Sunday, 16 July 2017

Fakta Disebalik Yakuza, Mafia Menggerunkan Dari Jepun



Yakuza adalah sebuah kumpulan organisasi jenayah yang terancang di Jepun. Mereka bekerja seperti mafia-mafia di negara barat, atau seperti samseng di Malaysia. Namun, Yakuza adalah sebuah organisasi profesional yang mempunyai pejabat dan popular di kalangan seluruh lapisan masyarakat.

Kehidupan yakuza sangat rahsia dan misteri. Tidak ada yang tahu bila dan di mana mereka akan muncul. Geng ini juga dikenali sebagai geng yang ganas dan sadis. Mereka tidak akan segan-segan membunuh orang yang cuba melawan mereka. Berikut disiarkan Laicikang.com lima fakta menarik tentang Yakuza.

1. Melakukan peras ugut dengan taktik pintar





Yakuza biasanya cukup kaya untuk membeli saham di sesebuah syarikat besar. Mereka akan membeli saham sebanyak mungkin agar dijemput ke mesyuarat pemilikan saham. Dalam pertemuan rapat itu, mereka akan mempelajari profil pemengang saham lain. Mereka akan menggali maklumat dari pemengang saham tersebut.

Setelah mendapatkan maklumat tersebut, mereka akan memulakan peras ugut. Mereka akan meminta sejumlah wang daripada si pemegang saham dan mengancam, jika tidak diberi wang tersebut maka mereka akan membocorkan maklumat. Sungguh helah yang pintar untuk memeras pengusaha kaya.

2. Menjadi penyelamat kepada bencana tsunami 2011





Tentu kita masih ingat bagaimana negara sakura ini porak-peranda dilanda tsunami yang teruk pada tahun 2011. Pada masa itu negara Jepun mengisytiharkan darurat kerana banyak sekali bandar-bandar yang musnah. Perhatian dunia pun tertumpu kepada Jepun.

Namun, sebelum organisasi kerajaan dan bantuan antarabangsa tiba, para Yakuza dikatakan telah membantu mangsa tsunami. Mereka menggunakan helikopter dan bot organisasi mereka untuk menghantar bantuan ke kawasan bencana. Ramai orang yang memuji tindakan mereka, namun tidak terlepas juga yang menuduh mereka mencari publisiti.


3. Yubitsume, hukuman potong jari bagi yang melakukan kesalahan





Yakuza memang dikenali sebagai sebuah organisasi yang disiplin dan kejam. Mereka wajib mematuhi peraturan atasan mereka tanpa banyak bantahan. .

Yubitsume adalah tindakan mencacatkan jari seorang yakuza jika dia melakukan kesalahan atau tidak melaksanakan tugas. Maka, tidak hairanlah bahawa ramai ahli yakuza yang kehilangan beberapa jari. Malah, ada yang kehilangan kesepuluh jarinya.

4. Tatu





Tatu boleh dikatakan adalah identiti yang paling mudah dikenali menandakan Yakuza. Tatu mereka mempunyai corak dan motif khas, sesuai dengan geng mereka.

Semakin banyak tatu seorang yakuza, itu menandakan bahawa dirinya semakin berpengaruh dalam geng tersebut. Banyaknya tatu juga menunjukan bahawa dia adalah orang kepercayaan. Tatu ini pulalah yang menyebabkan orang kerajaan Jepun tidak menerima pegawai negeri yang bertatu, kerana tatu serupa dengan yakuza.

5. Yakuza dalam politik





Pada tahun 2012, Keishu Tanaka, Menteri Keamanan Jepun diminta untuk melepaskan jawatannya kerana dipercayai mempunyai hubungan dengan Yakuza.

Pada pilihan raya umum di Jepun, yakuza juga berfungsi sebagai pekerja kempen dan pengawal peribadi. Mereka akan memastikan bahawa calon yang mereka sokong akan menang. Jadi, boleh dikatakan bahawa Yakuza juga sebahagian dari pemerintahan Jepun.

Walaupun mereka adalah pelaku jenayah, namun yakuza seolah-olah sudah menjadi sebahagian dari sistem masyarakat Jepun. Mereka memegang peranan penting dalam bidang politik, juga ekonomi. Selain itu, sifat ingin tahu awam tentang kehidupan Yakuza yang unik juga menjadikan yakuza semakin popular. Sejak kebelakangan ini, Yakuza malah menerbitkan majalah mereka sendiri, yang mengupas sisi kehidupan mereka.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->