Friday, 7 July 2017

Sumber Kuwait Dedah Tindak Balas Qatar Terhadap Tuntutan Negara Arab


Emir Kuwait membaca tindak balas Qatar (Foto: Kuwait News Agency)

Sebuah berita agensi Kuwait Kuwait, Enferaad News Agency (ENA), melaporkan, Qatar telah memberikan tindak balas terhadap tuntutan yang dikemukakan oleh negara-negara Teluk.

Butiran tindak balas tersebut diserahkan Menteri Luar Negeri Qatar, Mohammed bin Abdulrahman al-Thani, kepada Emir Kuwait, Sheikh Sabah Ahmad Al-Jaber Al-Sabah.

Dalam tindak balasnya, Qatar dikatakan bersedia mengurangkan hubungan diplomatik dengan Iran.

"Qatar bersedia untuk mengurangkan hubungan diplomatik dan ekonomi dengan Iran jika semua negara Teluk komited untuk berbuat demikian," lapor ENA.

Namun berkaitan anggota Pengawal Revolusi Iran yang berada di negaranya, Qatar mengaku tidak ada satupun anggota Pengawal Revolusi Iran di negara itu.

"Qatar mengesahkan dalam tindak balasnya bahawa tidak ada anggota Pengawal Revolusi Iran di wilayahnya, dengan menyatakan bahawa permintaan ini ditujukan untuk mencalarkan imej Doha." 

Qatar juga menolak tuntutan negara-negara Teluk yang menuduhnya menjadi penyokong kumpulan pengganas.

"Qatar telah menafikan adanya hubungan dengan gerakan pengganas yang disenaraikan oleh PBB dan menegaskan bahawa negaranya adalah ahli aktif (PBB) dalam memerangi keganasan," lapor ENA.

Beberapa hari lalu, Arab Saudi, Mesir, Bahrain, dan Emiriah Arab menghantar 13 senarai tuntutan kepada Qatar yang disampaikan melalui Kuwait selaku orang tengah.

Tuntutan tersebut antara lain meminta Qatar untuk menghentikan pembiayaan terhadap kumpulan pengganas, memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran, serta menutup siaran Al-jazeera.

Qatar diberi masa 10 hari untuk memenuhi kesemua tuntutan tersebut. Namun atas permintaan Emir Kuwait, keempat negara Teluk memberi masa tambahan selama 48 jam atau dua hari kepada Qatar.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->