Sunday, 18 June 2017

Penerbangan Terus Dari Arab Saudi Ke Israel Dijangka Dalam Masa Terdekat


(Foto: awdnews.com)

Tel Aviv - Akhbar harian Israel, Yedioth Ahronoth melaporkan bahawa penerbangan terus dari Lapangan Terbang Ben Gurion Israel ke Arab Saudi akan segera dilaksanakan dalam waktu terdekat.

Media tersebut melaporkan bahawa penerbangan ini akan menjadi simbolik normalisasi hubungan antara Tel Aviv dan Riyadh.

Memetik kenyataan seorang pegawai Israel yang tidak disebutkan namanya, Yedioth melaporkan perbincangan mengenai usaha itu telah berjalan lancar.


Kesepakatan kedua-dua pihak dipandang sebagai sebahagian daripada usaha Amerika Syarikat (AS) untuk memastikan ada kerja sama erat antara Arab Saudi dan rejim Israel.

Bulan lalu, Presiden AS, Donald Trump berkunjung ke Arab Saudi. Pesawat eksekutif Trump membawanya terbang dari negara itu terus ke Israel untuk bertemu Perdana Menteri negara haram Israel, Benyamin Netanyahu.

Hal ini menjadi topik hangat dibincangkan kerana sebelum ini tidak pernah terjadi dalam sejarah berlaku penerbangan terus secara terbuka dari dua lokasi itu.

Penerbangan yang disebut "bersejarah" oleh media Israel tersebut juga dikat
akan menjadi titik awal kesepakatan laluan pengangkutan udara terus dari kedua-dua wilayah.

Namun sebenarnya, selain Trump, beberapa presiden AS sebelum ini juga pernah terbang dari Israel ke negara Arab yang tidak mempunyai laluan penerbangan terus secara diplomatik. 


Netanyahu mengatakan sudah tiba masanya Tel Aviv menjalin hubungan dekat dengan beberapa negara Arab.

Bercakap dalam Persidangan Presiden Pertubuhan Yahudi Amerika pada Februari 2016, Netanyahu mengatakan bahawa negara-negara Arab melihat Israel sebagai sekutu mereka, bukan musuh mereka, kerana mereka mempunyai persamaan dalam memerangi Iran.

Ucapan Netanyahu itu didedahkan tidak lama selepas Menteri Pertahanan Israel Moshe Ya'alon mengatakan ada saluran terbuka antara Israel dan negara-negara Arab lain, tapi situasi "sensitif" mencegah pihaknya berjabat tangan dengan pegawai Arab di depan umum.

Seperti Malaysia, Arab Saudi tidak mengiktiraf negara Israel dan tidak mempunyai hubungan diplomatik. Tidak ada penerbangan terus antara kedua-dua negara, syarikat dari Israel tidak boleh melintasi wilayah udara Arab Saudi dan juga sebaliknya.

Jika ada yang ingin terbang ke Israel dari Saudi, harus transit melalui Jordan dan Mesir, dua negara yang menandatangani perjanjian damai dengan Israel.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->