Monday, 17 July 2017

20 Tahun Tak Gosok Gigi, Lihat Apa yang Terjadi Kepada Lelaki Ini



Memberus gigi paling tidak dua kali sehari, iaitu pagi selepas sarapan dan malam sebelum tidur, membantu menghalang masalah pada gigi dan mulut seperti sakit gigi, kaviti, hinggalah kanser mulut. Namun, bagaimana pula jika tidak pernah memberus gigi selama berpuluh tahun?


Kisah seorang lelaki berusia 21 tahun bernama Jay yang sepanjang hidupnya tanpa memberus gigi menjadi tular.



Dia mengatakan bahawa ibu bapanya tidak pernah menggalakkannya untuk menjaga gigi, yang akhirnya mengakibatkan keperluan kerja pembaikan gigi secara besar-besaran.


Jay pernah muncul dalam rancangan realiti di Britain, "Embarrasing Bodies" pada bulan Januari awal tahun lalu.

Jay yang mengakui takut kepada doktor gigi memutuskan untuk akhirnya memperbaiki senyumannya.

"Saya ingin bekerja dalam bidang sukan atau fisioterapi, tetapi kerana gigi saya ia tidak sesuai," kata Jay.

"Saya berasa malu untuk memberitahu seseorang bagaimana untuk menjaga diri mereka sendiri apabila saya tidak benar-benar menjaga gigi saya."

Dr James Russell perlu membersihkan gigi Jay kerana sudah bertahun-tahun terbentuk karang dan plak. Tetapi selepas pembersihan masih tidak kelihatan begitu cantik.

Doktor gigi mengatakan bahawa walaupun akar dan tulang mulut Jay sihat, sekurang-kurangnya 11 gigi perlu dicabut kerana rongak.


Dr Russell enggan implan gigi lelaki muda itu sehingga dia membuat beberapa janji.

"Kurangkan minuman ringan, atau hentikan saja. Kurangkan gula-gula, mula memberus gigi kamu - terutamanya selepas kami berjaya membersihkannya. "

Selepas Jay berjanji untuk melakukan beberapa perubahan gaya hidup, doktor mencabut 11 gigi dan menggantikannya dengan implan gigi. Dan ini hasilnya!


Tetapi secara jujur, hasilnya sangat berbaloi. Lihatlah Jay selepas pemulihannya.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->