Tuesday, 20 June 2017

Ini Kesan Boikot Qatar Yang Akhirnya Memakan Diri Arab Saudi Dan Emiriah


(Foto: Ameer Abdul Razak/Flickr)

Kerugian sejumlah besar syarikat Arab Saudi dan UAE terus meningkat setiap hari akibat sekatan yang tidak adil yang dikenakan ke atas Qatar oleh kerajaan Arab, lapor akhbar Daily Arrayah pada hari Ahad.

Sesetengah pakar ekonomi dan pakar perniagaan mengatakan bahawa ekonomi Qatar semakin kukuh walaupun mendapat sekatan, sementara banyak syarikat di Arab Saudi dan UAE berada di bawah risiko penutupan.

"Syarikat-syarikat ini mengalami kerugian besar akibat sekatan yang dikenakan ke atas Qatar, yang menjadikan mereka dalam keadaan kritikal yang serius akibat daripada keputusan yang tidak dikaji oleh pemerintah mereka," lapor akhbar itu.


Menurut pakar ekonomi, Qatar hanya kehilangan tidak lebih $15 bilion kesan dari sekatan ini. Namun jumlah ini bukanlah nilai yang besar berbanding dengan keseluruhan import Qatar berjumlah $77 bilion.

Selain itu, Qatar merupakan negara pengeluar gas asli terbesar dunia, jadi aktiviti pengeluaran gas asli Qatar tidak akan memberi impak besar walaupun disekat negara Teluk Arab disebabkan Qatar mempunyai pelanggan dari negara besar dunia seperti China, India, Korea Selatan dan lain-lain.

Sekatan udara, darat dan laut yang dilaksanakan oleh Arab Saudi dan negara Teluk lain juga tidak akan memberi impak besar kepada Qatar kerana Qatar memiliki 5 pelabuhan laut dan boleh melalui pengairan laut Oman dan Iran. Untuk makluman pengangkutan menggunakan jalan laut kosnya lebih rendah berbanding jalan udara.

Saudi dan sekutunya tidak mampu menyekat laluan Qatar melalui perairan negara lain dan jika mereka cuba berbuat demikian sudah tentu akan mencetuskan kemarahan China dan lain-lain yang merupakan negara pelanggan gas asli Qatar.

Kerugian Arab Saudi

(Foto: Albalad.co)

Sebelum ini Arab Saudi adalah pembekal utama bahan makanan kepada Qatar yang bernilai $1.1 bilion. Kini, Arab Saudi telah kehilangan nilai ini disebabkan pemboikotan Qatar dan Turki telah menggantikan tempat Saudi sebagai pembekal utama makanan Qatar.

Kerugian lain ialah penurunan harga minyak kesan boikot ini dan mengurangkan pendapatan Saudi sampai ia terpaksa menghentikan sebahagian projek insfrastuktur Saudi dan akan mengakibatkan ramai hilang pekerjaan.

Kekurangan hasil dari jualan minyak Saudi ditambah kos peperangan di Yaman yang diketuai olehnya dan pertambahan hutang (antaranya bagaimana mahu membayar pembelian senjata dengan AS bernilai $110 bilion) menyebabkan Saudi dalam keadaan yang tidak begitu baik.

Disamping itu, 17 ribu warga Saudi yang memiliki rumah, aset dan pekerjaan selesa di Qatar sangat bimbang akan kehilangan semua kemudahan tersebut seandainya sekatan ke atas Qatar diteruskan.

Kerugian UAE

(Foto: naukrigulf.com)

Terdapat banyak syarikat UAE yang bekerja di Qatar dan mereka berada di bawah ancaman untuk menutup perniagaan mereka, hanya kerana pendirian kerajaan mereka. Kontrak mereka bernilai berjuta-juta dolar. Bank UAE juga menghadapi risiko kehilangan besar simpanan dan pinjaman.

Sekatan itu juga menjejaskan kemasyhuran Pelabuhan Jebel Ali, yang dibanggakan UAE sebagai pusat perdagangan dan pelabuhan laut antarabangsa terbesar di Timur Tengah.

Selain itu, UAE sendiri antara pelanggan utama gas asli Qatar dan andai Qatar menghentikan membekal gas asli ke UAE ini akan menjadi bencana dan krisis tenaga dan elektrik kepada UAE.


Walaubagaimanapun, Qatar masih tidak menutup saluran paip gas asli kepada UAE kerana bimbang akan menjejaskan rakyat UAE dan kerana mengganggap UAE sebagai 'saudara'.

Antara yang turut menerima impak buruk ialah beberapa syarikat utama UAE seperti syarikat pengeluar gula yang memiliki projek di Qatar, syarikat-syarikat binaan dan kontraktor yang mempunyai saham dan projek di sana. Jika boikot ini berterusan ia akan menjadi bencana kepada semua syarikat-syarikat UAE yang memiliki projek di Qatar atau saham dan perkongsian dengan syarikat-syarikat antarabangsa Qatar.

Sumber: gulf-times.com, Mohd Mahyuddin Mohd Yuso
ff, arabi21.com

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->