Sunday, 4 June 2017

Kenapa Hanya Nama Nabi Ibrahim & Rasulullah Disebut Ketika Tahiyat Akhir Dan Bukan Nabi Lain?



Seorang muslim yang beriman pasti akan menunaikan solat lima waktu, dan solat yang dilaksanakan mestilah berdasarkan yang yang diajar dan ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W memetik sabda Rasulullah S.A.W "Sollu Kama Roaitumuni Usolli" (Solatlah kamu seperti mana kamu melihat ku solat).

Apa yang menjadi persoalan adalah tentang bacaan dalam Tahiyat Akhir. Mengapa hanya membaca nama Nabi Ibrahim sahaja ketika Tahiyat Akhir dan tidak nama nabi lain? Berikut merupakan bacaan Tahiyat Akhir:




Menurut Ustaz Azhar Idrus dalam menjawab persoalan tersebut, Nabi Ibrahim disebut dalam Tahiyat Akhir kerana untuk mengingati jasa baginda A.S yang merupakan seorang abul-anbiya' yang bermaksud bapa segala nabi-nabi.

Seperti yang kita sedia ketahui Nabi Ibrahim A.S memiliki dua orang isteri yang bernama Siti Hajar dan Siti Sarah.

Siti Hajar merupakan ibu kepada Nabi Ismail A.S sementara Siti Sarah pula merupakan ibu kepada Nabi Ishak A.S. Nabi Ishak A.S pula merupakan bapa kepada Nabi Ya'qub A.S. Nabi Ya'qub pula merupakan bapa kepada Nabi Yusuf A.S dan begitulah seterusnya sehingga melahirkan berpuluh-puluh ribu nabi.

Apabila kita menyebut bacaan nama Nabi Ibrahim A.S seolah-olah merangkumi semua nabi-nabi yang ada. Sementara sebutan Rasulullah S.A.W adalah disebabkan Rasulullah S.A.W merupakan nabi kita dan penghulu yang menjadi pemimpin paling besar sekalian manusia iaitu bermula dari Nabi Adam A.S sampai ke hari kiamat.

Wallahu a’lam.


Untuk penjelasan lebih lanjut boleh tonton video di bawah:


Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->