Saturday, 15 July 2017

Kematian Luar Biasa Qari Indonesia Jafar Ketika Membaca Surah al Mulk



Innā lillāhi wa innā ilayhī rāji'ūn

Sebagai umat Islam, kita semua memohon dan berharap dapat mengakhiri hidup kita dalam mengingati Allah. Ada yang mendapatnya, Alhumdulilah.

Qari Jafar, seorang warga Indonesia, sedang membaca Surah Mulk dalam satu majlis. Dia menawan orang ramai dengan bacaannya yang indah sehingga dia membaca ayat kedua Surah Mulk. Sebaik sahaja selesai, dia meninggal dunia.

Yang luar biasa ialah makna ayat yang telah menjadi kata-kata terakhir yang diucapkannya di dunia ini.

الذي خلق الموت والحياة ليبلوكم أيكم أحسن عملا وهو العزيز الغفور


"Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa lagi Maha Pengampun"

[Surah al Mulk ayat 2]




Allah Maha Besar. Ini adalah tanda kematian yang baik oleh mereka yang mengabdikan diri kepada Allah dan contoh terbaik buat renungan kita bersama. Kita akan mati sebagaimana kita hidup, kita melihat banyak kematian yang mengerikan, dan ini adalah salah satu kematian yang paling indah yang dapat ditunggu oleh semua jiwa.

Dan lihatlah bagaimana Allah telah memberkati saudara ini, beribu-ribu orang atau berjuta-juta orang yang telah mendengar pembacaan ini akan turut berdoa untuk jiwanya, jiwa yang diberkati, InsyaAllah.

Kita patut mengambil pengajaran dari peristiwa-peristiwa seperti ini yang Allah gunakan untuk memimpin kita untuk kembali kepada ketaatan-Nya dan ketahui hanya dalam mengingati Allah yang mereka akan berjaya.

Semoga Allah mengasihani jiwa yang diberkati 
yang mengakihiri kematiannya dengan membacakan Surah Mulk, insyaAllah dibangkitkan dalam keadaan baik pada hari penghakiman nanti.

Dan semoga Dia memberi kita semua mendapat penghujung yang baik seperti mana kita tahu bergantung pada bagaimana kita hidup.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->