Tuesday, 11 July 2017

Austria Menyekat Menteri Ekonomi Turki Dari Memasuki Negara Itu, Ini Alasannya



Pihak berkuasa Austria telah menghalang menteri ekonomi Turki daripada memasuki negara itu untuk menghadiri sebuah acara untuk menandakan ulang tahun pertama percubaan rampasan kuasa yang gagal tahun lalu di Turki.

Lawatan Nihat Zeybekci akan membahayakan "ketenteraman dan keselamatan awam", kata jurucakap Austria.

Kerajaan Turki tidak memberi komen segera mengenai keputusan itu.

Hubungan tegang dilaporkan berlaku apabila Austria telah mengkritik tindak balas pemerintah Turki terhadap rampasan kuasa gagal itu.

Lebih daripada 50,000 orang telah ditangkap dan 140,000 dipecat atau digantung ketika Turki berada dalam keadaan darurat selepas cubaan rampasan kuasa oleh tentera pada 15 Julai tahun lalu.

Thomas Schnoll, jurucakap kementerian luar Austria, memberitahu radio ORF: "Saya dapat mengesahkan bahawa Menteri Luar Austria Sebastian Kurz sebenarnya telah melarang menteri ekonomi Turki memasuki negara ini."

Walau bagaimanapun, Zeybekci, katanya, sentiasa dialu-alukan untuk membuat lawatan dua hala.


Austria menyokong pembekuan rundingan Turki mengenai keanggotaan Kesatuan Eropah dan merupakan antara beberapa negara yang telah menyatakan rasa tidak puas hati dalam tindakan keras kerajaan Turki berikutan percubaan rampasan kuasa.

Pada bulan Mac, Austria juga melarang Presiden Recep Tayyip Erdogan dari berkempen di negara itu untuk referendum di Turki di hadapan masyarakat Turki yang tinggal di Austria, dengan alasan perkara itu boleh memburukkan lagi perpecahan antara kubu penyokong Erdogan dan rakyat Turki dari etnik Kurdi.

Negara-negara Eropah yang lain juga bertindak terhadap perhimpunan kerajaan pro-Turki.

Belanda berkata pada hari Jumaat bahawa Timbalan Perdana Menteri Turki, Tugrul Turkes, tidak dialu-alukan untuk menghadiri acara di kalangan ekspatriat di negara itu, juga menandakan ulang tahun percubaan kudeta.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->