Saturday, 8 July 2017

Pemain Arsenal Ini Diminta 'Bersama' Arak, Namun Responnya Mengejutkan Semua



Pemain bola sepak Arsenal, Shkodran Mustafi, menolak untuk melakukan sidang akhbar dengan botol alkohol di hadapannya.

Beliau menunjukkan sifat seorang Muslim yang taat, mungkin hasil didikan ibu bapanya yang berasal dari Albania.

Sebenarnya, kejadian ini sudah lama dirakamkan berlaku ketika beliau bermain untuk kelab sebuah Sepanyol, Valencia .

Dari masa ketika beliau duduk, beliau kelihatan tidak selesa dan terus menjauhkan botol alkohol yang merupakan dari penaja kelab tersebut yang diletakkan di hadapannya.

Mustafi, yang berpegang kepada ajaran Islam memberitahu jurucakap kelab itu, "Bolehkah kita letakkannya lebih jauh di sana" dan "Saya tidak mahu alkohol dekat situ".

Tonton video:




Namun, bantahannya tidak diendahkan selepas pegawai akhbar meletakkan kembali botol tersebut, dan mengatakan bahawa ia perlu berada di sana.


"Saya tidak mahu orang berfikir saya melakukan ini untuk pengiklanan alkohol.

"Akhirnya, botol tetap berada di situ tetapi kelab dan brewery (tempat pembuatan alkohol) meminta maaf kepada saya kerana mereka memahami bahawa sebagai Muslim alkohol tidak dapat diterima dalam apa jua bentuk.

"Dan moralnya adalah kepercayaan seperti itu sekarang dihormati di Valencia."

Pastinya kemenangan moral bagi Mustafi mempertahankan keyakinan agamanya.

Dan kepercayaan yang sangat kuat itulah yang menyebabkan beliau menjadi sensasi segera di kalangan peminat Arsenal.


Islam melarang keras umatnya meminum, mempromosikan, menghidangkan atau menjual  minuman kerasbaik dalam jumlah kecil dan besar, sama ada alkohol, atau apa-apa sahaja yang lain yang boleh memudaratkan tubuh badan.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->