja - orang yang jahat adalah orang yang 
jahat."

Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa di antara kamu melihat perbuatan jahat, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya [dengan mengambil tindakan]; Jika dia tidak dapat, maka dengan lidahnya [dengan nasihat]; Dan jika dia tidak dapat, maka dengan hatinya [dengan membencinya dan merasa bahawa itu adalah salah] - dan itu adalah selemah-lemah iman "(Diriwayatkan oleh Muslim).

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->