Thursday, 20 July 2017

Turki Kecam Hebat Insiden Serangan Muslim Di Masjid Al Aqsa



Menteri Hal Ehwal Agama Turki Mehmet Gormez


Pemimpin rohani yang juga Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ikrima Sabri, cedera pada hari Selasa terkena peluru plastik selepas solat di luar pintu utama masuk masjid itu,, menurut pegawai perubatan Palestin.

Menurut laporan Anadolu Agency, Imam Sabri yang baru saja selesai mendirikan solat malam diserang polis Israel yang cuba meleraikan umat Islam yang solat dengan kekerasan, meninggalkan ramai yang cedera, ada yang serius, menurut Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin.

Beliau dibawa ke Hospital Al Maqassid di Baitulmuqaddis Timur.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Turki, Numan Kurtulmus menyelar Israel dan menggelar penutupan masjid sebagai jenayah terhadap kemanusiaan.

"Penutupan Masjid Al Aqsa untuk solat oleh Israel tidak dapat diterima. Itulah kejahatan terhadap kemanusiaan, jenayah terhadap kebebasan bersembahyang."

Menteri Hal Ehwal Agama Turki Mehmet Gormez "mengutuk" serangan itu dalam satu kenyataan Rabu di Twitter.

"Kita telah menghadapi rasa sakit yang luar biasa, dan insiden yang berlaku di masjid al-Aqsa dan sekitarnya turut juga membawa orang yang bijak merasa bimbang, tulisnya.

"Saya percaya, mereka tidak akan membiarkan al-Aqsa mempunyai takdir yang sama dengan masjid al-Khalil, begitupun juga dengan para nenek moyang perdamaian seperti Nabi Ibrahim, Ishak, Yakub dan Yusuf," tulisnya merujuk kepada pembunuhan 1994 di Masjid Ibrahimi di Hebron di mana 30 orang penyembah Muslim dibunuh oleh seorang pengganas Yahudi kelahiran AS.




Tembakan pada hari Selasa berlaku beberapa jam selepas Rafaat al Herbawi, 30, terbunuh ketika demonstrasi di masjid dalam ketegangan meningkat di Tebing Barat selepas Israel memasang alat pengesan logam di pintu masuk Al Aqsa berikutan tembakan pada hari Jumaat yang menyebabkan kematian lima orang.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->