Sunday, 16 July 2017

Video Bagaimana Sinkhole Ini Menelan Rumah Dalam Masa Sangat Singkat



Dua buah rumah hancur disedut sinkhole (lubang runtuhan) di Land O'Lakes, Florida, Amerika Syarikat (Jumaat, 14 Julai) pada pagi waktu tempatan.

Menurut The Miami Herald, Sabtu (15/7/2017), sinkhole yang berlaku di Florida itu mempunyai keluasan 250 kaki atau sekitar 76 meter. Menurut CNN, kedalamannya mencapai 50 kaki atau 15 meter, yang dipercayai terbesar berlaku dalam tiga dekat di daerah itu.

"Lapisan asfalt yang berada di atasnya jatuh ke lubang itu," kata pihak berkuasa tempatan.

Sekurang-kurangnya lapan rumah di Land O'Lakes, kira-kira 30 batu sebelah utara Bradenton, sedang dipindahkan kerana sinkhole tersebut.

Sebelum ini, pihak berkuasa juga mengatakan bahawa sebuah bot yang berada di kawasan rumah telah disedut ke dalam sinkhole tersebut.

Setakat ini, pasukan dari Pasco Fire Rescue, Pengurusan Kecemasan, Duke Energy dan Pemeriksa bangunan Pasco sedang menyiasat sinkhole.

Pihak berkuasa berkata sinkhole itu pada awalnya terbentuk di bawah bot di kawasan rumah tersebut. Dalam masa kira-kira satu jam, lubang itu menelan satu rumah dan sebahagian rumah lain.

Kedua-dua keluarga yang menghuni kediaman itu tidak berada di rumah ketika ia mulai terbentuk, namun mereka pulang tepat pada masanya untuk mengambil beberapa barangan peribadi dan menyelamatkan haiwan kesayangan mereka.

Anggota bomba juga sempat memasuki satu rumah lain, untuk menyelamatkan dua ekor anjing sebelum bangunan runtuh.

"Belum pernah melihat ini sebelum ini. Lubang itu membesar dengan cepat dan menelan rumah cukup pantas," jelas pihak berkuasa Pasco County.

Berikut ini rakaman detik-detik sinkhole menelan rumah di Florida:




Kronologi Terbentuknya Sinkhole

Pihak berkuasa melaporkan mereka menerima panggilan pada Jumaat pagi, tentang sinkhole tanah bersaiz kolam kecil yang menyebabkan bot di kawasan kediaman itu ditelan.

"Saya tiba pada jam 07.48 pagi waktu tempatan dan melihat sinkhole telah terbentuk dan mencapai sudut satu rumah. Tidak ada orang di sana, tapi anggota bomba dan pasukan penyelamat membawa dua anjing keluar sebelum salah satu sudut rumah jatuh ke dalam lubang," kata Timbalan Sheriff Pasco County, Jay Murphy.

Murphy mengatakan, saiz sinkhole terus membesar dengan cepat. "Ketulan-ketulan besar tanah benar-benar disedut ke dalamnya," katanya.

Murphy mengatakan bahawa dia kemudian pergi ke rumah kedua dan memindahkan seorang wanita tua dan dua perempuan lain dari dalamnya.


Sementara pihak berkuasa lain menggesa agar mereka bergerak cepat kerana tanah telah runtuh di bawah sudut rumah itu.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->