Saturday, 15 July 2017

Aneh Tapi Benar, Lihat Apa Yang Dijumpai Berenang Oleh Tentera Laut Ini



Ini memang peristiwa aneh tapi benar-benar berlaku. Seekor gajah ditemui sedang terapung di tengah laut. Haiwan besar itu dipercayai berenang sejauh 16 km dari pantai Sri Lanka.

Makhluk itu dilihat oleh kapal peronda tentera laut, sedang terapung dengan kepala tenggelam dan sepertinya sedang berusaha mengangkat belalainya ke atas air agar dapat menghirup oksigen.

Seperti dipetik dari News.com.au, Jumaat (14/7/2017), pasukan penyelam dan kapal angkatan laut kemudian dihantar ke lokasi untuk menyelamatkan gajah itu.

Tentera Laut melancarkan operasi menyelamat selama 12 jam untuk menyelamatkan gajah itu.

Salah seorang nggota angkatan laut naik ke belakang gajah dan mengikat tubuh mamalia tersebut dengan tali, dan membawanya kembali ke pantai dengan menggunakan bot.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar Sri Lanka juga dihantar untuk membantu menangani gajah tersebut. Mereka bekerjasama dengan Angkatan Laut untuk misi menyelamat yang tidak seperti biasa.

Menurut pegawai angkatan laut tempatan, gajah tersebut kemungkinan berakhir ke lautan setelah cuba melintasi lagun yang memisahkan dua hutan.

Seorang pegawai penyelidik dari kumpulan pemuliharaan A Rocha, Avinash Krishnan, berkata kepada The Guardian bahawa gajah sebenarnya adalah perenang handal dan ia bukanlah sesuatu yang tidak biasa berenang untuk sampai ke daratan yang berbeza.




"Mereka perenang yang sangat baik. Berenang kira-kira 15 km dari pantai bukanlah tidak biasa bagi seekor gajah," katanya.

Walaupun mereka boleh berenang apabila perlu, Krishnan berkata mereka sangat cepat letih kerana berenang membakar banyak tenaga mereka, jadi gajah ini bernasib baik kerana ia dijumpai kerana ia mungkin sudah keluar dari laut untuk masa yang agak lama.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->