Thursday, 13 July 2017

Kenapa Ribuan Remaja Lari Dari Rumah Pada 60-an?


Paul McCartney membaca kes Coe di Daily Mirror, dan berkata "banyak cerita seperti itu pada masa itu.

Lagu The Beatles, She 's Leaving Home, mewakili satu saat di akhir tahun 60-an di mana beribu-ribu anak muda meninggalkan rumah mereka untuk tinggal dalam komuniti masyarakat utopia.

Lima puluh tahun lalu, sebuah lagu mendahului carta di UK. Lagu ini mewakili kebimbangan para ibu bapa.

She 's Leaving Home, karya The Beatles menceritakan seorang gadis yang tiba-tiba melarikan diri, hanya meninggalkan "sebuah catatan yang dia harapkan boleh menceritakan lebih banyak" dan menimbulkan kejutan serta kesedihan ibu bapanya ketika bangun dan mengetahui ketiadaannya.

Lagu ini berdasarkan cerita sebenar Melanie Cole, seorang remaja dari
 utara London yang kisahnya menjadi jawapan terhadap kesedihan ibu bapanya, "Kami memberikan sebahagian besar kehidupan kami / mengorbankan sebahagian besar kehidupan kami / kami memberikan segala-galanya yang boleh dibeli oleh wang".

Lagu ini berjaya menangkap trauma 'beza generasi' yang banyak berlaku 
terutama di akhir tahun 60-an.

Walaupun dibayangi muzik yang lebih berwarna dan mencuri perhatian, She 's Leaving Home, membantu kita memahami kurangnya pengertian bersama. Dibuat Paul McCartney, kesedihan  'korus Yunani' ditambah oleh John Lennon, 'berdasarkan kata-kata yang biasa dikatakan makciknya, Mimi ".

Remaja dalam lagu tersebut merasakan ada "sesuatu di dalam yang selalu dinafikan selama bertahun-tahun" dan Cole mengatakan kepada media bahawa "sebagai seorang remaja 17 tahun yang mempunyai segala-galanya yang boleh dibeli wang, berlian, dan kereta - tetapi ayah dan ibu saya tidak pernah mengatakan mereka mencintai saya. "

Sama seperti lagu Simon & Garfunkel tahun 1966, Richard Cory, She 's Leaving Home menghuraikan hubungan kekayaan dan kebahagiaan ( "kesalahan apa yang kami lakukan? / Kami tidak mengetahui itu suatu kesalahan / kegembiraan adalah satu perkara yang tidak boleh dibeli wang").

Kisah mengejutkan mengenai anak-anak yang melarikan diri memenuhi akhbar - Paul McCartney membaca kes Coe di Daily Mirror, dan berkata "banyak cerita seperti itu pada masa itu".

Bagi Karen Staller, penulis buku Runaways, 1967 adalah "tahun berkrisis", ketika muncul kepanikan di media. Anak-anak yang sebelum ini bermain di jalan melarikan diri ke kawasan anti-budaya, seperti East Village di New York, atau Haight-Ashbury di San Francisco ketika masa Summer of Love tahun '67.

Dalam tulisannya Slouching Towards Bethlehem, penulis Joan Didion teringat melihat tulisan di jalan Haight pada akhir musim bunga 1967 yang bermula

Hari Easter Terakhir

Christopher Robin-ku mengembara

Dia menghubungi tarikh 10 April

Tetapi tidak pernah lagi menghubungi sejak saat itu

Dia mengatakan akan pulang.

Tetapi dia masih belum kelihatan

Anak-anak revolusi

Antara tahun 1967 dan 1971, lebih kurang 500,000 orang di AS meninggalkan rumah mereka untuk hidup dalam komuniti percubaan.

Di San Francisco, kumpulan Diggers (dinamakan sempena nama sosialis petani ketika perang saudara Inggeris) menawarkan perkhidmatan sosial dan sokongan emosi bagi orang yang lari. Dalam konteks perang Vietnam, orang yang lari dari mendapat status politik, tanpa mengira sebab mereka.

Kebimbangan masyarakat yang meluas berkaitan gejala ini akhirnya sampai kepada Kongres AS, yang akhirnya mengeluarkan peraturan Runaway Youth Act tahun 1974.

San Francisco menarik perhatian anak muda yang kecewa dari seluruh negara, termasuk sekumpulan mahasiswa yang membentuk kumpulan gerila dipanggil Symbionese Liberation Army (SLA).

Salah seorangnya adalah Emily Harris, seorang pelajar yang berjaya dari Indiana yang konservatif. Beberapa hari sebelum penculikan Patty Hearst oleh SLA pada bulan Februari 1974, Harris menulis sepucuk surat kepada ibu bapanya untuk menjelaskan sebab-sebab pemergiannya yang tiba-tiba,

"Saya melihat penderitaan di mana-mana," tulisnya. "Ini adalah realiti yang wujud dan anda memilih untuk timengabaikannya dalam kehidupan anda.

Realiti ini terjadi kerana sebahagian orang menginginkan tetap kaya walaupun menggunakan darah dan keringat orang lain. Saya tidak melihat kebebasan dan kebahagiaan saya sebagai sesuatu yang boleh saya ambil dari orang lain. Ini bermakna saya tidak boleh lagi mengaitkan aspirasi yang anda miliki untuk mendapatkan kehidupan yang selesa untuk diri anda sendiri kerana mereka mengabaikan kehidupan orang lain yang terseksa demi untuk bertahan hidup. "

Pada perenggan terakhir surat Harris, dia menekankan jurang perbezaan antara generasi:

"Saya mencintai kamu kerana kebebasan yang kamu berikan pada masa lalu sehingga saya sampai ke titik di mana saya sekarang, tetapi saya menyedari kita menuju arah yang sangat bertentangan dan kita tidak pernah berharap mengubah orang di sekeliling dan kembali ke masa lalu di mana kita mempunyai persamaan." Dia membuat kesimpulan: "Cinta saya kepada anda tidak berubah, cuma cinta saya kepada orang lain dan tujuan lain melebihinya. Selamat tinggal masa lalu, bergerak maju ke masa depan."

Bagi aktivis New Left, masa lalu tidak boleh diperbetulkan dengan penindasan: masyarakat dibentuk dari bawah ke atas. Masyakarat saksama baru akan bebas dari hirarki, patriaki dan perkauman. "Masyarakat pengganti" akan menghapuskan keterasingan dan menyediakan komuniti bagi anak muda yang, seperti remaja dalam She 's Leaving Home, yang merasa mereka telah "hidup sendiri selama bertahun-tahun".


Sumber: BBC.com

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->