Monday, 3 July 2017

Akibat Berlebihan Memuji Raja Salman, Lelaki Ini Diambil Tindakan


(Foto: Reuters)

Raja Arab Saudi, Salman bin Abdulaziz, 81, mengarahkan seorang kolumnis surat khabar al-Jazirah untuk diberhentikan bekerja.

Ini kerana penulis tersebut dipercayai terlalu berlebihan memuji Raja Salman hingga seperti menyamakannya dengan Tuhan.

Sebagai pemimpin, Raja Salman sentiasa dipuji oleh para kolumnis media tempatan sejak beliau naik takhta pada tahun 2015. Namun pujian yang dilontarkan lelaki ini dipercayai "terlalu melampau".

Seperti dikutip dari Independent, Isnin (3/7/2017), surat khabar al-Jazirah telah menerbitkan permintaan maafnya pada Sabtu waktu tempatan.

"Ungkapan dan penghargaan yang diberikan oleh penulis tentang kepribadian Penjaga Dua Kota Suci, tidak dapat diterima, meskipun itu apa yang telah Allah berikan kepadanya, semoga Tuhan melindungi beliau, kehormatan untuk menjaga dua kota suci, Islam, tanah air dan rakyat, "tulis al-Jazirah.

Media Saudi melaporkan bahawa Raja Salman telah memerintahkan supaya diambil tindakan terhadap penulis surat khabar tersebut. Namun, tidak ada hukuman tertentu yang disebutkan.

Dalam sebuah pesan kepada Menteri Maklumat Saudi Awwad bin Saleh Alawwad, Raja Salman menulis bahawa beliau "tercengang dengan beberapa ungkapan yang digunakan oleh di kolum." Demikian menurut surat khabar Okaz.

"Ini adalah satu masalah yang menekan kami, kami tidak dapat menerimanya dan tidak menyetujuinya," menurut laporan media online Sabq memetik kenyataan Raja Salman.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->