Tuesday, 25 July 2017

8 Fakta Disebalik Masjid Al-Aqsa Yang Umat Islam Mesti Tahu


(Foto: reuters)

JERUSALEM - Masjid Al-Aqsa yang berada di tapak suci Jerusalem sedang jadi perhatian dunia selepas pasukan keselamatan Israel sempat menutup masjid itu untuk pertama kali sejak bertahun lalu. Tindakan Israel disebabkan oleh kematian dua polis Israel akibat serangan tiga lelaki bersenjata di tapak suci pada 14 Julai 2017.

Israel membuka lagi membuka lagi masjid itu dua hari kemudian dengan peraturan baru. Iaitu, pemasangan pengesan logam dan CCTV. Peraturan baru inilah yang mencetuskan ketegangan lebih besar, kerana Israel dipercayai akan mengubah status quo tapak masjid suci itu. Lebih daripada 900 warga Palestin cedera dalam pertempuran melawan pasukan keselamatan Israel untuk memprotes peraturan baru di kompleks Masjid Al-Aqsa.

Masjid itu merupakan masjid bersejarah bagi umat Islam yang merupakan kiblat pertama untuk solat umat Islam sebelum kiblat beralih ke Kaabah di Makkah, Arab Saudi. Sekurang-kurangnya ada lapan fakta mengenai Masjid Al-Aqsa yang menarik untuk diketahui. Berikut fakta-fakta tersebut yang dikumpulkan, diolah dan disiarkan Laicikang.com.



(Foto: islamiclandmarks.com)


1. Bukan Hanya Satu Masjid Saja

Namanya memang kekal sebagai Masjid Al-Aqsa. Namun, di tapak itu sebenarnya ada beberapa masjid. Di bangunan sebelah selatan ada masjid yang dikenali sebagai Masjid Qibli - sebutan untuk tapak yang paling dekat dengan kiblat. Namun, semua bangunan termasuk kubah di tapak itu dianggap sebahagian daripada Masjid Al Aqsa atau juga dikenali sebagai "Haram Al-Sharif". Beberapa masjid yang ada di laman tapak suci itu di antaranya Masjid Buraq, Masjid Marwani dan beberapa masjid lain.

2. Diyakini sebagai Tanah Makam

Tidak ada catatan berapa ramai nabi dan sahabat Nabi Muhammad yang dikebumikan di sana. Tapi, dalam sejarahnya, Nabi Sulaiman dipercayai ditanam di tapak suci itu. Nabi Sulaiman dipercayai meninggal dunia ketika mengawasi pembangunan di tapak tersebut dan dikebumikan di sana.

3. Pernah Jadi Tempat Sampah

Pernah satu ketika tidak ada orang Yahudi yang dibenarkan tinggal di Kota Jerusalem ini, penduduk Rom yang menguasai wilayah tersebut menggunakan kawasan masjid sebagai tempat pembuangan sampah.

Ketika sahabat Nabi Muhammad, Umar bin Khatab membebaskan Kota Jerusalem, beliau membersihkan sampah itu dengan tangan kosongnya. Beliau juga menamatkan pengasingan orang-orang Yahudi yang sudah berlangsung selama berabad-abad. Umar bahkan mengundang 70 keluarga di sebuah kampung pelarian berdekatan kembali ke Jerusalem dan diberikan hak untuk tinggal di sana.

4. Tempat Imam Al-Ghazali Menulis Kitab Ihyaa 'Ulumuddin


Salah satu kitab yang paling terkenal dalam kesusasteraan Islam adalah Ihyaa 'Ulumuddin karya ulama besar Islam Abu Hamid Al-Ghazali. Beliau adalah orang yang dihormati oleh semua aliran pemikiran kerana kemampuannya dalam mendalami ajaran Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad. Apa yang kebanyakan orang tidak tahu adalah bahawa Al-Ghazali pernah untuk sementara waktu tinggal di Masjid Al-Aqsa dan menulis kitab legenda itu di sana. Sebuah bangunan di Masjid Al-Aqsa pernah ditanda sebagai lokasi bilik lamanya.

5. Jadi Lokasi Pembunuhan Umat

Ketika tentera Salib datang ke Jerusalem, mereka mendapati majoriti penduduk muslim berada di Masjid Al-Aqsa. Tentera itu kemudian membunuh kira-kira 70,000 daripada mereka dan masjid diubah menjadi istana. Orang-orang muslim yang selamat dari pembunuhan awal kemudian disalib di sebuah tempat berdekatan pusat masjid.

6. Kiblat Pertama Solat Umat Islam

Fakta menunjukkan Masjid Al-Aqsa memang pernah menjadi kiblat pertama bagi umat Islam untuk solat. Namun, apabila Nabi Muhammad mendapat wahyu Allah, kiblat solat dipindah menghadap Kaabah yang berdiri di Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi.

7. Pernah Dibakar

Pada tahun 1969, seorang zionis yang berasal dari Australia, Dennis Michael Rochan, membakar Masjid Al-Aqsa. Seluruh dinding, termasuk mimbar yang dikenali sebagai mimbar Salahuddin al-Ayyubi, terbakar

Pemadaman dilakukan warga muslim secara beramai-ramai. Zionis tersebut pernah diadili di mahkamah Israel. Namun, pada akhirnya dia dibebaskan dengan alasan Rochan mengalami gangguan jiwa.

8. Jejak Isra Mikraj Nabi Muhammad

Bagi kalangan umat Islam, Nabi Muhammad dipercayai meninggalkan jejak di Masjid Al-Aqsa ketika peristiwa Isra Mikraj atau dikenal sebagai perjalanan nabi Muhammad dari Masjid Al-Aqsa ke langit ketika waktu malam. Perintah solat dari Allah untuk umat Islam juga turun saat peristiwa Isra Mikraj Nabi Muhammad dengan menggunakan Buraq.

Sumber: Muslimmaters.org dan sumber lain yang diolah Laicikang.com.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->