Sunday, 4 June 2017

Lelaki Buang Kucing Dalam Kolam Dipenuhi Buaya, Apa Yang Berlaku Sungguh Menyedihkan



Sebuah rakaman tersebar yang memaparkan perbuatan keji dua lelaki yang membuang kucing ke dalam sebuah kolam yang dipenuhi buaya.

Kolam itu dikelilingi oleh pagar buluh tinggi, menjadikannya mustahil untuk makhluk yang tidak berdaya untuk melarikan diri.

Video itu menunjukkan seekor kucing yang dibuang ke dalam kolam dan cuba sedaya upaya berenang dari buaya. Ia kemudian cuba untuk memanjat pagar, tetapi jatuh kerana pagar yang terlalu tinggi. Ia cuba memanjat sekali lagi namun malangnya buaya yang ada di situ menyambarnya dan menyeretnya ke dalam air.

Luar biasa sekali, kucing itu berjaya melepaskan diri dan berenang ke arah pagar buluh lain tetapi gagal dan akhirnya ditangkap oleh beberapa buaya. Kucing itu akhirnya menjadi mangsa buaya.

Video itu dilaporkan diambil di daerah Nauta, sebuah bandar di Peru.

Tindakan lelaki berkenaan telah menyebabkan kemarahan dan kebencian netizens. Ramai menggesa pemilik kolam buaya itu dikenakan tindakan oleh polis.



Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->