Tuesday, 11 July 2017

Sebelum Meninggal, 4 Artis Ini Pernah Ramal Kematiannya Sendiri


Michael Jackson (foto: bbc.co.uk)


Hidup dan mati adalah urusan Allah. Tidak ada seorang pun yang tahu bila ajal akan datang. Walaupun demikian, boleh jadi ada tanda yang ditunjukkan Allah kepada seseorang bahawa ajalnya sudah dekat.

Jarang sekali seseorang mendapat firasat bahawa umurnya tidak akan lama lagi. Dan apabila berlaku, biasanya firasat tersebut memang benar-benar jadi kenyataan, dan orang tersebut meninggal tidak lama kemudian setelah merasakan firasat kematiannya.

Hal itulah yang pernah dialami beberapa artis dunia ini. Sebelum meninggal dunia, beberapa artis dunia ini pernah mengatakan sesuatu tentang kematiannya yang sudah dekat. Namun siapa sangka ramalan mereka betul-betul berlaku.

Dihimpun Laicikang.com, di bawah empat artis yang ramalan kematiannya sendiri dan benar-benar berlaku.

1. Michael Jackson


(Foto: wennermedia.com)

Sebelum Michael Jackson meninggal, King of Pop ini pernah berkata kepada adiknya berkali-kali, "La Toya, saya akan dibunuh kerana katalog penerbitan muzik saya dan harta saya," dan percaya bahawa ada konspirasi berlaku.

Ungkapkan itu diceritakan kembali oleh Latoya saat mengetahui bahawa abangnya sudah tidak bernyawa lagi.

2. Kurt Cobain


(Foto: jezebel.com)

Kurt Cobain mati kerana ketagih ubat-ubatan di saat kerjayanya sedang berada di puncak. Dia ditemui meninggal dunia di tandas dipercayai kerana overdos. Namun sebelum meninggal, dia pernah mengungapkan bahawa usianya tidak akan lama lagi dan dia akan meninggal pada saat kariernya sedang di puncak. Siapa sangka ramalannya sendiri benar-benar berlaku.

3. John Lennon

(Foto: billboard.com)

Freda Kelly, bekas setiausaha The Beatles, pernah menceritakan bahawa John Lennon pernah berkata bahawa dirinya akan mati muda, dan usianya tidak akan sampai usia 40 tahun. Hingga akhirnya, ramalan itu benar-benar berlaku. John Lennon mati ditembak oleh salah seorang peminatnya.

4. Bob Marley

(Foto: youtube.com)

Menurut saksi beberapa rakannya, Bob Marley sering berkata bahawa dirinya tidak akan hidup sampai tua dan akan meninggal dunia pada usia muda. Bahkan beberapa tahun sebelum meninggal, pemuzik reggae itu pernah berkata bahawa usianya tidak akan sampai 40 tahun. Hingga akhirnya Bob Marley benar-benar meninggal dunia di usia 36 tahun kerana kanser kulit melanoma.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->