Wednesday, 19 July 2017

Wanita Muslim Ini Berkerusi Roda Menaiki Kereta Api, Apa Yang Lelaki Sikh Ini Buat Curi Tumpuan Ramai



Kemanusiaan. Dunia kini kelihatan seperti memecahbelahkan kita. Membantu sesama manusia tidak sepatutnya menjadi pilihan berdasarkan warna kulit, agama atau status, ia sepatutnya harus menjadi naluri semula jadi bagi setiap kita untuk membantu orang lain.

Isa Toy Miah melihat saat yang indah iaitu kejadian yang menunjukkan sifat kemanusiaan yang tinggi diamalkan ketika dia menaiki kereta api. Bersiap sedia dan baca kisah yang menyentuh hati ini dan mungkin boleh mengalirkan air mata anda.

"Saya baru sahaja melihat kejadian yang paling indah ketika menaiki kereta api ke rumah."

"Seorang wanita Islam berkerusi roda, di mana kerusi rodanya tidak berada dalam posisi betul jadi setiap kali kereta api bergegar, kerusi rodanya terus bergerak ke belakang dan ke depan.

"Lelaki Sikh yang duduk bersebelahan dengannya menyedari hal ini, jadi dia membantu untuk mengalih kedudukan kerusi roda wanita tersebut sehingga membelakangkan dinding.

"Dia kemudian cuba 'membrek' untuk menghentikannya daripada beralih ke belakang dan ke depan tetapi mendapati usahanya itu tidak begitu berhasil.

"Jadi dia memutuskan untuk memegang kerusi seperti ini untuk sepanjang perjalanan ❤️ 🏽🏽.

"Dunia adalah tempat yang indah apabila kita menjaga satu sama lain," tulisnya dalam satu perkongsian di Facebook.






Rasulullah S.A.W juga menekankan betapa mulianya seseorang di sisi Allah jika mereka mengasihi sesama makhluk, seperti dirakamkan dalam satu hadis Baginda yang bermaksud:

"Barang siapa tidak menyayangi manusia, maka Allah tidak akan menyayanginya." 


(HR.Muslim)

Terdapat juga beberapa komen yang menarik dalam posting Facebook tersebut:



Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->