Monday, 19 June 2017

Qatar Akan Potong Bekalan Gas Asli Ke UAE? Ini Jawapan Qatar


(Foto: aljazeera.com)

Walaupun berlaku sekatan terhadap Qatar, Doha tidak akan menutup saluran paip gas kepada 'saudara' itu, lapor Al Jazeera.

Ketua Pegawai Eksekutif Qatar Petroleum (QP), Saad Sherida al-Kaabi menegaskan, Qatar tidak akan memotong bekalan gas ke Emiriah Arab Bersatu walaupun pertikaian diplomatik tercetus antara kedua-dua negara itu.

Beliau memberitahu Al Jazeera Arabic's Liqa al-Yaum pada hari Ahad bahawa walaupun terdapat 'keadaan memaksa' dalam perjanjian saluran paip gas Dolphin yang mengepam sekitar 2 bilion kaki padu gas sehari kepada UAE, Qatar tidak akan menghentikan bekalan kepada "saudara" itu.

"Sekatan yang kita hadapi hari ini adalah 'keadaan memaksa' dan kita boleh menutup saluran paip gas ke UAE," katanya.

Namun, beliau menambah, Doha tidak akan menghentikan bekalan kepada UAE kerana ia akan menyebabkan 'kemudaratan yang besar' kepada rakyatnya.

"Tetapi jika kita memotong gas, ia akan menyebabkan kemudaratan yang besar kepada UAE dan rakyatnya, yang dianggap seperti saudara. Kami mengambil keputusan untuk tidak memotong gas sekarang."

Menurut penganalisis dan sumber industri, penutupan paip Dolphin sepanjang 364km yang menghubungkan telaga minyak dan gas Qatar, North Field dengan UAE dan Oman, akan mengakibatkan gangguan besar kepada keperluan tenaga UAE.



Awal semalam, Ketua Eksekutif Sharjah National Oil Corp (SNOC) di UAE berkata beliau tidak menjangkakan penyaluran gas asli dari Qatar ke UAE akan terganggu disebabkan pertikaian diplomatik di rantau ini.

Difahamkan, Doha menyalurkan lebih 25% penggunaan gas asli ke Abu Dhabi, jadi bayangkan apa yang akan berlaku jika Qatar memotong eksport gas melalui saluran paip Dolphin ini?

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->