Saturday, 22 July 2017

4 Negara Besar Yang Dihapuskan Dari Peta Dunia


(Foto: Getty Images)

Sebanyak 6 negara diramal akan hilang dari peta pada 2115. Terdapat pelbagai puncanya, bermula dari pemanasan global, sehingga konflik geopolitik.

Negara yang masuk ramalan itu juga termasuk Kiribati yang merupakan syurga bagi pencinta iklim tropika yang kaya sinar matahari.

Terus naiknya permukaan air laut akibat pemanasan global menjadi titik kebimbangan.

Untuk mencegah situasi terburuk ini, Kiribati sudah membeli tanah seluas lebih daripada 5,000 hektar di Fiji yang kelak akan menjadi lokasi berpindah mereka jika negara itu tenggelam.

Kes negara hilang dari peta bukanlah sesuatu baru. Kejadian ini pernah berapa kali berlaku dalam sejarah peradaban dunia.

Dipetik daripada beberapa sumber, di bawah merupakan 4 negara yang sudah tidak ada dan terhapus selamanya dari peta dunia, yang Laicikang.com petik dari pelbagai sumber, salah satunya BBC History:

1. Vietnam Selatan


Vietnam dibahagikan menjadi dua bahagian pada 1954. Pembahagian tersebut disebabkan oleh Perjanjian Geneva setelah Perancis berjaya dikalahkan oleh sekutu yang ketika itu menjajah Vietnam.

Setelah itu, Vietnam Utara dan Selatan kemudian berperang pada 1957 dan 1975. Perang ini merupakan sebahagian daripada perang dingin antara dua kubu ideologi besar, iaitu Komunis dan SEATO.

Republik Vietnam - nama rasmi Vietnam Selatan - merupakan negara yang mendapat bantuan penuh dari Amerika Syarikat, Korea Selatan, Thailand, Australia, New Zealand dan Filipina.

Kerana perang berpanjangan, warga Vietnam Selatan dan Utara melakukan penghijrahan besar-besaran termasuk ke AS.

Setelah lama berperang, akhirnya Vietnam Selatan dan Utara bersatu. Tetapi, lagu kebangsaan dan lambang negara menggunakan yang milik Vietnam Utara yang berhaluan komunis.

2. Jerman Timur


Sejak Perang Dunia II berakhir, pada masa itu, Jerman terbahagi kepada 4 zon kuasa iaitu zon milik Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Kesatuan Soviet.

Namun pada akhirnya, zon tersebut mengecil menjadi 2 bahagian iaitu zon barat yang kuasai dipegang AS beserta sekutu dan zon timur yang dipegang Kesatuan Soviet.

Pada 1952, Jerman Timur yang berfahaman komunis menutup sempadan dengan Barat. 9 tahun kemudian, tembok Berlin dibina oleh Republik Demokratik Jerman tersebut agar penduduknya tidak lari ke pasaran perdagangan Jerman Barat. Namun langkah ini menyebabkan ekonomi Jerman Timur mengalami krisis.

November 1989, Kesatuan Soviet yang ketika itu dipimpin Mikhail Gorbachev mengubah haluan Jerman Timur untuk berdamai dan bersatu dengan Jerman Barat.

Sementara itu, hasrat penduduk Jerman Timur untuk menuju Barat semakin besar. Kerajaan Jerman Timur pun mula melonggarkan peraturan perjalanan ke Barat melintasi sempadan.

Hingga pada akhirnya, sedikit demi sedikit warga Jerman Timur menghancurkan tembok Berlin. Kerajaan Jerman Timur memutuskan untuk membuka sempadan tersebut. Jentolak dikerahkan untuk menghancurkan tembok. Rakyat dari Barat dan Timu akhirnya boleh bersatu.

3. Yugoslavia


Yugoslavia pernah menjadi negara besar di dunia. Negara yang terletak di wilayah Balkan Eropah ini, berdiri dari 1918 hingga 2003.

Yugoslavia pernah mengalami perubahan pemerintahan. Awalnya negara tersebut berbentuk kerajaan tetapi akhirnya diubah menjadi sebuah republik.

Perubahan dari kerajaan kepada republik disebabkan pencerobohan dari Nazi. Setelah Nazi jatuh pada 1945, secara mengejutkan Yugoslavia berjaya menghalang Kesatuan Soviet menduduki negaranya.

Pada awal 1990-an, konflik dalaman berlaku di negara tersebut. Nasionalisme serantau menyebabkan perang saudara.

Negara ini akhirnya berpecah jadi enam bahagian negara berdaulat iaitu, Slovenia, Croatia, Bosnia, Serbia, Macedonia, dan Montenegro.

4. Kesatuan Soviet

Pada 1922 hingga 1991 sejarah dunia mencatat terdapat sebuah negara kuasa besar yang memimpin blok timur, Kesatuan Soviet.

Kekuatan Soviet didedahkan pada waktu tersebut begitu menakutkan. Soviet merupakan negara yang besar di dunia.

Selain itu, negara ini adalah pengasas sistem politik satu parti. Di Soviet hanya ada satu organisasi parti politik rasmi, Parti Komunis.

Kesatuan Soviet berdiri kerana runtuhnya empayar Rusia pada 1917. Kerajaan sementara Rusia yang ditugaskan meneruskan pemerintahan ternyata tidak mampu mencegah perang sivil yang dimenangi Bolshevik.

Akhirnya, pada 30 Disember 1922, Kesatuan Soviet rasmi ditubuhkan.

Selama wujud di muka bumi, Soviet terlibat perang dingin dengan Amerika Syarikat dan blok barat.

Pada akhir 1980-an sistem komunis yang digunakan Soviet, didakwa menyebabkan banyak masalah ekonomi.

Pengakhiran dari masalah tersebut adalah pengunduran tokoh berpengaruh Rusia, Boris Yeltsin, dari Parti Komunis Kesatuan Soviet.

Salah satu tabiat buruk orang-orang pada masa Kesatuan Soviet adalah mereka membuat keputusan dengan mempertimbangkan apa yang mungkin akan dikatakan orang lain dan takut dengan penilaian orang-orang lain.

Kemunduran Yeltsin merupakan malapetaka. Ini kerana selepas dia berundur kehancuran negara kuasa besar itu pun bermula.

Keluarnya Yeltsin dari Parti Komunis adalah terpilihnya kembali Mikhail Gorbachev sebagai pemimpin parti tersebut yang secara langsung memimpin Kesatuan Soviet.

Dalam masa itu, kembali naiknya Gorbachev bukan hanya ditentang Yeltsin, tetapi kritikan juga datang dari kader Parti Komunis dan Yeltsin kepada Gorbachev.

Melihat serangan bertubi-tubi itu, Gorbachev kelam kabut. Dia hanya bertahan 1-5 tahun, akhirnya lelaki ini memilih berundur daripada jawatannya.

Pada Disember 1991, Gorbachev secara rasmi meninggalkan kerusi Presiden. Automatik selepas itu negara Kesatuan Soviet secara rasmi dibubarkan.

Kesatuan Soviet pada masa ini terpecah jadi 15 negara berdaulat.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->