Monday, 3 July 2017

Pulau Berbahaya Misteri Tiba-Tiba Muncul Di Perairan Segitiga Bermuda


Pulau misteri muncul di tengah-tengah perairan Segitiga Bermuda (foto: mirror.co.uk)

Sebuah pulau baru yang misteri tiba-tiba terbentuk di tengah-tengah perairan Segitiga Bermuda, atau tepatnya berdekatan dengan Cape Point di Buxton, Carolina Utara. Pulau berbentuk bulan sabit ini muncul ke permukaan pada musim bunga.

Penduduk tempatan menyifatkan pulau tersebut dengan gelaran Pulau Sally kerana banyak kerang terdampar di sekitar pantai. Pulau yang terdiri daripada timbunan pasir itu dianggarkan mempunyai panjang kira-kira 1 batu dan lebarnya kira-kira 400 kaki.


(Foto: mirror.co.uk)

Dave Hallac, Inspektor Cape Hatters National Seashore, yang mengawasi kawasan Cape Point, sudah memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melawat pulau tersebut dan berenang di sekitarnya kerana mempunyai arus yang sangat kuat.

Manakala Bill Smith, Presiden Persatuan Beach Buggy Carolina Utara, mengatakan bahawa akan ada banyak bahaya di sekitar pulau tersebut.

"Jerung sepanjang lima kaki, dan ikan pari sebesar trak telah dikesan bergerak di bawah permukaan," ujar Bill Smith, seperti dikutip Mirror.co.uk (1/7/2017).

"Kami bimbang tentang gigitan jerung, tapi kami lebih bimbang tentang tenggelam," tambahnya.


(Foto: mirror.co.uk)

Walaupun sudah ada peringatan untuk tidak berkunjung ke pulau baru ini, tapi masih ada saja beberapa orang yang nekad mengunjungi pulau ini hanya untuk sekadar berkunjung, memancing, bergambar, dan mengumpul kerang.

Pulau ini muncul di perairan Segitiga Bermuda atau juga dikenali dengan gelaran Segitiga Syaitan. Wilayah ini dikatakan sebagai antara tempat paling misteri di planet bumi kerana telah banyak kapal dan pesawat yang hilang tanpa jejak di Segitiga Bermuda.

Dicatatkan, rata-rata empat pesawat dan 20 kapal menghilang di perairan Segitiga Bermuda setiap tahun.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->