Monday, 12 June 2017

Iran Hantar Dua Kapal Perang Ke Oman


Ilustrasi Kapal Perang (Foto: Dailymail.co.uk )

Iran mahu menghantar dua kapal perang ke Oman sebelum memulakan misi di perairan antarabangsa berhampiran pantai Yaman. Pejabat berita Tasnim melaporkan, kedua-dua kapal tersebut, iaitu kapal pemusnah Alborz dan kapal perang logistik Bushehr akan bertolak dari bandar pelabuhan Bandar Abbas pada Ahad (11/6).

"Armada kapal angkatan laut Iran akan berangkat ke Oman pada Ahad dan kemudian akan pergi ke utara Lautan Hindi dan Teluk Aden," kata kenyataan yang dikeluarkan Tentera Laut Iran, seperti dipetik Aljazeera.

Teluk Aden, yang terletak di antara Horn of Afrika dan hujung selatan Semenanjung Arab, adalah laluan pelayaran strategik yang menghubungkan Lautan Hindi dengan Laut Merah dan Terusan Suez. Langkah Iran tersebut dilakukan di tengah krisis yang berlaku di kawasan Teluk, selepas Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, dan Mesir memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar.

Keempat negara menuduh Qatar telah menyokong ekstremisme dan keganasan, serta memberikan bantuan pembiayaan kepada beberapa kumpulan keganasan. Namun, negara tersebut membantah keras tuduhan itu.

Kerajaan Qatar berkata, Qatar telah memimpin wilayah tersebut dalam memerangi akar terorisme. Qatar juga memberi harapan kepada kaum muda melalui peluang pekerjaan, mendidik beratus-ratus ribu pelarian Syria, dan membiayai program masyarakat untuk menentang agenda kumpulan bersenjata.

"Kedudukan kami dalam melawan keganasan lebih kuat daripada banyak penandatangan kenyataan bersama, sebuah fakta yang telah diabaikan oleh mereka," kata Kerajaan Qatar.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->