Friday, 14 July 2017

Erdogan Jelas Sebab Sebenar Turki Beri Sokongan Kepada Qatar



Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, mengatakan tidak ada masalah jika Kesatuan Eropah pada akhirnya tidak menerima keahlian Turki dalam organisasi tersebut.

"Jika secara terus-terang Kesatuan Eropah mengatakan tidak boleh menerima keahlian Turki, bagi kami itu tidak menjadi persoalan," kata Presiden Erdogan dalam wawancara khas program BBC, Hardtalk.

Perundingan keahlian Turki di Kesatuan Eropah secara rasmi bermula Oktober 2005, namun pelbagai pihak mengatakan perundingan tersebut 'berjalan sangat perlahan'.

Turki berharap perbincangan kedua-dua pihak boleh dipercepatkan dengan kesepakatan pengendalian pelarian Timur Tengah pada awal 2016. Walau bagaimanapun, perundingan kembali terhenti dengan 'tindakan kerajaan Turki dalam menangkap orang-orang yang disyaki terlibat dalam usaha rampasan kuasa yang gagal'.

Parlimen Kesatuan Eropah menghentikan rundingan dengan alasan keprihatinan atas situasi hak asasi manusia di Turki.

Presiden Erdogan menyatakan Turki 'boleh berdiri di atas kaki sendiri'.

"Majoriti rakyat Turki tidak lagi menginginkan Kesatuan Eropah dan kami yakin pendekatan mereka terhadap Turki tidak ikhlas," kata Presiden Erdogan.

"Walaupun begitu, kami akan terus jujur ​​dengan Kesatuan Eropah untuk sedikit masa lagi," katanya.

Tentang Qatar, mengapa Turki berikan sokongan?





Dalam wawancara khas dengan BBC, Presiden Erdogan juga bercakap mengenai sokongan kuat Turki terhadap Qatar, yang sedang menghadapi pemulauan dari beberapa negara jiran seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, dan Mesir.

Presiden Erdogan berkata Turki 'ingin mempromosikan dialog dan perdamaian' di rantau Teluk.

"Turki tidak ingin melihat Muslim membunuh sesama Muslim di rantau ini," kata Erdogan.

Saudi dan beberapa negara di Timur Tengah meminta Qatar memenuhi tuntutan mereka agar sekatan diakhiri.

Tuntutan tersebut di antaranya adalah menutup pengkalan tentera Turki di Qatar, namun Presiden Erdogan menjawab desakan ini dengan menghantar lebih banyak anggota tentera ke Qatar.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->