Monday, 17 July 2017

Mengerikan, Begini Jadinya Jika Bas Hilang Kawalan Di Lebuhraya


Bas hilang kawalan (foto: Daily Mail)

Sebuah rakaman mengerikan menunjukkan bagaimana akan terjadi jika ada bas berkelajuan tinggi tiba-tiba hilang kawalan di lebuh raya dan melanggar kereta-kereta lain yang tidak buat apa-apa kesalahan.

Pada awal rakaman yang diambil dari belakang kereta itu memaparkan beberapa kenderaan dilihat bergerak dengan kelajuan sederhana di jalan tol di Seoul, Korea Selatan. 


Namun semuanya berubah apabila sebuah bas berkelajuan tinggi dari belakang tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh beberapa kereta yang ada di depannya.

Salah satu kereta yang pertama dilanggar bas itu kelihatan hancur lebur, sementara kereta lain yang turut dirempuh bas kelihatan terdorong ke depan dan mula melanggar kereta lain.




Dikutip dari Daily Mail, polis tempatan melaporkan bahawa kemalangan itu berlaku di leburaya Gyeongbu pada hari minggu lalu yang jalannya sudah dibasahi hujan sehingga membuat jalan jadi licin.

Polis mengatakan bahawa ada 16 orang cedera dan dua orang terbunuh dalam kemalangan mengerikan ini.

Jangkaan awal punca kemalangan itu adalah pemandu tidak dapat mengawal basnya kerana keadaan jalan yang licin, namun polis percaya bahawa kemalangan ini berpunca dari kecuaian pemandu bas.

Jadi, berhati-hatilah jika memandu kereta di lebuhraya ketika hujan ataupun selepas hujan kerana jalan sememangnya sangat licin!

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->