Thursday, 22 June 2017

Menyedihkan, Lelaki Ini Bawa Jenazah Isteri Guna Motor Kerana Tak Mampu Sewa Ambulans


(Foto: Hindustan Times)


Seorang lelaki bernama Shankar Sah yang berasal dari kampung Ranibari yang terletak di daerah Purnia, India tengah, telah kehilangan isteri tercintanya, Susheela Devi.


Kesedihan semakin bertambah apabila Shankar tidak mampu menyewa ambulans untuk membawa pulang jenazah isterinya.

Sebelum itu, Susheela sempat dirawat di hospital kerana menderita penyakit yang cukup parah. Tapi apakan daya, telah tertulis takdir yang Susheela meninggal dunia di hospital tersebut.

Hospital itu dipercayai tidak mempunyai ambulans yang berfungsi atau van mayat untuk menghantar mayat si mati, dan memandangkan Shankar hanya bekerja sebagai seorang buruh, wangnya tidak mencukupi untuk menanggung perbelanjaan menyewa van persendirian dengan kos Rs 2,500 atau kira-kira RM165.

Jadi, dia tidak ada pilihan lain selain membawa sendiri jenazah isterinya dengan menggunakan motor.

Shankar dibantu oleh anak lelakinya, Pappu yang menunggang motor. Sementara dia sendiri tampak merangkul sang isteri menuju rumahnya.

Ekoran dari kejadian itu, Kerajaan Bahar telah menggantung beberapa orang pegawai hospital dan mereka telah diarahkan untuk memberi penjelasan.

"Jabatan kesihatan sedang mengusahakan satu polisi untuk memastikan aturan yang betul untuk membawa mayat keluar dari hospital ke rumah mereka atau tempat pembakaran mayat, seperti mana yang berlaku, bagi mereka yang tidak mampu membayar kos pengangkutan," kata Ketua Menteri Bihar, Nitish Kumar.

Kumar berkata sumber yang mencukupi perlu disediakan dan garis panduan khusus perlu dikeluarkan untuk membuatkan hospital kerajaan dan hospital swasta bertanggungjawab untuk mengatur ambulans atau cara pengangkutan lain untuk mengambil mayat si mati ke rumah mereka atau tapak pembakaran mayat.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->