Monday, 22 May 2017

Rahsia Disebalik Trik Belah Badan Ini Dijamin Buat Anda Gelak



Adakah anda pernah melihat ahli silap mata membuat persembahan badan tubuh terbahagi dua? Mungkin jarang sekali atau tidak pernah langsung. Sebenarnya ahli silap mata itu bukan betul-betul membelah tubuhnya, melainkan itu hanyalah helah ilusi.

Sebuah video telah dimuat naik oleh laman Facebook Shanghaiist yang menunjukkan bagaimana helah tersebut dilakukan. Pasti selepas anda mengetahui bagaimana helah ini dilakukan seperti ditunjukkan dalam video ini, anda akan tertawa keras.

Pada awal video, kelihatan lelaki berjaket biru sedang berjalan seolah-olah tubuhnya terbahagi dua. Ilusi yang dicipta seolah nyata dan bahkan sukar difikirkan bagaimana lelaki tersebut melakukan helah ilusi ini.

Namun setelah melihat dari sudut tepi dan belakang, anda akan mengetahui bagaimana lelaki itu melakukan helah ilusi ini. Dijamin anda pasti gelak sampai sakit perut!

Kredit video: Shanghaiist



Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->