Monday, 12 June 2017

Tindakan Arab Saudi Ini Bukti Ketakutan Mereka Terhadap al-Qaradawi?


(Foto: Alarabiya.net)

RIYADH - Pihak berkuasa Arab Saudi, Ahad (11/6/2017), mendesak untuk mengeluarkan buku-buku karya Yusuf al-Qaradawi, Ketua Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia dari sekolah, universiti dan Perpustakaan di Arab Saudi.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Arab Saudi di bawah tanda tangan Menteri Pendidikan Arab Saudi, Ahmed Bin Mohammed Al-Issa.

"Semua buku karya Yusuf al-Qaradawi, Ketua Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia, mesti segera dikeluarkan dari sekolah, universiti dan Perpustakaan di Arab Saudi," kata surat pekeliling tersebut.

Kenyataan itu diiringi larangan penerbitan buku-buku karya Al Qaradawi mulai hari itu.

Khamis lalu, (8/6/2017), sebuah kenyataan bersama oleh Arab Saudi, Bahrain, Mesir dan UAE telah menuduh 59 individu dan 12 organisasi amal di Qatar mempunyai kaitan dengan keganasan.

Senarai tersebut termasuk al-Qaradawi dan Abdullah bin Khalid, bekas menteri dalam negeri Qatar.

Seperti dipetik dari Anadolu Agency, pada keesokan harinya, Jumat (9/6/2017), Qatar membalas kenyataan Kementerian Luar Negeri itu sebagai tuduhan yang "tidak berasas" dan "fitnah".

Fatwa dan tulisan Yusuf ak-Qaradawi sentiasa dijadikan sumber rujukan seluruh dunia untuk merungkai isu agama yang timbul pada hari ini.

Beliau mendapat pengiktirafan oleh banyak negara Islam termasuk Malaysia, yang menganugerahi beliau Tokoh Maal Hijrah pada tahun 2009.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->