Thursday, 13 July 2017

Ini Petanda Bahaya Keluar Peluh Berlebihan Bagi Kesihatan


(Foto: mediskus.com)

Peluh merupakan reaksi tubuh yang baik, kerana peluh menunjukan metabolisme tubuh yang baik. Namun, ternyata berpeluh secara berlebihan merupakan suatu petanda keadaan yang tidak baik bagi kesihatan tubuh. 
Peluh berlebihan boleh menandakan bahawa kita terdedah kepada penyakit tertentu yang boleh jadi sangat berbahaya. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda ketahui tentang efek peluh yang keluar berlebihan yang boleh membahayakan kesihatan tubuh anda.

1. Demam tinggi

Ketika demam, suhu badan manusia cenderung menjadi tinggi, namun tubuh akan mengeluarkan peluh untuk menurunkan suhunya. Oleh kerana itu ramai orang berkata jika anda berpeluh ketika sedang sakit, itu tandanya mula menunjukkan petanda sembuh.

2. Gejala sakit jantung

Salah satu tanda sesorang mengalami penyakit jantung adalah keluar peluh pada bahagian badan tertentu secara berlebihan. Misalnya telapak tangan, kadang-kadang jika terdapat telapak tangan yang berpeluh secara berlebihan tetapi tidak sedang dalam keadaan gugup atau melakukan aktiviti berat banyak, itulah yang dikatakan petanda penyakit jantung. Apabila anda mengalami perkara ini segeralah berjumpa doktor.

3. Pengaruh keadaan psikologi


Apabila seseorang sedang tertekan, beberapa kelenjar peluh akan mula mengeluarkan peluh cukup banyak. Salah satu kelenjar yang melakukan hal tersebut adalah di kawasan ketiak. Jika tekanan berterusan, akibatnya boleh menyebabkan darah tinggi sehingga boleh mengakibatkan kegagalan jantung.

4. Gangguan tiroid


Keadaan ini berlaku jika tubuh anda mempunyai terlalu banyak hormon tiroid, iaitu hormon yang berfungsi sebagai pengawal metabolisme tubuh manusia. Hormon ini akan membuatkan kelenjar peluh mengalami peningkatan pengeluaran peluh yang jumlahnya berlebihan. Akibatnya, seseorang yang tidak melakukan aktiviti yang berat akan mengalami peluh berlebihan.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->