Monday, 8 May 2017

Wanita Ini Nekat Telan Wang Kertas Bernilai RM30 Ribu, Alasannya Mengejutkan


(Foto:Mirror)

Seseorang pasangan suami atau isteri boleh menjadi hilang akal apabila bertengkar dengan pasangannya. Perkara inilah yang dilakukan oleh seorang wanita yang berasal dari Colombia ini yang nekad menelan wang kertas bernilai $ 7,000 atau kira-kira RM30,000.

Wang sebanyak itu terdiri daripada pecahan $100. Hal itu diketahui dari keterangan salah seorang doktor bedah yang memeriksa dan cuba mengeluarkan wang kertas tersebut dari perut si wanita tersebut.

Namun sayangnya pasukan doktor mengatakan mereka hanya berjaya mengeluarkan 57 keping pecahan $ 100 dari dalam perut wanita ini. Ini bermaksud masih ada 13 keping pecahan US $ 100 yang berada di dalam perut wanita tersebut.

Pengarah Bedah University Hospital of Santander, Juan Paulo Serrano, seperti dikutip dari Mirror Online berkata, sebahagian besar wang kertas itu dapat diambil dari usus kecil dan usus besar.

Wang itu ditelan terus oleh wanita tersebut dengan alasan bagi menyorokkan wang itu daripada diambil suaminya. Sebelum ini, pasangan itu terlibat pertelingkahan besar.

Hingga akhirnya wanita tersebut nekad menelan wang kertas yang dimilikinya. Dan ternyata wang tersebut sebenarnya hasil daripada penjualan beberapa barangan elektronik yang dimilikinya yang akan digunakan untuk bercuti.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->