Thursday, 8 June 2017

Ini Bahaya Tersembunyi Disebalik Kelazatan Sushi



Populariti makanan khas Jepun terus melonjak. Termasuk sashimi dan sushi dari bahan ikan mentah. Semakin ramai orang dewasa sehingga kanak-kanak menjadi penggemarnya.

Namun, anda patut berhati-hati, jangan sampai memakan ikan mentah yang tercemar.

Perkara inilah yang berlaku di Taiwan baru-baru ini. Seperti dipetik dari laman Daily Mail, Khamis (15/6/2017), seorang kanak-kanak berusia lapan tahun dibawa berjumpa doktor. 


Dia mengaku mengalami gatal-gatal pada bahagian dalam perutnya.

Sebelum itu, pesakit bersama keluarganya makan sushi di sebuah restoran di bandar Taipei.


Setelah pemeriksaan dilakukan, doktor mendapati cacing pita berukuran 2.6 meter berada di dalam perutnya.

Selepas pembedahan, kanak-kanak perempuan yang tidak disebutkan namanya itu telah dinyatakan pulih.

Menurut Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan di Amerika Syarikat, diphyllobothrium latum adalah jenis cacing pita terbesar yang menyerang manusia, atau sering dikenali dengan sebutan cacing pita lebar.

Biasanya cacing pita ini akan berkembang di dalam tubuh apabila manusia memakan daging babi, lembu, atau ikan mentah yang telah tercemar.

Sementara itu, pihak keluarga mengatakan bahawa anaknya memang suka memakan sushi, terutama sashimi.

Shengyuan, doktor lain yang juga menangani kanak-kanak itu berkata, cacing pita itu telah bersarang di dalam tubuh si anak selama lebih dari satu bulan.

Boleh Menyebabkan Kematian


Ikan mentah boleh jadi mengandungi cacing kecil, yang boleh masuk dalam usus manusia yang memakannya. Keadaan tersebut dikenali sebagai Anisakiasis.

Antara penyakit yang disebabkan oleh cacing dari keluarga Anisakidae ialah Anisakis sp. Kesan daripada penyakit ini ialah ia boleh menyebabkan sakit perut yang teruk, muntah dan demam.




Cacing ini ditemui dalam perut peminat sushi (BMJ Case Report)

Dalam situasi yang lebih teruk, perkara tersebut boleh menyebabkan reaksi anafilaksis, di mana parasit menyebabkan degupan jantung yang tidak menentu dan kegagalan bernafas kepada pesakit yang boleh membawa maut.

Ramai orang percaya bahawa sushi adalah makanan berkhasiat yang rendah kalori, namun beberapa kajian menunjukkan hidangan lazat itu sebenarnya boleh mendatangkan kesan buruk bagi anda.

Sebuah kajian mendedahkan bahawa orang yang makan sushi
 secara teratur  boleh berisiko tinggi terkena penyakit jantung.

Kajian terbaru juga mendapati bahawa makan banyak sushi boleh mendedahkan orang terkena kadar merkuri yang berbahaya yang boleh menyebabkan penyakit jantung, masalah dengan perkembangan sistem otak dan saraf, juga penurunan prestasi kemahiran berfikir.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->