Friday, 14 July 2017

Kisah Bagaimana Islam Telah Mengubah Hidup Dan Akhlak Sonny Bill



Sonny Bill adalah yang pertama mengakui bahawa beliau pernah menjadi budak lelaki yang jahat. Tetapi sejak memeluk Islam, bapa kepada seorang anak itu berkata beliau telah mengubah cara untuk lebih baik, katanya dalam satu temu bual.

"Saya pernah menjadi seorang yang nakal," kata pemain ragbi popular yang bersama All Black, kini mempunyai anak perempuan berusia 3 tahun hasil perkahwinan dengan isterinya, Alana.

Beliau telah mencapai salah satu daripada cita-cita seumur hidupnya iaitu membeli ibunya sebuah rumah setelah melihat kesusahan ibunya ketika zaman kanak-kanaknya.

Sonny, yang menggelarkan dirinya sebagai "jahat" ketika merujuk kepada tahun-tahun remaja, mengatakan bahawa Allah sentiasa bersamanya dan beliau percaya penukaran (agama) telah membantu beliau menjadi role model di mana beliau hari ini.

Bercakap kepada Daily Mail, beliau berkata: "Saat saya paling gembira adalah ketika saya melakukan solat saya, apabila kamu dalam perjalanan (bermusafir), kamu boleh diberi kemudahan dengan menggabungkan dua solat petang dan dua solat malam bersama-sama, yang disifatkan agak bagus.

"Bagaimana kamu tidak boleh meluangkan masa 25 minit dalam hari kamu untuk mengucap terima kasih kepada tuhan? Saya lihat dari mana saya berasal dan rasa diberkati."

Williams yang merupakan satu-satunya Muslim dalam skuadnya mengakui bahawa chef skuad juga akan menyediakan makanan halal, yang kadang kala menyebabkan beliau rasa "malu" kerana chef menitikberatkan tentang hal itu.

"Jika tidak ada daging halal, saya boleh makan makanan laut, jika tidak ada makanan laut, saya hanya akan mengambil bijirin atau sesuatu. Ada orang lebih sukar daripada saya. "


"Saya hanya mahu menyesuaikan diri dan menjadi salah seorang daripada mereka, tetapi pada masa yang sama menjaga keimanan dan tuntutan agama saya," katanya.




Mufti Menk bersama Sonny


Sonny juga mengakui penukaran agamanya kepada Islam dapat membantu beliau menjadi kurang 'tekanan kepala', dan ia membantunya mendapatkan lebih banyak makna dalam kehidupan daripada ketika beliau minum dan berpesta.

"Saya masih berasa seperti orang yang sama tetapi mengubah (agama) telah memberi saya kepuasan dan kebahagiaan yang saya tidak tahu bagaimana menjelaskannya."

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->