Wednesday, 5 July 2017

Tindakan Israel Terhadap Perkampungan Palestin Ini Cetus Kemarahan Belanda


 (Foto: mintpressnews.com)

Belanda telah menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Kerajaan Israel selepas berpuluh-puluh panel solar yang disumbangkan Belanda kepada sebuah perkampungan Tebing Barat disita oleh pihak berkuasa Israel, lapor Independent.

Diesel hybrid dan sistem tenaga solar telah dipasang tahun lalu di Jubbet al-Dhib, sebuah perkampungan penduduk Palestin yang didiami oleh 150 orang di kawasan Tebing Barat, yang bertujuan untuk membantu meningkatkan taraf hidup penduduk kampung.

Panel itu tidak dibina dengan permit dan kebenaran yang sah, pihak berkuasa Israel berkata, rampasan kemudahan itu adalah milik projek kemanusiaan yang bernilai £307,000 minggu lalu.

Pengkritik mengatakan bahawa kebenaran pembinaan untuk rumah dan infrastruktur Palestin yang baru hampir mustahil untuk diperolehi.

Ketua Kampung itu memberitahu pemberita Ma'an News bahawa panel itu telah dimusnahkan. Komet-ME, organisasi bantuan yang memasang panel itu berkata bahawa antara 60 dan 90 telah diambil dalam keadaan baik manakala peralatan lain di tapak telah dimusnahkan dan ditinggalkan oleh Tentera Israel.

Kementerian Luar Belanda meminta peralatan itu dipulangkan kepada Jubbet al-Dhib dan sedang mempertimbangkan apa "langkah seterusnya dapat diambil," menurut laporan dalam akhbar harian Israel Haaretz yang diterbitkan pada hari Sabtu.

Isu ini telah mencetuskan kemarahan kerajaan Belanda dan penduduk wilayah Palestin mengenai bagaimana ia ditangani.

Cogat, agensi di bawah ketenteraan Israel yang bertanggungjawab menyelaras dasar Israel di kawasan Palestin, mengatakan bahawa beberapa arahan supaya berhenti dikeluarkan sebelum hari serbuan. Penduduk kampung berkeras mengatakan mereka tidak tahu tapak itu telah disasarkan sehingga Tentera Pertahanan Israel (IDF) muncul.


Tebing Barat merupakan wilayah di sebelah barat negara Jordan yang juga termasuk bandar Jerusalem. Dunia antarabangsa menganggap Tebing Barat sebagai wilayah milik Pihak Berkuasa Palestin. Namun menurut sumber, sebenarnya, kawasan itu telah diduduki lebih dari 60 peratus tentera dan peneroka Israel secara haram.

Cogat berkata dalam satu kenyataan bahawa kampung itu mempunyai "sumber elektrik lain" selain "bilik elektrik haram". Haaretz berkata sebelum sistem solar dipasang, 150 penduduk bergantun
g kepada beberapa penjana diesel "lama dan bising" selama tiga jam sehari.

Lebih 300 struktur di Tebing Barat telah dmusnahkan oleh pihak berkuasa Israel pada tahun 2016 yang didirikan dengan sokongan organisasi antarabangsa atau dengan bantuan kewangan Kesatuan Eropah, kata seorang pegawai tentera Israel awal tahun ini.

Tahun lepas juga menyaksikan jumlah kemusnahan paling banyak struktur Palestin sejak kumpulan hak asasi mula mencatatkan rek
od.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->