Wednesday, 14 June 2017

Respon Tentera AS Selepas Didakwa Tertembak 3 Rakyat Biasa Di Afghanistan


(Foto: Istimewa)

WASHINGTON - Tentera Amerika Syarikat (AS) berkata, mereka tidak mengetahui tentera mereka di Afghanistan menyebabkan kematian orang awam.

Tentera AS dikatakan telah menyebabkan kematian tiga orang orang awam yang terjebak dalam kejadian tembak menembak dengan kumpulan militan di Afghanstan.

"Belum ada laporan rasmi mengenai adanya korban awam, namun pihak tentera menyiasat kejadian tersebut," kata tentera AS dalam satu pernyataan, seperti dipetik dari Reuters pada Rabu (12/6).

"Kami selalu menganggap terdapat korban awam akibat serangan kami yang sangat serius, dan semua tuduhan disiasat secara menyeluruh," sambungnya.

Sebelumnya ini, Attaullah Khogyani, seorang jurucakap Gabenor Wilayah Nangarhar mengatakan seorang lelaki dan dua orang anaknya terbunuh di rumah mereka di Ghani Khel, akibat terkena tembakan yang dilepaskan tentera AS.

"Selepas letupan bom mengenai mereka, pasukan tentera Amerika kemudian mula menembak dan membunuh tiga orang termasuk dua kanak-kanak berhampirannya," kata Khogyani.

PBB sebelum ini dalam laporannya mengatakan korban awam telah mencapai rekod tertinggi di negara tersebut, ketika pertempuran merebak ke lebih banyak kawasan di Afghanistan.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->