Saturday, 30 July 2016

Cleaner Ini Diketawakan Kerana Merenung Emas, Lihat Respon Seorang Lelaki Arab Ini



Perhiasan, telefon pintar, wang tunai dan banyak lagi! Inilah cara seorang rakyat Saudi tunjukkan sifat dermawannya selepas cleaner warga Bangladesh ini dihina kerana memandang baras kemas dari luar tingkap sebuah kedai barang kemas.

Seorang pengguna Instagram mengambil gambar Nuzroul Abdulkareem yang melihat barang kemas yang dipamerkan di kedai perhiasan dan memutuskan untuk mengejeknya secara dalam talian (online).




"Lelaki ini patut hanya melihat sampah saja hahahaha."

Selepas itu, akaun Twitter bernama @ensaneyat (yang bermaksud kemanusiaan) memutuskan untuk meminta pengikutnya mencari cleaner tersebut. Ia menerima lebih daripada 6,000 tweet:



"Assalamualaikum. Saya memohon kepada sesiapa yang mengenali pekerja ini untuk menghubungi saya, dan kami akan memberikannya emas secara percuma, "

Abdullah Al-Qahtani, orang di sebalik akaun @ensaneyat berjaya bertemu Nuzroul di Riyadh selepas lelaki itu dikenal pasti dan memberinya hadiah. Dia bercakap kepada Al Arabiya News Channel dan memberikan maklumat terkini tentang hadiah yang diterima Nuzroul:

"Lebih banyak wang dihantar ke Nuzroul

"Abdulkareem sehingga kini telah menerima tiket perjalanan dua hala ke negara asalnya, dan dua telefon - satu iPhone 7 dan satu Samsung Galaxy, " tambah Abdullah.

Foto yang menunjukkan Nuzroul dengan hadiah perhiasan emas kemudian dimuat naik ke media sosial.



Semoga Allah memberkati Nuzroul dan semua orang yang terlibat untuk membantu orang susah ini.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa dan kekayaanmu, melainkan dia melihat hatimu dan perbuatanmu".

Ṣaḥīḥ Muslim 2564

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->