Monday, 17 July 2017

Mesej Whatsapp Terakhir Yang Mengejutkan Pemain Bola Sepak Muslim Ini Sebelum Meninggal Dunia



Pada Isnin, 5 Jun, 2017 di Beijing, China, pemain bola sepak profesional Ivory Coast, Cheick Ismaël Tioté tiba-tiba rebah dan meninggal semasa sesi latihan. Beliau berusia 30 tahun.

Sememangnya, pemergian beliau telah mengejutkan dunia bola sepak. Ramai rakan-rakannya dan orang-orang terkenal lain memberikan penghormatan kepada beliau.






Namun, apa yang paling mengejutkan adalah pendedahan perbualan WhatsApp terakhirnya  di antara arwah, bekas pemain Newcastle United, dan rakan rapatnya, Yusuf Abubakar Tumi.

Kata-kata terakhir yang Cheick mengatakan kepada Yusuf adalah:

"Semoga Allah menjadikan kita lebih besar di Syurga bukan di dunia. In sha Allah kerana dunia akan tamat bro tetapi Syurga tidak pernah tamat."





Demba Ba, kawan rapat, seorang Muslim yang taat dan bekas rakan sepasukan Cheick adalah orang pertama yang mengeluarkan berita yang tragis itu. Tweet Demba lah yang memberitahu Yusuf Abubakar tentang berita yang menyedihkan itu.



Foto (Twitter/Sporf)


Keesokan harinya, satu gambar yang menyayat hati telah disiarkan di web di mana anak lelaki Cheick digambarkan memakai jersi bola sepak Newcastle United dengan RIP DADDY 24.

Ia adalah satu ujian yang sukar untuk keluarganya lebih-lebih lagi apabila mengetahui bahawa isterinya sedang hamil dan mengjangkakan bayi lahir pada minggu itu.

Tiote bukan sekadar pemain bola sepak, beliau berusaha untuk menjadikan dirinya sebagai seorang Muslim yang taat. Ia telah didedahkan oleh rakannya, Yusuf, yang berkata bahawa Cheick tidak pernah meninggalkan solatnya lima kali sehari.


Yusuf menyambung dengan menulis mengenai watak dan hubungan Cheick dengan Allah dengan memberi nasihat kepada Yusuf supaya tidak hidup di dunia melainkan melakukan apa yang dicintai Allah:




Marilah kita berdoa kepada Allah untuk mengasihani jiwa saudara kita, Cheick Ismail, memberi kesabaran kepada keluarganya dan orang tersayang dan menyatukan kembali dengan keluarganya di Syurga Firdaus.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->