Wednesday, 12 July 2017

Heboh Lagi, Datuk 62 Tahun Kahwini Gadis Berusia 18 Tahun


Sulamean berkahwin dengan gadis berusia 18 tahun (foto: kompas.com)

Nampaknya Indonesia tengah dilanda musim perkahwinan tidak kira usia setelah beberapa hari lalu telah heboh mengenai perkahwinan seorang nenek berusia 71 tahun dengan remaja 16 tahun di Sumatera Selatan.

Kali ini perkara sama juga berlaku di Sulawesi Selatan di mana seorang datuk berusia 62 tahun bernama Sulaiman Daeng Ngampa melamar isterinya yang merupakan seorang gadis berusia 18 tahun bernama Diana Daeng ngani.

Datuk Sulaiman berkata kepada Kompas.com, Selasa (18/7/2017), bahawa dia melamar Diana dengan mahar wang tunai Rp 35 juta atau kira-kira RM11,000 serta satu set barang kemas dan 300 liter beras.

Sulaiman juga menceritakan awal pertemuannya dengan Diana kira-kira satu tahun lalu, atau tepatnya dua bulan selepas isterinya meninggal dunia.

Dia berkunjung ke rumah ibu bapa Diana, Daeng Caco, 50,  yang bekerja sebagai tukang besi, di Dusun Moncongloe, Desa Paccellekang, Kecamatan Pattalassang, Gowa, Sulawesi Selatan.

"Tahun lalu saya datang ke sini mahu membuat parang dan saya lihat anak gadisnya cantik dan baik hati," cerita Sulaiman kepada Kompas.com.

Sejak saat itu, Sulaiman sering kali berkunjung ke rumah Daeng untuk sekadar mengeratkan silaturrahim. Hingga akhirnya dia mengambil keputusan untuk melamar Diana pada Minggu (16/7/2017) kemarin.

Walaupun perbezaan usia sangat ketara, Diana mengaku gembira dilamar Sulaiman kerana mempunyai peribadi yang baik.

Setelah dilamar datuk Sulaiman, Diana berharap rumah tangganya dapat berjalan dengan baik dan keluarganya dapat diberikan kemudahan dalam mencari rezeki.

Diana merupakan anak kedua dari tiga adik beradik. Abang sulungnya Jamaluddin, 21, sudah berumah tangga, sementara adiknya Riswandi, 14, masih tinggal bersamanya. Kerana keadaan ekonomi keluarga mereka yang kurang, tiga adik beradik ituitu mengaku hanya tamat sekolah sampai sekolah rendah sahaja.

Sementara ibu Diana, Mariati sudah meninggal dunia sejak tahun 2007 lalu dan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Sicini, Kecematan Parigi, Kabupaten Gowa.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->