Saturday, 22 July 2017

5 Kaedah Hukuman Bunuh Yang Paling Kejam Dan Mengerikan Dalam Sejarah



Hukuman mati sudah ada sejak zaman peradaban kuno lagi. Ia dilakukan kepada seseorang yang melakukan kesalahan besar, apabila tidak cukup dengan dipenjara atau tidak boleh dibayar dengan apa pun kecuali melainkan dihukum mati.

Namun tahukah anda, jika sejak zaman dulu ada banyak kaedah hukuman mati yang sangat kejam dan sadis? Kejamnya sehingga ada yang mengatakan ia sangat tidak berperikemanusiaan.

Namun kaedah-kaedah menghukum mati penjenayah ini hampir semuanya sudah dilarang di seluruh negara di dunia. Berikut 5 hukuman mati paling ngeri dan kejam, seperti disiarkan Laicikang.com dari Listamaze.

1. Rebus Manusia




Pelaksanaan dengan cara merebus ini sudah kerap dipraktikkan di banyak di bahagian Eropah sebagai hukuman mati bagi para tahanan. Mangsa yang telah dijatuhkan hukuman akan didudukkan di dalam tab mandi dengan air mendidih, dalam bentuk air, asid, hingga minyak panas.

2. Guna Tikus




Hukuman ini adalah kaedah hukuman mati menggunakan tikus untuk membunuh manusia yang masih hidup. Kaedah pelaksanaan ini sering digunakan pada zaman Elizabeth oleh umat Katolik Rom.

Teknik disebalik pelaksanaan ini cukup sederhana dan murah. Tikus yang masih di dalam sangkar akan diambil bersama sangkarnya lalu diletakkan di atas badan manusia, biasanya di atas kepala atau perut. Sangkar tikus ini mempunyai lubang di bahagian bawahnya.

Pelaksanaan ini akan bermulai apabila tikus di dalam sangkar itu 'marah' dan merasa panas, kerana di bahagian bawah sangkar itu akan diletakkan sesuatu yang panas. Kemudian tikus itu akan dibiarkan menggigit badan manusia di bawahnya melalui lubang tersebut. Tikus itu akan merobek tubuh mangsa hingga mati.

3. Lingchi




Lingchi, adalah perkataan Cina yang merujuk pada 'kematian dari seribu potongan'. Hukuman ini adalah kaedah hukuman mati yang sangat jahat dan banyak dipraktikkan oleh orang Cina pada tahun 900 Masihi.

Teknikal dari pelaksanaan ini adalah menghiris mangsa di pelbagai bahagian tubuh sampai mati. Kemudian, pelaksana hukuman akan menusuk jantung dan hati sebagai sentuhan terakhir terhadap hukuman tersebut. Setelah ditusuk-tusuk badannya, kepala mangsa juga akan dipotong.

Pada tahun 1905, kaedah hukuman mati ini akhirnya dilarang keras oleh kerajaan kerana dianggap terlalu sadis dan tidak berperikemanusiaan.

4. Flaying



Flaying ini adalah salah satu kaedah hukuman mati kejam yang pernah dilakukan di Timur Tengah dan Afrika kira-kira seribu tahun lalu.

Kaedah ini digunakan untuk menimbulkan rasa takut kepada awam yang terlibat dalam jenayah pembunuhan. Pelaksanaan ini tidak pilih bulu, boleh dilakukan baik kepada pembunuh, tentera, atau kanak-kanak.

Pelaku jenayah akan diikat di meja dan pelaksana hukuman akan mengiris kulit supaya terpisah dari otot. Disebut sadis dan mengerikan kerana pada saat pengirisan kulit itu, si pelaku jenayah juga ditaburi garam agar semakin mengerang kesakitan. Kejam.

Mangsa akan meninggal perlahan-lahan akibat dehidrasi dan kehilangan darah.

5. Gergaji



Pelaksanaan hukuman mati menggunakan gergaji adalah salah satu kaedah hukuman yang kejam kerana sampai memotong tubuh mangsa hingga mati. Kaedah ini sudah digunakan ketika peradaban kuno untuk melaksanakan hukuman kepada pesalahan

Mangsa diikat terbalik dan dipotong dari daerah kemaluannya. Tujuan pelaksanaan gergaji ini untuk memberikan rasa sakit yang paling menakutkan dan untuk membuat mangsa mati perlahan.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->