Sunday, 18 June 2017

Rakaman Detik Cemas Kepala Penjaga Zoo Digigit Buaya Ketika Pertunjukan



Seorang penjaga zoo yang meletakkan kepalanya di dalam mulut buaya dalam satu pertunjukan buaya memakan diri sendiri apabila reptilia itu mengapit rahang tajamnya menyebabkan kepala penjaga zoo tersebut cedera.

Satu rakaman mengerikan yang berlaku di Pulau Ko Samui, Thailand itu tersebar meluas di dunia maya. Video itu memaparkan saat-saat cemas ketika kepala penjaga zoo tersebut digigit reptilia buas itu.


Seperti dipetik dari Mirror Online, reptilia itu kelihatan menggigit penjaga zoo tersebut sebelum dia meronta-ronta dan berteriak kesakitan.




Video itu dirakam pada Ahad 11 Jun lalu, ketika berlangsung sebuah pertunjukan buaya percuma di Pulau Ko Samui, Thailand di hadapan sekumpulan kecil pengunjung.

Dalam rakaman tersebut, seorang penjaga zoo berlutut di hadapan buaya dengan rahang terbuka besar.

Lalu dia cuba memasukkan dan mengeluarkan kayu ke dalam mulut reptilia tersebut, mungkin untuk memeriksa sama ada buaya tersebut mengigit atau tidak kayu itu sebelum memasukkan kepalanya.

Tidak lama kemudian, penjaga zoo tersebut memasukkan kepalanya ke dalam mulut buaya buaya yang terbuka luas itu.

Beberapa saat kemudian reptilia itu 
tiba-tiba menutup rahangnya ketika kepala lelaki itu masih ada di dalam mulutnya.

Jeritan kesakitan boleh didengar dari penjaga zoo, namun lelaki itu bernasib baik apabila buaya itu membebaskan cengkaman rahangnya dan kembali ke dalam air. 


Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->