Wednesday, 19 July 2017

Hilang Selama 75 tahun, Ini Keadaan Mayat Suami Isteri Yang Dijumpai Beku Dalam Glasier


(Foto: RTS.ch)

Mayat beku yang dipercayai merupakan pasangan suami isteri yang hilang selama 75 tahun ditemui ketika sebuah glasier mencair di Switzerland, lapor media Switzerland.

Marceline dan isterinya Francine Dumoulin hilang ketika berada di ketinggian 2,600 meter selepas menggembala lembu-lembu mereka di Banjaran Alps pada Ogos 1942.

Mereka merupakan petani dengan tujuh anak yang tidak pernah putus asa untuk mencarinya.

Anak perempuan bongsunya yang berusia 79 tahun berkata sekarang ini dia bercadang untuk mengebumikan ibu bapanya secara baik.

Marcelin dan Francine Dumoulin tidak pernah ditemui walaupun melakukan pencarian dilakukan besar-besaran.

"Kami menghabiskan seluruh hidup kami untuk mencari mereka," kata Marceline Udry-Dumoulin.

"Saya boleh mengatakan berita ini membuat saya lebih tenang, setelah menanti selama 75 tahun."

Ujian DNA akan dilakukan dalam beberapa hari, kata polis.

Polis tempatan berkata mayat kedua-duanya ditemui minggu lalu di glasier Tsanfleuron, di atas pusat peranginan Les Diablerets, oleh seorang pekerja dari syarikat lif ski, Glacier 3000.

Pengarah Bernhard Tschannen mengatakan pekerjanya menemui beberapa beg galas, mangkuk-mangkuk timah dan sebuah botol gelas, serta kasut lelaki dan perempuan, dan sebahagian dari tubuh mayat di bawah bongkah ais.




(Foto: BBC.com)


Dalam satu kenyataan polis Valais mendedahkan bahawa buku, beg dan jam tangan dibawa ke Lausanne untuk dilakukan analisis forensik.

Tschannen mengatakan kemungkinan pasangan suami isteri itu terjatu dan bila dilihat dari cara berpakaiannya, mereka terkubur di sana selama 70 atau 80 tahun.

"Mayat mereka terbaring berdekatan. Seorang lelaki dan seorang wanita mengenakan pakaian yang berasal dari tempoh Perang Dunia Kedua," katanya kepada Le Matin.

Barang-barang usang milik Marcelin dan Francine Dumoulin juga dijumpai di glasier Tsanfleuron di samping mayat mereka.

Udry-Dumoulin
mengatakan bahawa dirinya tidak pernah berhenti berharap suatu hari mereka menemui orang tuanya, bahkan mendaki glasier tiga kali untuk mencarinya.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->