Monday, 24 July 2017

Kata-Kata Berani Raja Faisal Berkenaan Isu Di Palestin Yang Menggetarkan Jiwa



Konflik antara Palestin-Israel kini semakin tegang berikutan tindakan jahat Israel menyekat umat Islam untuk memasuki Masjid Al-Aqsa. Ramai pemimpin Eropah dan Arab mengecam tindakan Israel, dan ada juga yang memilih untuk berdiam diri. Tidak kurang juga pemimpin yang hanya tahu bercakap sahaja namun tidak ada tindakan susulan dilakukan.

Sebenarnya dulu, Arab Saudi pernah memiliki raja yang pro-Palestin, iaitu Raja Faisal. Beliau bukan sahaja berani bersuara, namun juga banyak tindakan beliau yang memihak kepada Palestin.

Pernah suatu ketika, selepas PBB mengeluarkan resolusi pemecahan Palestin untuk mendirikan negara haram Israel, Raja Faisal (ketika ini belum menjadi raja) mendesak Raja 'Abdul 'Aziz untuk memutuskan hubungan diplomasi dengan Amerika Syarikat yang menjadi salah satu pencetus resolusi tersebut, namun kemudian ditolak.

Dalam satu ucapan seperti dipetik dalam satu video yang dimuat naik oleh Facebook Sheikh Khalid Yasin, dipaparkan beliau lantang menyebut tentang isu yang berlaku di Palestin. Berikut isi ucapan beliau yang telah Laicikang.com terjemahkan.

Saudaraku, apa yang kita tunggu lagi? Adakah kita menunggu hati nurani dunia (untuk bangkit)? Di mana hati nurani dunia?

Sesungguhnya Masjid yang mulia (Al-Quds di Palestin) memanggil kamu dan menggesa kamu wahai saudaraku, untuk menyelamatkannya daripada malapetaka dan penderitaan.

Jadi apa yang menyebabkan kita rasa takut? Adakah kita takut mati? Adakah ada kematian yang lebih baik dan mulia daripada seseorang yang harus mati, sambil berjuang di jalan Allah?

Wahai saudara muslimku yang dikasihi, kita mahu satu kebangkitan Islam, yang mana tidak akan dipengaruhi oleh nasionalisme atau perkauman, dan bukan diskriminasi, tetapi sesungguhnya (kita memerlukan) seruan Islam, seruan untuk berjihad di jalan Allah, di jalan agama kita, dan kepercayaan kita, untuk mempertahankan tempat suci kita (tanah dan warisan), dan kehormatan kita (tempat suci).

Dan aku berharap kepada Allah, kemenangan dan ditinggikan (darjat) apabila Dia menetapkan kematian untuk aku syahid berjuang di jalan Allah.

Saudaraku, aku meminta maaf (kerana dikuasai emosi), kerana sesungguhnya aku sedar untuk aku mengingati tempat suci kita (al-Aqsa) dan warisan suci kita (artifak dan tempat) yang sedang dilanggar, tidak dihormati, dan tindakan tidak baik sedang dilakukan di dalamnya dengan kegilaan dan ketidakpatuhan dan penolakan moral (kebencian).

Oleh itu aku secara tulus meminta kepada Allah jika (kemuliaan untuk menyertai) jihad tidak ditulis (ditakdirkan) untuk kita, dan jika kita tidak berupaya untuk membebaskan tempat suci (di Palestin), maka Dia tidak membenarkankan kita untuk terus hidup (walaupun) seketika (selepas ini).

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->