Tuesday, 4 July 2017

Ketahui Bahaya Jika Anak Suka Duduk Seperti Huruf W


(Foto: boredomtherapy.com)

Menjadi ibu bapa bukan hanya perlu tahu cara membesarkan anak saja, namun mesti mempunyai banyak pengetahuan yang berkaitan tentang anak, khususnya tingkah laku kanak-kanak yang boleh membahayakan kesihatan anak.


Walaupun tingkah laku yang dilakukan oleh si anak tidak kelihatan berbahaya, akan tetapi perilaku tersebut justeru boleh jadi senjata tersendiri buat si anak.

Apabila anak-anak anda bermain, adakah mereka berada dalam posisi duduk seperti membentuk huruf W? Cuba diperbetulkan agar tidak menjadi kebiasaan di kemudian hari, kerana kedudukan ini ternyata dapat menimbulkan masalah. 

Sebenarnya, ramai anak-anak suka duduk dengan kedudukan menyerupai huruf W. Jika dipandang sepintas lalu duduk dengan kedudukan seperti itu tidak membahayakan, namun jika dibiarkan hal tersebut boleh membahayakan si kecil.

Posisi duduk yang popular di kalangan anak-anak ini disebut sebagai "Pola duduk W". Seperti dipetik dari Boredomtherapy.com, ternyata pola duduk seperti ini sangatlah berbahaya kerana meletakkan tekanan pada pinggul, lutut, dan pergelangan kaki.


(Foto: boredomtherapy.com)

Bahayanya adalah boleh menimbulkan masalah postur di kemudian hari. Duduk dengan posisi ini dapat menyebabkan kekerasan otot yang serius dan menimbulkan rasa tidak selesa. Hal ini juga boleh menyukarkan anak untuk belajar mengendalikan tubuhnya.

Ibu bapa juga harus tahu, bahawa pembiasaan baru ini akan memerlukan masa. Anak-anak perlu terbiasa untuk melatih ototnya supaya mampu duduk dengan posisi yang betul.

Jadi, apabila si kecil kembali pada posisi duduk diantara dua kakinya, tegurlah, atau perlahan-lahan tarik kakinya, dan bantu mereka untuk duduk dengan kedua kaki bengkok di depan.

Juga, elakkan dengan hanya mengatakan "Jangan duduk seperti itu," melainkan beri contoh dan tunjukkan cara melakukan posisi duduk yang betul.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->