Thursday, 8 June 2017

Krisis Qatar: Turki Akhirnya Bertindak Buat Tindakan Mengejutkan


(Foto Hiasan: Getty Images)

ANKARA - Parlimen Turki meluluskan sebuah rang undang-undang yang membolehkan pasukan tenteranya dihantar ke sebuah pangkalan tentera Turki di Qatar.

Keputusan ini dilihat sebagai satu langkah yang jelas bagi menyokong negara Teluk Arab itu saat menghadapi menghadapi krisis diplomatik dan perdagangan dari beberapa kuasa besar di Timur Tengah.

Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain memutuskan hubungan dengan Qatar dan menutup ruang udara mereka kepada penerbangan komersil Qatar pada hari Isnin, kerana mendakwa Qatar membantu kumpulan militan. Namun, Qatar tidak mengakui tuduhan tersebut.

Rang undang-undang tersebut diluluskan dengan mendapat sokongan 240 suara. 


Sebahagian besar sokongan datang dari Parti AK yang berkuasa dan dari parti pembangkang, Gerakan Parti Nasionalis (MHP).

Rang undang-undang itu telah disusun sebelum situasi di Timur Tengah sedang bergelora lagi seperti dilaporkan oleh Reuters.

Sebelum ini Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyuarakan pandangan berhubung keputusan yang diambil oleh Arab Saudi dan sejumlah negara Teluk lain terhadap Qatar. 


Erdogan mendakwa keputusan yang diambil oleh Saudi bukanlah satu tindakan yang tepat.

Erdogan juga menegaskan, Turki akan terus mengekalkan hubungan dengan Qatar, dan sekatan terhadap Qatar bukanlah penyelesaian bagi masalah yang timbul pada masa ini.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->