Thursday, 20 July 2017

Polis Israel Tembak Imam Masjid Al-Aqsa Selepas Solat


(Foto: Anadolu)

Pemimpin rohani yang juga Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ikrima Sabri, cedera pada hari Selasa terkena peluru plastik selepas solat di luar pintu utama masuk masjid itu, sebagai protes tindakan Israel mengenakan langkah keselamatan tambahan di pintu masuk masjid, menurut pegawai perubatan Palestin.

Menurut laporan Anadolu Agency, Imam 
Sabri yang baru saja selesai mendirikan solat malam diserang polis Israel yang cuba meleraikan umat Islam yang solat dengan kekerasan, meninggalkan ramai yang cedera, ada yang serius.

Imam Sabri dibawa ke Hospital Al Maqassid di Baitulmuqaddis Timur dan keadaannya masih belum diketahui.

Serangan itu berlaku hanya beberapa jam selepas Rafaat al-Herbawi, 30, terbunuh semasa demonstrasi di masjid ketika ketegangan meningkat di seluruh Tebing Barat yang diduduki secara haram selepas Israel memasang pengesan logam di pintu masuk Al-Aqsa berikutan insiden tembak menembak pada hari Jumaat yang menyebabkan kematian polis Israel.




Lebih 300 rakyat Palestin terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan Israel atau dalam sejak Oktober 2015, menurut angka Palestin.

Pihak berkuasa Israel mengatakan hampir 50 orang Israel terbunuh dalam pertempuran dengan Palestin pada tempoh yang sama.

Masjid Al-Aqsa adalah tempat ketiga yang paling suci dalam Islam selepas kota suci Mekah dan Madinah.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->